Ticker

6/recent/ticker-posts

Mulan Dah Beranak First Batch

Subhanallah. Penatnya hari ni.

Pagi-pagi tadi, saya dah siap-siap gosok baju kurung untuk dipakai hari ni. Lepas gosok baju, gerak ke bilik study, kemaskan sikit beg laptop dan beg telekung. Masa tu lah Mulan duk menggendeng sambil mengiau.

"Lapar ke Mulan? Jap ye sayang..."

Saya kemas-kemaskan lagi barang, kemudian ke dapur. Eh, ada lagi makanan dia. Dah masuk angin agaknya, saya tuangkan lagi sikit. Dia jamah. Tapi sekejap je. Bila saya masuk ke bilik baju semula untuk mengambil persalinan mandi, dia menggendeng lagi sambil mengiau.

"Nape ni sayang? Makanan kan da letak tadi?"

Saya biarkan saja dan keluar ke ruang tamu pula. Melipat tilam yang masih terbentang. Mulan ikut keluar. Mengiau-ngiau. Saya tidak melayan. Kemudian, dia masuk ke dalam bilik baju. Saya hanya mengekori dengan mata.

Eh, dia masuk bawah baju-baju housemate yang tergantung. Tak boleh jadi ni! Saya pula yang masuk ke dalam bilik baju. Menyelak kain baju tergantung, nampak Mulan di situ.

"Sayang nak beranak eh?"

Mulan merenung mata saya dan mengiau. Saya bergerak ke almari saya. Membuka pintu almari. Ada ruang kosong di bahagian bawah yang telah saya alaskan dengan surat khabar, masukkan kotak, alaskan pula dengan kain baju lama dan kain cadar.

"Meh sini..." Panggil saya.


Segera Mulan mendekat, kemudian melompat ke dalam almari. Di situ, dia duduk dan mula menunjukkan tanda-tanda akhir untuk melahirkan. Terus terbantut hajat saya hendak ke makmal hari ni. Mandi pun ditangguh. Bimbang dia keluar mencari tempat lain. Beberapa kali juga saya menutup dan membuka pintu almari baju, tak tahu Mulan nak suasana yang macam mana. Jam 11 lebih, Mulan masih tak melahirkan, tapi dia sudah mula menjelirkan lidah. Air ketuban dia pecah. Tak lama lepas tu, darah pula keluar sedikit. Tapi, anak masih belum keluar hingga ke waktu Zohor.

Saya tutup pintu almari. Kemudian ke dapur, memasak nasi. Sempat juga menyidai baju di luar. Masa inilah, Mulan menjenguk keluar pintu bilik baju. Alahai budak ni. Tak boleh kita jauh dari dia. Nampak saja saya di luar, dia berlari mendapatkan saya. Pintu sliding yang terbuka, cepat-cepat saya tarik. Bimbang dia keluar. Ada lagi baju yang belum disidai. Mulan mengiau-ngiau.

"Jap ye sayang... Kakak sidai baju habis dulu..." Makin kuat Mulan mengiau-ngiau.

Saya segera masuk ke dalam rumah semula, kemudian ke bilik baju. Mulan mengikut laju dari belakang. Saya suruh dia masuk semula ke dalam almari. Di situ dia duduk diam lagi sambil menjelirkan lidah, termengah-mengah, sekejap-sekejap meneran, tapi anak masih tak nampak kepala. Saya tutup pintu almari lagi. Menunggu sahaja di luar sambil online. Sekejap-sekejap saya buka juga pintu almari nak tengok Mulan da beranak ke tak. Nampak dia meneran lagi, tapi anak tak keluar. Bila tak keluar, Mulan jilat kawasan anaknya bakal keluar.


Hampir 4 petang, saya buka pintu almari. Subhanallah. Nampak seekor makhluk Allah yang sangat genit dan comel dalam pelukan Mulan. Warna bulunya oren, sama macam Mulan. Ekornya panjang, sedikit bengkok di hujung, sama macam Mulan. Cuma, makhluk genit tu jantan, Mulan ibunya; betina. Mulan nampak menjelirkan lidah lagi. Dia meneran lagi. Kali ini saya nampak anak keduanya keluar. Sama juga warnanya macam Mulan. Hihi. Masa ni, saya dah boleh nak gerak ke sana-sini tanpa risau dia akan ke mana-mana. Pasti mulan nak beranak lagi seekor dua. Saya tutup pintu almari, risau anak-anak dia terjatuh.

Dalam pukul 4, saya jenguk lagi dalam almari. Mulan tengah mengunyah urinya sendiri. Alhamdulillah. Dah keluar semuanya. Tiga ekor. Semua oren. Pattern? Tak dapat dipastikan lagi. Kalau dapat sama pattern macam Mulan kan best? Tapi kalo ikot ayah diorang kucing Siam tu, ok juga... :) Lepas tu saya salinkan alas Mulan, dan muatkan kotak besar yang lebih rendah. Mulan pindah ke dalam kotak tu bersama anak-anak dia sebelum saya bergerak ke tempat kerja.

Sekarang, risau dan risau. Agaknya Mulan masih dalam tu ke?


P/S: Sempat ambik video, tapi masa tu da keluar da baby yang basah-basah. Tak sempat amek masa dia tengah keluarkan anak, terkedu sekali. Mulan da jadi ibu???

Post a Comment

12 Comments

  1. Tahniah mulan.... Tahniah kak sunah... Huhu

    ReplyDelete
  2. la...dah beranak ea.
    tahniah. sunah pun dah jadi ibu la ni. hehee~ ;D

    http://ninimohd.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Subhanallah... Mulia hati kitak dik... Mulan mesti sangat sayang kitak...

    ReplyDelete
  4. yeay! mulan dah jadi ibu..anak die 3 ekor eh? alhamdulillah..

    teringat akak masa jadi bidan kucing akak tu..tapi semua dah meninggal..sakit jangkitan virus..huuu..sunah jaga elok2 tau anak2 mulan..

    ReplyDelete
  5. kak sunah dah dapat cucu... tahniah!

    ReplyDelete
  6. manjanya Mulan ngan akak... Rasa mcm bahagia je baca :( nak juga kucing manja mcm gitu... huhuhuhu...

    Kucing mmg akan makan uri dia sendiri eh?

    nnti kasi mulan susu byk2 tauuu siannn Mulan...

    Patut la ramai yg sygkan kucing, sbb kucing manja... huhuhu... bila bc ni rs mcm nk bela kucing jugak tapi tatau nak kasi dia manja mcm Mulan cmne...

    Skrg bela kura2 aje... hehehehe

    ReplyDelete
  7. tahniah!!!..dpt ank kucing.hehe...mulan is soooo manje..=)

    ReplyDelete
  8. Alhamdulilah sangat lega sebenarnya bila dia beranak time akak ada. kalau tidak tatau la cam mana keadaan dia kan. sebab dari akak cite dia xnk akak jauh dari dia.

    kalau salah sekor ikut baka bapak diorang mesti lagi comel kan hihihi tahniah akak!! :D

    ReplyDelete
  9. wah sunah dah dpt anak buah..hehehee

    ReplyDelete
  10. tahniah mulan..tahniah kepada kakak mulan...mulan sangat bijak..

    eh kan betul macam kita borak2 kat umah pcm..kucing yang nak bersalin akan cari tempat yang ada kain2 myb dia nak sejuk kan

    sekali lagi tahniah..bunda sunah dan mulan

    comey je mulan kat dlm ktak b4 bersalin tu

    ReplyDelete
  11. Tahniah...
    Lega hati kan bila dia dah beranak...

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com