Ticker

6/recent/ticker-posts

Boleh Tengok Wayang, Tapi...

Gambar: Google

Zaman sekarang ni, macam-macam movie da keluar kat panggung wayang.

Tak kisah lah movie Malaysia atau luar negara, mana-mana yang rasa lagi best efek dia kalau tengok kat panggung, mesti nak tengok kat panggung jugak. Mana yang rasa tak berbaloi ditengok kat panggung, maka dediam aje tunggu movie tu keluar kat TV musim-musim raya setahun kemudian. Ye tak?

Ok, masa sekolah dulu, ada jugak ustaz dan ustazah yang cakap pasal hukum tengok wayang ni. Macam-macam jugak pendapat yang kita dengar tentang tengok wayang. Tadi nampak jugak seorang kawan Facebook post pasal ni. Rasanya, pendapat yang ini antara yang paling jelas pernah saya baca.

Bagi yang gemar menengok wayang tu, jom kita ambil tahu ye!

Hukum Tengok Wayang

Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah ditanyakan mengenai hukum menonton filem di panggung wayang, jawab beliau :

“Tidak syak lagi bahawa panggung wayang merupakan satu alat dari alat-alat pengarahan (directing) dan hiburan (entertainment), maka hal-ehwal (aktiviti) setiap alat ini dilihat samada digunakan untuk kebaikan atau keburukan. Maka ia diterima, dan tidak adalah masalah keatasnya. Maka hukum aktivitinya adalah menurut apa ia ambil dan lakukannya.

Dengan itu kami berpendapat bahawa panggung wayang: adalah halal dan baik, akan tetapi ia memerlukan dan meminta agar syarat yang dinyatakan wujud.”

Syarat-syaratnya:-

1. Tajuk dan isinya tidak boleh bertentangan dengan Aqidah Islam, Akhlak dan Syariah. Ia tidak boleh mengandungi unsur seks, mengajak kepada jenayah, ajaran sesat dan sebagainya.

2. Menonton wayang tidak menghalang seseorang itu dari melakukan perkara wajib, seperti solat 5 waktu. Tidak boleh seseorang itu meninggalkan solat wajib, contohnya Maghrib semata-mata untuk menonton wayang. Al-Quran memberi amaran keras kepada sesiapa yang berpaling dari mengingati Allah.

3. Elak dari bergaul antara lelaki dan perempuan yang ajnabi (orang luar), elak dari fitnah dan juga bersyubhat, lebih-lebih lagi menonton di dalam keadaan gelap.

Jika syarat ini dapat dipatuhi, maka menonton wayang tidaklah dilarang. Dr. Ahmad Syarabasi mengatakan bahawa ia boleh dijadikan untuk memanfaatkan umat keseluruhannya, seperti menegakkan agama dan menunjukkan akhlak yang baik. Ada juga yang menyalah gunakannya yang boleh menggalakkan jenayah, seks, tekanan psikologi, etika dan korupsi sosial di dalam masyarakat.

So, da jelas kan? :)

Post a Comment

9 Comments

  1. assalamualaikum sunah...perkongsian info yg menarik ni...:)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.

    Aha memang sudah jelas. Untuk selamat,baik tak payah pergi. Hehehe

    ReplyDelete
  3. br je tgk smlm

    tapi sebelah2 ai due2 pempuan

    =)

    ReplyDelete
  4. Saya memang tak suka tengok wayang. membazir, sedangkan boleh je download kt youtube. hehehe :)

    btw, jom join segmen pertama sy--> milikhusnahumairah.blogspot.com/2013/02/segmen-blogwalking-kenali-ipt.html

    ReplyDelete
  5. sy kalu kawan-kawan pompuan ajak tgk wayang selalu je mengelak.. takut terlebih excited katanya...


    * ok tipu *


    mihmih...


    Thanks 4 sharing this Kak Sunah :)

    ReplyDelete
  6. slm sis!wah bgs entir ni trm ksh berdakwah scra halusssss ^^


    owh x-ofcemate saya pnh mengaku dia x pnh g tgk wayang sbb dr kcl adik-beradiknya semua diasuh utk tdk mghampiri tmpt2 yg byk syaitan n maksiat ^*

    ReplyDelete
  7. suka sangat2.! dah lama tak tengok wayang. since anak lahir. hehehe. :)

    ReplyDelete
  8. lamanya tak dtg sini.. ku lihat hijau dah! akak suka tgk wayang tp tayangan lps zohor lh..hehehee

    ReplyDelete
  9. tak suka tgk wayang sebab kena duduk statik je kat situ =.=

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com