Ticker

6/recent/ticker-posts

Jadi Burung Pun Belum Tentu Bebas

paper cranes AGAIN by Liis Klammer

Orang selalu kata.

Nak bebas macam burung. Boleh terbang ke mana pun kamu suka. Tidak ada apa yang menghalang. Bila musim sejuk bakal menjelma, segera berterbangan ke kawasan panas. Bila musim bunga Sakura, boleh bertenggek di dahan-dahan pokok Sakura. Boleh makan di mana sahaja. Indah hidup sang burung.

Itu kata mereka. Itu pandang pertama mereka.

Padahal, hakikatnya jadi burung pun belum tentu bebas. Bila-bila masa saja burung yang terbang di langit biru bisa jatuh ke bumi. Andai sayapnya patah, andai terlanggar objek lain, dari sebesar-besar pesawat (mungkin perkataan terbaik adalah dilanggar) hingga sekecil-kecil biji batu (mungkin perkataan terbaik adalah dilastik), sampai situ sahajalah riwayat burung.

Ya, hidup di muka bumi Tuhan ada sempadan. Hidup beragama juga ada sempadan. Sedangkan burung pun tahu apa sempadannya bila musuh berada di hadapan. Dan sedangkan burung pun terikat dengan peraturan alam, yang lemah akan kalah kepada yang kuat, yang pemangsa akan menawan mangsanya, yang hidup pasti akan mati.

Peraturan alam yang dicipta oleh Tuhan.

Tuhan kita dan Tuhan burung.

Tuhan yang sama.

Post a Comment

3 Comments

  1. Betul tu , semua kita terikat dengan peraturan Sang Maha Pencipta..

    ReplyDelete
  2. Bersyukur sebab dilahirkan di bumi ini.. :-D

    http://tinynasweet.blogspot.com/2013/02/ena-u-pakai-ape-ye-muka-u-nampak-bersih.html

    ReplyDelete
  3. ada pula nak jadi burung..jadi manusia la best..haish..sape la fikir macam tu..haha

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com