Rajin lah pulak amek pure marine collagen (PMC) sekarang ni.
Errr.
Sebelum ni, dengar aje dari mulut-mulut orang. Then, nampak jugak kat Facebook, kawan-kawan duk post pasal PMC ni. Ade jugak antara kawan-kawan Facebook dan kawan-kawan Blogger yang jadi pengedar PMC masa tu. Tapi buat dek je time nampak post-post tu sebab tak faham. Dan tak nak faham pun masa tu. Maksudnya, tak ada hati nak amek tahu ape kebendanyalah PMC ni.
PMC kering yang baru sampai dari Semporna |
Tapi bila gi umah Kak Ayu Citarasa Rinduan buat pertama kali dulu, tu lah kali pertama saya mengenali betul-betul PMC ni ape. Blur bila mula-mula Kak Ayu tanya, Sunah tak jual ke PMC? Kat tempat Sunah kan dekat sangat dengan stok PMC ni?
Ha??? Tempat saya? Tak pernah dengar pun? Owh, rupanya dari Sabah. Bukan Sarawak, lah!
Then Kak Ayu pun cerita lah khasiat-khasiat PMC ni. Baik untuk kesihatan dalaman dan luaran badan, terutama untuk wanita. Secara umumnya, PMC ni boleh mencerahkan kulit muka dan badan, menggebu serta menganjalkan kulit, menghalang tanda-tanda penuaan, menyihatkan organ dalaman badan, sebagai anti bakteria dan anti jerawat, agen detoksifikasi, mengelakkan masalah jantung, mengawal berat badan, menyeimbangkan tekanan darah (bagus untuk pesakit darah tinggi), awet muda, menguatkan sendi badan, merawat kencing manis, dan lain-lain lagi.
PMC selepas dibasuh, direndam semalaman dan dibasuh lagi |
Terlalu banyak rupanya khasiat PMC ni disebabkan ia adalah rumpai laut yang asli, tanpa campuran apa-apa bahan kimia. Bila saya tengok rupa PMC yang Kak Ayu da siap buat, rasa pelik dan hairan. Macam agar-agar lah pulak. MIL Kak Ayu suruh hidu. Ada bau pandan dan bau macam masin-masin. MIL Kak Ayu cakap, ada bau pandan sebab Kak Ayu rebus dengan daun pandan. Owh!
PMC yang siap direbus selepas 30 minit dan akan disejukkan dalam peti ais menjadi agar-agar |
Dan cara guna dia, just makan di awal pagi sebelum sarapan dan sebelum tidur di waktu malam. Memang agak hanyir dan rasa macam makan ikan, tapi bila campur dalam air oren Sunkist atau dengan benda lain, tak rasa apa dah.
Sarapan pagi PMC bersama Oligo! |
Bila tanya Kak Ayu, apa rasa lepas ambil PMC, dia kata alhamdulillah kulit da makin halus dan parut jerawat kat muka da makin hilang. Disebabkan Kak Ayu bekerja di restoran, sejak amalkan PMC, da kurang sikit rasa penat-penat bekerja berbanding dulu.
Subhanallah, sampai macam tu ye nikmat yang Allah bagi dari sumber alam semulajadi ni. Kita je yang susah-susah nak cari benda lain, malah ada yang amalkan syirik (susuk) untuk nampak lebih dari orang lain. Nape lah tak gali khazanah alam yang Allah dah kurniakan sejak kita belum lahir lagi ke dunia. Bukan ke itu lebih baik daripada kita mendustakan nikmat Tuhan yang begitu banyak untuk kita, kan?
Mekasih kepada Blogger Wirda yang bagi saya rasa macam mana amalkan PMC ni. Hee! Sape-sape nak try, boleh contact Wirda tau!
Dan untuk kawan-kawan area Johor yang ingin mencuba PMC ni, boleh contact saya di FB atau jenguk sidebar Selera Sakura ye! ;)
P/S: Menaip sambil bermasker PMC. Gi cuci dulu, bye!
7 Comments
bagus nie
ReplyDeletewaa...byknya nikmat alam yang kita tak tahu ye..
ReplyDeleteYang purple memang hanyir.....
ReplyDeleteTak lalu AJ...
siyes mcm bess...tingin gk
ReplyDelete@diana
ReplyDeletekalau ibu menyusu, ade had pengambilan dia...tak boleh lebih 5 gram sehari.. :)
sebab pmc ni kaya dengan iron...
lps mkn nie klua jerawat la plk...
ReplyDeletepkai masker je ah
@KaKi Jalan
ReplyDeleteaha..ade jugak yang keluar jerawat lepas amek pmc, jerawat tu macam toksin terpendam yang keluar dari kulit..nanti tak lama lepas tu dia kering..
Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com