Ini antara kerisauan terbesar saya.
Saya risau kalau-kalau Mulan melahirkan semasa saya tak ada disamping dia. Tapi saya rasa macam pasti aje yang Mulan akan beranak semasa saya tak ada. Tinggal berapa hari je lagi saya nak balik ke kampung halaman. Balik seminggu pulak tu. Kalau Mulan beranak dalam masa tu macam mana? Hukhuk.
Housemate pun bila peluk Mulan, duk cakap "Mulan cepat la beranak, nanti kak Sunah balik, kakak panik kalau Mulan beranak."
Err... =.="
Macam mana ni? Kalau ada pun, saya rasa seorang lagi housemate tu yang mungkin tak akan panik sangat sebab dia pun bela kucing kat rumah. Tapi kucing dia beranak dulu pun dia tak ada kat rumah masa tu. Hahaha!
Ye, memang kucing beranak tak perlu bidan pun. Ada yang cakap macam tu. Tapi kita nak ada disamping dia bukan semata-mata nak bidankan. Cuma nak guide dia ke mana dia perlu pergi bila da dekat nak beranak. Takmo lah dia beranak dalam almari baju ke, kat bilik solat ke, atau mana-mana tempat yang tak sepatutnya kan?
At least, bila kita ada, kita tak panik dan tahu nak tenangkan Mulan.
Ibu pertama kali tu.
P/S: Kucing kat kampung sebelum ni, memang kami bidankan, urut-urut perut lagi sambil tengok baby keluar seekor demi seekor depan mata. Tahu Sitem perlukan kami sebab bila kami jauhkan diri, dia akan mengiau-ngiau sambil renung mata kami, merayu-rayu nak kami ada dekat dengan dia. Rindu Sitem yang dah pergi. :')
6 Comments
gluuuuuuuuuuuurp sunah tengok kucing bersalin...
ReplyDeleteapa kata bagi kat zamir kucing tu bg zamir sambut hehe
baik kunci or tutup segala almari sebelum balik... or sediakan kotak/ tempat selesa utk dia beranak...
ReplyDeletekalau nk selamat lagi, kasi kt kawan yg suka kucing or sanggup jaga time dia beranak... hehehhe...
oo sunah ek
ReplyDeleteKucing AJ tiga2 ekor dah selamat beranak......
ReplyDeleteSekarang ni 9 ekor anak kucing tu dah start lasak......
Aah kita kena guide dia mana nak pegi...
Kang ikut suka dia je nak beranak kat mana2...
yela kucing pun kan ada perasaan mcm kita
ReplyDeletesunah bawak je mulan ni balik kampung sekali.
ReplyDeleteeh, boleh ke?
http://ninimohd.blogspot.com
Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com