Pagi ni saya bersiap lebih awal dari biasa.
Niatnya hendak ke pejabat co-supervisor saya. Membantu mengemas pejabatnya yang baru. Tak adalah baru sangat, sebab sebelum ni dia pernah duduk kat pejabat tu. Janji dengan labmate semalam pukul 8.30 pagi. Tapi, sebelum pukul 8 pagi ni, dapat mesej dari labmate tu. Katanya, dia dan labmate yang seorang lagi saja pun dah boleh tolong kemaskan, saya tak datang pun tak ape.
Jadi, saya berhasrat nak ke klinik sebab tak sempat-sempat lagi nak pergi sejak terlepas angka giliran dua hari lepas. Sempat lagi saya singgah membeli nasi lemak kat simpang empat berhampiran rumah sewa saya. Nasi lemak kat situ memang sedap, harganya RM 1.30 sebungkus. Dan paling cepat habis seawal 8.30 pagi. Kiranya, rezeki saya lah hari ni siap awal, dapat beli nasi lemak yang diidamkan.
Lepas tu, saya masuk kampus. Bila dah nak sampai klinik kampus, tengok-tengok dari jauh dulu. Mak aiii, banyaknya kereta kat luar. Nampaknya hari ni ramai lagi orang ke klinik. Sama banyak keretanya macam dua hari lepas. Mungkin masih banyak mahasiswa baru buat medical check up lagi untuk pendaftaran yang bermula hari ni kalau tak silap saya. Jadi, saya kira bukan rezeki saya lah hari ni siap awal, tak dapat juga ke klinik seperti yang dirancang.
Ya, semua perkara dalam hidup ni, ada kaitannya dengan rezeki Allah. Rezeki bukanlah makanan dan duit semata-mata. Rezeki Allah tu merangkumi segenap kehidupan kita di dunia. Boleh jadi, dapat parking paling dekat dengan tempat kerja kita tu rezeki yang Allah bagi; boleh jadi juga dapat selesaikan semua kerja dengan cepat tanpa sebarang masalah tu pun rezeki yang Allah bagi.
Alhamdulillah. Bersyukur bila Allah kurniakan rezeki.
La Tahzan. Berlapang dadalah bila sesuatu tu bukan rezeki kita.
8 Comments
tapi ada rzeki sunah kan...ada orang tempah kek karamel hehe
ReplyDeleteREZEKI lain ada
ReplyDeleteehh
have a great day.. insyaAllah rezeki Allah nak bagi yg lain itu ada.. =)
ReplyDelete=)...alhamdulillah for the rezeki..=)
ReplyDeleteassalamualaikum sunah...betul tu sentiasa la berlapang dada jika itu bukan rezeki kita...:)
ReplyDeleteada yang lain kan
ReplyDeletesemua org ada bahagian masing masing
ReplyDeleteRezeki Allah ni luaskan. Bukan rezeki pasal duit jer, rezeki boleh datang dalam pelbagai car. Amboi ayat, pelbagai cara xD
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com