Ticker

6/recent/ticker-posts

Dari Samurai Untuk Sakura


Memang bukan mudah untuk melihat sakura berkembang mekar.

Menjadi sebatang pokok yang betul-betul tegap berdiri pun mengambil masa yang begitu lama sebelum akhirnya berbunga setelah tiba musimnya. Bukan dalam sekelip mata.

Yang menanam pokok sakura di halaman rumahnya, tentu sentiasa menunggu saat ia berbunga. Ternampak sahaja kudupnya terbentuk di hujung-hujung musim sejuk, pasti hati empunya pokok rasa berbunga terlebih dahulu. Subhanallah, menjadi juga yang ditanam, bibir memuji-muji Illahi atas nikmatNya biarpun pokok sakura belum betul-betul berbunga mekar.

Kala ia masih dalam kudup-kudup itu, risau si empunya jika kudupnya tidak memekar indah. Kerna kadang-kadang kumbang perosak akan datang mengusik. Sedang sang burung dan rama-rama pun tidak mampu menjaga pokok sakura dengan baik, kerna Yang Menciptanya lebih kuat dari segalanya di dunia, maka empunya pokok tidak putus-putus meminta setiap ketika.

Tuhan, berikan sakura peluang untuk memekar indah. Titipkan walau setitis kasihmu pada kudup-kudup sakura itu. Dengan sebaiknya ia berusaha membentuk, memelihara, dan menjaga dirinya sehingga saat ini. Maka lindungilah dari kumbang perosak. Andai bergoyang ditiup angin lembut sekalipun, biar ia seketika cuma. Jangan ia goyah lalu gugur terus, kerna dunia di hadapan yang menanti lebih banyak ranjau dan duri.

Itu doaku untuk sakuraku sentiasa.

Ameen.

Dulu, aku selalu berada dalam diri sakura. Di sini biar aku bertukar tempat menjadi samurai.


P/S: Alhamdulillah. Sungguh saya bersyukur. Moga Allah tetapkan hati awak agar istiqamah menyusuri jalan yang awak pilih.

Post a Comment

4 Comments

  1. Oh ai ingtkn samurai bege dan air sakura mcd heeee

    ReplyDelete
  2. semoga perjalanan hidup awak diberkati olehNYA :)
    InsyaAllah:)
    Dah lama tak singgah sini.Dah jadi warna hijau dah:)
    Segar mata tengok warna hijau ni..Suka sangat bunga sakura..cantik sangat:))

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum sunah....memang cantik jika bunga Sakura tu dapat mekar dgn sempurnakan...:)

    ReplyDelete
  4. itulah kak. kira pun selalu anggap diri sakura. yang payah nak kuarkan kecantikan bunganya dan tak mudah gugur menyembah bumi. insyaAllah :)

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com