cherry flower by ~julkusiowa on deviantART |
Manusia memang punya macam-macam perasaan.
Perasaan yang melahirkan macam-macam keinginan. Kadang-kadang keinginan dicapai dengan usaha, kadang-kadang juga keinginan dibiarkan berlalu sepi.
Yang mampu mencapai kerana dia punya keyakinan, yang tidak mampu mencapai juga kerana dia punya keyakinan. Cuma yakinnya dalam konteks berbeza.
Yang berjaya itu yakin sepenuh hati bahawa impian boleh direalisasikan jika bersungguh. Yang tidak mampu itu pula yakin bahawa keinginan itu memang tidak akan berjaya digapai walau berusaha sekuat mana pun.
Tapi benarkah?
Atau kata-kata itu hanya filosofi ilusi.
Hakikatnya semua terletak pada diri. Jika mahu sampai ke seberang sungai, harus ditongkah arusnya, bukan hanya berdiri di gigi air melihat pada sungai yang mengalir.
Angkat kaki, cecahlah dasar sungai, teruskan menongkah arus sambil yakin bahawa janji Allah itu pasti benar.
P/S: Kalau tak pandai berenang, pergi belajar berenang.
P/S: Kalau tak pandai berenang, pergi belajar berenang.
8 Comments
yg penting niat kita
ReplyDeletekalau tak cuba tak kan tau apa hasil yang akan dapat kan kak. kalau tak usaha jawapannya memang tak akan dapat. get it ;)
ReplyDeletemungkin ini filosofi realiti..?
ReplyDeleteapa saja yang kita lakukan berdasarkan niat & kepercayaan kita.
diri kita yg menentukan sapa kita
ReplyDelete=)...this is self reminder..plus kata2 semngt nih...
ReplyDeletepositif2..hehe..=)
br nk kate ai xreti berenang
ReplyDeletetetau je yu ni
panjangkan kaki. mulakan langkah. pemula tindakan, diiringi doa padaNya.
ReplyDeleteassalamualaikum sunah...niat tu yg pentingnya kan...;)
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com