Semalam, on the way ke airport Bintulu untuk menjemput bapak yang baru sampai dari Kuching.
Tiba-tiba adik lelaki yang tengah drive menegur sesuatu kat tepi jalan.
"Eh, ape benda tu?"
Saya melihat ke arah yang sama. Nampak seperti batu-batu nisan pula. Rupanya batu Sesco, atau dalam kata lainnya, "TNB" di Sarawak. Bila nampak batu-batu tu, terus teringat sesuatu.
"Mak, mak! Hari tu kan, kawan orang yang jadi calon nak bertanding akan datang ni, dia dapat batu nisannnn!" Teruja saya hendak bercerita. Mak yang berada di depan mendengar.
"Bertanding ape?"
"Pilihanraya lahhh. Ada orang hantar batu nisan kat rumah dia. Siap letak nama dia lagi, letak tarikh lahir, lepas tu bubuh kembali ke rahmatullah pada 15 Februari 2013."
Mak tergelak. Lucu agaknya.
"Teruk kan mak. Ade ke patut hantar macam tu."
"Diorang letak depan rumah ke?" tanya mak.
"Ha laa. Kat pagar rumah tu, pagi-pagi dia keluar tengok ada batu nisan kat situ. Bayangkan lah perasaan dia, mak. Kalau orang kat tempat dia, mesti da nak gugur jantung. Kuatnya dia."
"Hurmmm... Tu lah, hari tu mak tengok kat TV3, ada yang parti pembangkang lompat parti kat Kedah tu, ada yang siap kena ugut dengan parang lah."
"Hurmmm..."
"Orang BN dah bagi duit, diorang pindah lah parti."
"Itu lah, rasuah namanya tu, mak."
"Nanti kalau diorang tak buat camtu, anak-anak diorang tak dapat sekolah asyik kena ugut aje."
"Mak suka ek tengok TV3?"
"Mak selalu tengok berita kat TV3 tu je..."
Saya diam.
Ya, inilah situasi di sini. Mungkin juga di tempat-tempat lain.
9 Comments
singgah pagi
ReplyDeleteKesian kawan kak sunah tu.. huuuuu
ReplyDeleteMak aih....
ReplyDeleteMain kasar letak2 batu nisan ni.....
Hak mengundi hak kami...hahaha
ReplyDeleteDone follow u
menjadi - jadi...mahu macam negara India ke ndak aman...
ReplyDeleteHahahs. Slu ny kdk ya. Kesian kn. But zmn teknologi Alhamdulillah ad juak pencerahan cdak ny. Tp mak kmk org KEMAS. Cannot help.. Huhu..
ReplyDeleteamboih...sampai bagi batu nisan siap dengan tarikh....teruknyerrr
ReplyDeleteadoiiii perlu ke sampai ugut ugut macam tue. kalau dah orang tue bagus mesti la ramai yang ngundi.
ReplyDeletecalon gelang patah si anis ni rasanya...takkanlah dgn orang muda jentera takut..siap ugut macam tu sekali...
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com