Bila dah lama tak buat, hasilnya mesti tak berapa nak okay.
Of course tak memuaskan hati.
Mungkin sebab dah ingat-ingat lupa cara yang pernah dibuat dulu bila jadi benda yang sama. Ye, mungkin dulu pernah jugak tak berapa nak berhasil. Then cuba lagi buat sampai berhasil. Dah. Stop sampai situ aje. Lepas tu tinggal lama-lama sampai lupa.
Sekarang bila nak buat balik, dah jadi kekok nak buat. Dan hasilnya? Hurmmm. So-so aje. Kesilapan lama berulang lagi. Kan dah membazir waktu, tenaga dan kalau benda yang dibuat tu kek coklat, semestinya membazir juga bahan-bahan yang dibeli.
Alahai. Ni dah buat kali kedua dah ni. Lepas tu memandai pulak tukar cara bakar. Konon-konon nak buat double boiler bagi lagi moist, terus tak masak jadinya dalam tempoh masa yang ada. Kena lah bakar balik. Dah memakan masa yang lebih lama dari sepatutnya.
Memang sengaja beli bahan-bahan lebih untuk spare, takut jadi benda-benda macam ni lah. Takut tak berapa jadi. Dan takut kalau-kalau menjadi, ada yang nak order juga. So, bahan-bahan memang ada. Kiranya ada lah peluang untuk betulkan bila dah tersilap.
Macam kata-kata dalam gambar tumblr ni kan?
Harap-harap menjadi lah yang dah masuk dalam peti ais tu. Kalau tak ok juga, tak mahu lah buka tempahan.
Huhuhu.
Lepas ni nak melapis pulak. Jangan tak jadi sudahhh, sebab dah lama jugak tak melapis. Tapi rasanya melapis lagi senang daripada buat kek coklat!
Ehhhh! Mesti ada yang tak setuju!
5 Comments
hehe....tak pe bleh cuba lagi...=D
ReplyDeletebetul sunah akak setuju..melapis lagi senang dari buat kek coklat..akak pun 2x wat kek coklat x menjadi..huhu
ReplyDeleteSETUJU SOKONG 200%..lagi senang melapis dari buat kek coklat..huhu walau 3jam depan oven pun xpe
ReplyDeleteakak dah 3x wat kek coklat x menjadi..frust tp nak je buat lagi sampai menjadi
Takpe cuba lagi..
ReplyDeleteSalah sukatan kot...
Alhamdulilah ritu try buat kek coklat pkai resepi akak tue menjadi tapi sama la dh lama xbuat xtau la nak jadi ape pulak kali nie hihihi.
ReplyDeletemelapis lagi senang dari mengaramel Ehh :p
Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com