Semalam menghabiskan sekeping lagi BB1M.
Tinggal lagi 3 keping BB1M tak tahu nak beli ape. Takut gak beli banyak-banyak kang, tak habis baca pulak. Tak suka, tak suka! So, simpan aje lah sampai tarikh luput. =.="
Semalam, terbeli novel blogger Zati Ahmad ni. Macam menarik aje tajuk dia. Malam tadi masa baca tu tergelak-gelak jugak sensorang. Boleh saya tido nak dekat pukul 3 pagi sebab baca novel ni. Tu pun tak habis lagi haa.
Bila Blogger Jadi Maid (BBJM) ni mengisahkan pasal seorang blogger yang nama dia Hanis Arisya. Risya baru habis ijazah, then dia pun try cari kerja. Bila carik dalam newspaper, dia ternampak satu iklan untuk jawatan pembantu rumah. Tergerak jugak hati budak Risya ni nak try jadi maid.
Kat situ lah pengalaman dia bermula, jumpa keluarga Puan Sri dan kerabat Tengku, then kat rumah besar tu jugaklah dia akhirnya berjumpa jodoh. Jodoh yang tak disangka-sangka. Jodoh bidan terjun agaknya? Hihi.
Sinopsis belakang novel Zati Mohd ni adalah seperti berikut:
Boleh ke si blogger jadi maid? Bagi Risya, sikit pun tak menjadi masalah buatnya. Asalkan dia tidak goyang kaki di rumah itu, sudah cukup baik. Rutin hariannya sebagai maid, tak adalah sesusah mana. Tapi yang buat susahnya, bila dia jumpa mamat poyo, Ash. Ash yang sering mengusik, membuatkan hubungannya dan Risya rapat. Bergurau dan bergelak ketawa sudah menjadi rencah dalam hidup mereka berdua. Tanpa diduga, Ash mahu Risya menjadi suri di hatinya saat Aimie, kekasih hatinya tidak hadir semasa majlis pernikahan mereka. “Jadi, nak saya buat apa?” “Awak kahwinlah dengan saya.” Jodoh sudah tertulis buat mereka. Dalam keadaan terpaksa, mereka disatukan. Mulalah episod baru dalam hidup Risya. Memandangkan tiada rasa cinta dalam diri Risya, Risya dan Ash telah membuat satu perjanjian bodoh. Perjanjian yang menentukan sama ada status suami isteri itu masih kekal ataupun tidak. Dalam Risya mengharap perjanjian yang dicipta menjadi nyata, ada satu rasa hadir dalam dirinya buat Ash. Saat bahagia mula menyulam rasa, hadir Wafiy yang mencintai Risya dan muncul Aimie, kembali menagih cinta Ash. Akan bahagiakah hubungan yang Risya dan Ash jalinkan? Perjanjian apa yang dimeterai Risya dan Ash? Berjayakah Wafiy dan Aimie menarik perhatian insan yang disukai? Mampukah Risya dan Ash mempertahankan rasa sayang yang mula berkembang dalam hati? Atau, antara mereka akan ada yang berpaling tadah? Bila blogger mampu jadi maid, adakah maid mampu menjadi seorang isteri?
Saya paling suka ayat last tu... :)
Jemput ke blog penulis tersebut, rasanya geng-geng penulis macam Iffah mesti kenal dia.
7 Comments
lebih dari mampu.. ;)
ReplyDeleteooo duit kupon beli novel..hehe..
sy baru beli novel ni n ngah baca..
ReplyDeleteHehehhehhe..
ReplyDeleteSejak ramai dapat BB1M ni..
Laris novel... =D
waahh..mcm menarik je cite nie..
ReplyDeletenk beli laa nti :)
ooo, akak nak tulis satu novel yg bertajuk 'Bila Maid Jadik Blogger'... ok tak???
ReplyDeleteDAH TERLALU BANYAK LAMBAKAN CERITA 'BERCINTA SELEPAS NIKAH' NI...SAMA ADA KAWEN PAKSE, TERPAKSA KAWEN, KAWEN KONTRAK...
ReplyDeletetatau nak beli ape??????? emmm beli la buku2 agama ke pastu kasi kt rumah anak2 yatim or org2 susah...hehehe... xpn beli yasin bebanyak sedekah kt masjid... hhehe... suka sgt wt gitu...
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com