Alhamdulillah.
Akhirnya, along kesayangan juga telah selamat mendirikan masjid pada 23 Disember 2012. Semalam je.
Macam mimpi. Plan dari awal dulu nak ke Pahang dengan salah seorang Irdinians, akhirnya terlaksana juga dan bertambah passengers dalam Sakura Ungu. Ya, rasanya itu tempat paling jauh pernah Sakura Ungu pergi setakat ni, Kampung Cherok Paloh, Pekan, Pahang (rasanya kampung ni kat sempadan Kuantan dan Pekan).
Kampung yang aman, damai, tenang dan cantik. Suka Pantai Sepat yang mendamaikan. Seronoknya dan beruntungnya along sayang ada kampung yang dekat dengan pantai. Dan, bertambah-tambah lagi gembira bila ada gerombolan lembu yang nak mengajar kita erti sabar menunggu diorang melintas jalan. Hikhik. Bebiri kat sini pun bulusss diorang da kaler ceklat da, sebab selalu main lumpur kot. Comel~ Haha~
Eh! Ni cakap pasal lembu n bebiri ke cakap pasal walimah along ni? =.="
Ok ok.
Alhamdulillah. Tahniah buat along dan suami yang da melengkapkan separuh agama. Terharu dan tersentuh hati bila menyaksikan saat-saat kalian menyarung cincin di jari. Mungkin inilah hikmah yang Allah berikan kepada mereka yang menjaga diri dengan sebaik-baiknya dalam batas pergaulan seharian. Melihat along takut-takut menghulurkan jari manis untuk disarung cincin oleh akhi Firdaus, hingga dua tiga kali menarik balik huluran jari, membuat seisi masjid tergelak bahagia. Dan nampak dengan jelas sekali bagaimana ketarnya tangan suami along apabila along pula hendak menyarung cincin di jarinya, buat kami semua tersenyum manis.
Manis.
Ya, kerana manisnya cinta selepas nikah itu turut terpindah rasanya ke dalam hati kami. Subhanallah~
Along sayang,
Selama kita menjadi along dan angah, terima kasih untuk segalanya yang angah terima dari along. Dari segala kata-kata nasihat, pandangan hidup, ingatan peribadi dan tidak terkira lagi mutiara bernilai yang along hulurkan, alhamdulillah. Terima kasih kerana along banyak meluangkan masa mendengar rintihan hati dan turut bersama-sama merungkaikan segala kekusutan yang pernah angah alami. Dari itu, mohon ampun dan maaf atas serba sedikit kesusahan angah yang terpindah ke pundak along. Moga nanti Allah balas kebaikan along dengan segala kebaikan di dunia serta akhirat. Insya'Allah.
Along sayang dan suami,
Tiada kata yang mampu angah titipkan buat along dan suami untuk menjalani kehidupan baru setelah bergelar suami isteri. Kerna kalian adalah antara sahabat-sahabat terhebat yang pernah angah kenal. Yang insya'Allah hari-hari yang berlalu dalam kehidupan kalian, tidak pernah kalian tinggalkan Allah di belakang. Dengan itu, doa angah, moga dalam hidup kalian yang akan datang, Allah akan terus berada di hadapan dan membimbing kalian menuju ke syurgaNya. Insya'Allah.
Di akhirnya, terima kasih untuk semuanya semasa kami berada di kampung along. Moga Allah limpahi keberkatan ke atas keluarga along dan semuanya atas penghargaan yang diberi. Ameen.
Semoga mutiara bernilai yang tersimpan rapi akan terus berkilau setelah ada teman baru di sisi.
14 Comments
cinta pas kawen <3
ReplyDeletenape ai pulak y terbuai2 ni ehh
Tahniah Along, selamat pengantin baru, semoga bercinta hingga ke syurga, Aminnnn..
ReplyDeletetahniah2
ReplyDeletetahniah.. ehhehe.. cik en je jodoh x sampai2
ReplyDeletehahaha tiba2 teringat tangan suami yang terketar2 masa sarung gelang nikah, dan nadia yang tak reti nak salam suami. rasa macam, eh peliknya nak pegang tangan lelaki ni! siapa dia ni? hahaha..
ReplyDeleteAlhamdulillah.. tahniah kak ena (ex-housemate Ros ni).. cantik sangat kak ena :-)
ReplyDeletek.sun...u make me cry again. boleh plak maen tarik2 tangan=) Indah kan...
ReplyDeleteInsyaallah semoga yang terbaek buat puan2 dan kita2 yg masih berhuha2 lg (^_^)
tahniah buat along..hehehe
ReplyDeletei wish i could find someone too after this... hahaha
tahniah=)
ReplyDeletealhamdulillah..
ReplyDeletemoga bahagia sampai syurga :)
kak sunah kenal kak ena ek.. wink3 ^^
ReplyDeletemabruk kak ena =)
amin untuk semua doa tue..
ReplyDeletetahniah Along :D
tahniah buat along
ReplyDeletealhamdulillah ;D
salam kenal follower baru blog ni ;D
nak nangis bila baca~ Gembira sangat2 untuk bunda.
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com