Ticker

6/recent/ticker-posts

Eh, Ustazah! Comeback: Janjiiiii~~~!

Lamanya ustazah bercuti.

Hari ni ustazah kembali bertugas. Sejak lama tak bertugas ni, ustazah jumpa macam-macam orang, dapat macam-macam pengalaman, banyak benda-benda baru yang ustazah temui, alhamdulillah tu semua hikmah Allah untuk hambanya bila kita jauh berjalan kan?

Amalina: Akak!!! Rindunyaaaaaaaaaaaa!

Ustazah: Akak rindu adik jugak! Meh nak peluk ketat-ketat.

Amalina: Hehehe. Lamanya akak pergi Jepun. Macam dah tak ingat rumah dah. Takkan pokok bunga sakura kat sana tu melekat kat akak kot?

Ustazah: Eh, ape pulak pokok yang melekat kat orang, orang yang melekat kat pokok lah dik!

Amalina: Ek eleh, ke orang melekat kat orang yang jaga pokok sakura kat sanaaaaa?

Ustazah: Heyyyyyy~ Nakal adik akak ni! Tak gi mana-mana ke hari ni?

Amalina: Hurmmmm~ Sepatutnya Ina ada janji dengan Nurin hari ni. Tapi tiba-tiba dia ada hal lain pulak! Last minit tak jadi lah keluar!


Ustazah: Lain macam aje bunyinya. Marah ke? Nak ke mana aje lah adik akak berdua ni.

Amalina: Ye lahhh! Geram tau, boleh pulak buat hal lain padahal da janji awal dahh nak keluar sesama. Mesti la marah, nak beli buku untuk exam kot!

Ustazah: Ish adik akak ni~ Sejak bila la pandai mengamuk ni? Ingat tak...


Amalina: Astaghfirullahal'azim... Nape la Ina ni duk ikut hasutan syaitan tu. Terima kasih akak, ingatkan Ina... Huhuhu.

Ustazah: Alhamdulillah.... Marah lagi ke?

Amalina: Marah tapi sikittttt je.

Ustazah: Hehe. Sebenarnya kan dik, kita marah-marah kat orang yang tak tepati janji dia kat kita ni, rasa-rasanya kita ni tak pernah ke mungkir janji kat Allah?

Amalina: Erk! Tepati janji kita kat Allah? Err... Bilanya kita ni berjanji kat Allah, kak? Selalunya akak pesan "ingat, janji Allah itu benar"... Allah je janji ngan kita, ade ke kita janji kat Allah ape-ape? Hurmmm....

Ustazah: Ehhh, Ina tak ingat janji Ina kat Allah?

Amalina: Errr...

Ustazah: Ingat tak ayat ni...


Amalina: Tu dua kalimah syahadah kan? Ape kaitan dia kak?

Ustazah: Aha, kat situlah Ina berjanji kat Allah. Ina bersaksi yang tiada Tuhan melainkan Allah, dan Nabi Muhammad s.a.w itu pesuruh Allah.

Amalina: Tak faham. Ina bersaksi, maksudnya Ina berjanji?

Ustazah: Kesaksian Ina dalam dua kalimah syahadah tu, bukti yang Ina mengakui akan keTuhanan Allah. Bila Ina mengaku yang Allah itulah Tuhan sekalian alam, automatik Ina memeterai janji untuk taat setia pada segala suruhan dan menjauhi segala larangan Dia.

Amalina: Owhhh... Dan dengan tu lah, kita diwajibkan solat 5 waktu sehari semalam, puasa di bulan Ramadhan, dan pelbagai ibadah lain lagi kan?

Ustazah: Yup, dengan kesaksian tu jugak, Ina dah berjanji untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.


Amalina: Allah... Malunya Ina kat Allah! Marah-marah orang yang tak tepati janji kat Ina, padahal Ina ni pun entah sempurna entah tak laksanakan ape yang wajib.

Ustazah: Sebab tu, kita kena selaluuuu muhasabah diri. Kena selaluuuu cermin diri bila kita nampak salah orang lain, kita ni takde buat salah ke?

Amalina: Allah, bersyukurnya Ina bila akak da balik dari Jepun ni. Ade jugak yang ingat-ingatkan Ina. Huhuhu.

Ustazah: Alhamdulillah... Ai, takkan adik akak ni cepat sangat ikut angin lalu? Kalau akak takde lagi nanti, macam mana?

Amalina: Err... Ok ok! Ina akan cuba ingat selalu pesan akak, belajar dan amalkan. Kan, kan, kan?

Ustazah: Alhamdulillah... Pandai pun adik akak ni!


Dan kitalah manusia yang terlalu kuat mengeluh apabila ada yang tidak menepati janjinya pada kita, sedangkan tanpa sedar ada janji-janji kita pada Allah yang belum tertunai. Siapa kita untuk rasa terlalu marah kepada sesama hamba, apabila Allah masih bersabar dengan kita. Hingga satu masa Dia tunjukkan amarahNya, tiada lagi yang dapat menghalang. Hanya kepada Dia juga kita kembali bergantung.

Post a Comment

1 Comments

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com