Panas.
Terlalu.
Siang-siang merangkak ke petang, rumah sewa baru kami memang panas. Kadang-kadang sampai ke malam, panasnya berbahang. Yang paling saya kasihan, si Mulan dan anak-anaknya. Dah berpindah-randah beberapa kali. Daripada bilik baju awal-awal dulu, ke bilik study bawah meja saya, kemudian hari ini saya jumpa Mulan dan anak-anaknya di bilik solat pula. Mungkin mereka pun rasa panas.
Siling dan atap rumah sewa baru agak rendah. Rasanya rumah area jalan yang ni memang semua bersiling rendah. Kalau mandi petang, dari awal mandi sampai ke habis mandi pun air panas. Lambat beransur sejuk. Istilah mandi 3 - 4 kali sehari kalau panas, dah tak relevan kalau nak guna dalam konteks rumah sewa sekarang ni. Agaknya sebab itulah tuan rumah dulu mahu bertukar rumah dengan kami. Sebab rumah sewanya yang ini panas untuk dia dan keluarganya duduk.
Dah tak tahu sebenarnya nak buat apa. Nak pindah rumah sewa lain, susah nak mencari sekarang ni. Tambahan pulak nanti nak kena kemaskan barang-barang lagi kalau pindah. Banyak kerja pulak.
Sesiapa ada cadangan tak, macam mana nak kurangkan udara panas berbahang di rumah bersiling rendah?
Tak tahu sampai bila boleh bertahan.
P/S: Ya, api neraka memang lebih panas.
7 Comments
ooo tedah.. kmk xd tips.. tp yalah.. dlm kmk bc.. kmk megin.. sdg kn siling tinggi pn leh thn panas ny.. ap tah gk nok rendah.. huhu..
ReplyDeleteyup...egypt pun skg panas dh.huhuhu..=.=
ReplyDeletepasang ekon :)
ReplyDeletesiram air atas bumbung rumah...hehe...
ReplyDeleteDulu penah tengok diorang lapik sumthing macam kertas shining warna silver bawah siling tu...
ReplyDeleteTak tau apa nama dia....
di mana2 pun panas skrg nie sunah..umah akak pun panas..kipas yang sebelum just pasang no1 skrg dah no 5..
ReplyDeleteeh myb boleh pasang exhaust fan..
sama la rumah sewa kira pun walaupun siling tinggi melangit tetap panas jugak huuu nanti time bawak baby datang sini kena beli ekon kecik yg nak sedut haba tue kalau tak sian kt dia
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com