Ticker

6/recent/ticker-posts

Impian Kasih

Buat isteriku.

Dunia rumahtangga itu penuh dengan rasa,
Pahit, manis, masam dan masin,
Kadang-kadang tidak terkata rasanya.
Tidak cukup hanya dengan satu warna...
Doaku,
Moga dirimu juga diriku,
Siap sedia untuk mengecapi semuanya bersama.

Dari suamimu.

Erm... Macam panjang sangat pulak. Ayat dah cantik dah, tapi muat ke tulis semua tu? Aiyarkkk! Cari yang pendek sikit.

Buat isteriku,

Kau pelengkap separuh agamaku.

Dari suamimu.

Ringkas, tapi terlalu umum. Hurmmm.

Buat isteriku,

Moga pernikahan ini menjadi pengikat cinta kita di gerbang redhaNya.

Dari suamimu.

Subhanallah, macam ok! Tu pun lepas google gambar-gambar kat internet, dan edit sikit ayat dalam gambar tu. Harap-harap menjadi lah. Kalau tak jadi, saya tabur je manik urai atas kek lapis buat hantaran lusa ni. +_+

***

Dari pernikahan, semua mahu yang baik-baik saja kan?


P/S: Ramainya yang bernikah hujung minggu ni. Tak syak lagi, ramai juga bayi akan lahir pada hujung-hujung Mac tahun depan. Ops!!! Selamat mendirikan masjid buat semua yang bakal bernikah! :)

Post a Comment

8 Comments

  1. assalamua'laikum.
    haa yang akhir sekali tu ok. atau ubah jadi:

    semoga dari cinta ini, lahirnya ummah

    ;)

    tabur tak buat demo dulu? o.0

    ReplyDelete
  2. harini 3 org kawin sekali..hehe
    ayat last tu lawak

    ReplyDelete
  3. takkisah yg mana pn janji apa yg d lafazkn tu ikhlas dr hati

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum sunah...sukanya...;)

    ReplyDelete
  5. yang last skali tu ok, tambah lagi, semoga kekal hingga ke syurga..

    ReplyDelete
  6. mcm tahun lepas ramai yg kawen bulan 11. ramai yg bersalin bulan 7 atau bulan 8 :p

    ReplyDelete
  7. Pssttt.... Yg dh khwin pun bakal tmbh gak musim2 org khwin nih.. Meramaikan umat Muhammad dan insha Allah mujahid2 Islam...

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com