Ticker

6/recent/ticker-posts

Alahai PosLaju

Alahai.

Beberapa hari ni, asyik diuji kesabaran saya ni.

Sejak Jumaat lepas saya tertunggu-tunggu parcel Poslaju. Bila check kat website, parcel dah sampai kat processing centre PPL JB pada hari Jumaat pukul 8 pagi. Itu pun, saya check lepas pukul 3 petang baru dapat status. Sejak pagi sampai petang tu, website Track & Trace Poslaju ada masalah untuk search tracking number. Mungkin server down, so saya email ke Customer Care Poslaju untuk tanya masalah yang sedang dihadapi. Dapatlah autoreply yang cakap email akan dibalas dalam masa 3 hari bekerja.

Nak tunggu email dibalas, memang tak lah kalau macam tu gayanya. Saya cari maklumat contact number PPL JB. Akhirnya jumpa juga, tapi masa tu da lebih pukul 5 petang. Panggilang of course tak akan diangkat dah. Malang lagi bagi saya, Sabtu minggu lepas adalah Sabtu pertama bulan April. PosLaju cuti. So, memang hari Isnin jugaklah baru saya dapat parcel kalau ada pun.

Hari ni, pagi tadi saya check lagi tracking number parcel saya. Eh? 8 April 2013, pukul 6 pagi sekali lagi parcel saya sampai kat processing centre PPL JB. Pelik. Kenapa dua kali status macam tu. Dah rasa tak best dah. Terus call customer care kat line 1300300300. Tak pernah berjaya. Number memang busy. Saya try call PPL JB pula. Ada dua nombor dalam website Poslaju. Dua-dua nombor, berdering tapi tak diangkat. Banyak kali saya cuba. Sampai dah nak meletup dah.

Then, sekali tu panggilan saya bersahut. Alhamdulillah, staff perempuan jawab. Tapi, dia kata dia bukan staff untuk check barang. Kena call nombor yang lain pula. Dia bagi dua nombor lagi, salah satunya yang dalam website poslaju. Saya try call dua-dua nombor. Memang, memang tak berjawab. Dan ada satu masa tu, dua-dua nombor busy. Geram pula saya dibuatnya. Masa saya call, tak angkat pula, orang lain call boleh pula angkat. Huwaaaaaaaaaaaaaaa!

Rileks kejap main Sugar Crush Candy yang saya tak berapa nak faham tu, lepas tu try call lagi. Barulah berjawab. Saya bagi tracking number, then dia kata hari ni parcel tu akan dihantar ke rumah. Huhuhu. Alhamdulillah bila dah tahu status barang. So, saya pun start la baking tempahan kek karamel dua biji oleh jiran setaman. Dengan harapan, PosLaju akan sampai petang-petang macam biasa. Maka, sibuklah saya kat dapur bertungkus lumus siapkan kek yang nak diambil pukul 2 petang.

Dalam masa tu, tak ada pulak saya dengar PosLaju datang ucap salam ke, hon ke. Pukul 2 petang, customer datang ambil kek. Terdetik hati nak check peti surat bila customer tu pun jenguk peti surat saya dari luar.

Huwaaaaaaaaaaaaaaaaa!

Ada notis pemberitahuan dari Poslaju dalam peti surat tu. Arghhhh!!! Geram sangat-sangat! Kenapa tak dengar apa-apa pun bila diorang datang. Tak sedar pun. Selalunya PosLaju akan masuk ke dalam sampai depan pintu rumah. Kenapa kali ni langsung tak dengar bunyi enjin kereta pun???

Geram!! Geram!!!! Esok kena pergi Larkin ambil sendiri parcel!!!

Baik ambil sendiri dari hari Jumaat lagi!

Post a Comment

10 Comments

  1. blergh, sama la kita. check tracking number kabo da smpai khamis lepas. sampai la ni barang takda lagi. haishhh !!

    ReplyDelete
  2. ai penah kene

    ade ke dr sabah g penang br g kajang parcel tu

    da tu seminggu lps tu bru dapat

    pnt tertunggu2..

    satu lg kene amik kat bangi sbb ai xde umah

    grrr suke anta xkene time

    ReplyDelete
  3. adoai pos laju kena upgrade srvis dorg ne..

    ReplyDelete
  4. hahaha boring2 main candy crush...haha

    ReplyDelete
  5. kadang2 tgk pintu rumah bertutup dia ingat takde orang

    ReplyDelete
  6. Kesiannya.....
    Banyak dah jadi macam ni...
    Kesian mereka yang buat buseiness online....

    ReplyDelete
  7. mmg menyusahkan!.. bukan ke ade no fon? sepatutnya dorg boleh je nak contact kan?

    ReplyDelete
  8. kdg2 geram jugak bila benda tu penting tp jadi lambat sampai ke kita...

    ReplyDelete
  9. kalau pos laju area kajang ngan bangi mmg ada prob rasanya...dh kene dh kalau area tu...kalau area lain tatau

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com