Semalam (masa menaip ni da 12.48 tengah malam), pagi-pagi dapat tempahan apam polkadot.
200 biji. Dan perlu deliver dalam jam 10 malam tadi. Teragak-agak juga nak menerima. Sebab tempahan last minute, dan saya pula bukan lah suri rumah sepenuh masa. Tambahan pula, pagi Jumaat semalam saya ada sedikit tugasan key in data dengan kawan-kawan research. Berpusing-pusing kepala fikir nak terima ke tak, dan kalau terima, nak start buat pukul berapa.
Last-last, saya terima juga. Cadangnya tengahari saya balik untuk mula mengapam.
Bila da tengahari, data masih banyak lagi nak key in. Alahai, hati da resah gelisah. Pukul berapa agaknya nak start mengapam ni? Huhuhu. Alhamdulillah, lepas solat Jumaat, dalam kul 2 macam tu saya da gerak ke Taman U untuk mengisi minyak kereta, dan membeli bahan-bahan yang kurang.
Sampai rumah dalam jam 3 lebih. Bukak laptop jap nak revise balik resepi apam polkadot. Haa, tengok! Saya pun tak ingat resepi, tiap kali mesti nak cek balik takut tersilap, apatah lagi kalau apam polkadot ni. Sebab tak selalu buat, yang selalu buat tu Kek Karamel. Kali ni saya terus salin senarai bahan dia masuk dalam buku tempahan kek. Senang nak rujuk bila perlu nanti.
Akhirnya, kul 4 jugak saya start mengapam. Baru 1 sesi mengukus, saya solat Asar dan kena keluar rumah semula. Ambil housemate yang praktikal ikut office hour. Setengah jam juga masa yang saya ambil sebab jalan jammed, kan orang balik kerja kul 5 tu. Balik rumah baru la start mengukus semula. Hampir Maghrib, saya start mix adunan kedua.
Biasanya, 1 adunan saya dapat dalam average 72 biji apam, cup saiz kecik tu. Jadi, untuk dapatkan 200 biji, saya kena buat 3 adunan. 1 adunan, kena 6 kali kukus, sebab saya guna acuan loyang cup cake yang ade 12 lubang. 6 x 12 = 72 kan? 1 kali kukus ambil masa 15 minit. Bayangkan, saya nak dapatkan 200 biji apam polkadot, berapa jam tu?
Risau jugak kalau terlambat siap, customer tunggu lama. Lagi-lagi kalau customer ni yang first sekali dapat capaian ke blog kita melalui google sebab nak carik penjual apam polkadot. Saya contact customer tu, takpe ke kalau tunggu? Sebab rumah dia dengan rumah saya, ambil masa dalam setengah jam juga kalau saya nak deliver apam tu. Alhamdulillah, adik tu cakap, boleh je.
Dalam pukul 10.05 malam, baru apam polkadot siap dikukus sebanyak 200 biji (tolak yang tak cukup dot dot). Terus bersiap dan start enjin kereta. Berpandukan GPS, gi la cari rumah adik tu kat Taman Johor Jaya. Alhamdulillah ada teman-teman housemates yang rajin berjalan malam, semuaaaaaaaaaaa nak ikut gi hantar apam polkadot. Hehehe. Riuh pulak Sakura Ungu memalam camni. ^_^
Apepun, alhamdulillah atas nikmat yang Allah bagi, dipermudahkan olehNya segala urusan pada hari semalam. Biarpun mulanya hati rasa susah untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai penjual, rasa macam tak mampu je nak penuhi permintaan pelanggan sebab kekangan masa, tapi dengan izin Allah, semua urusan jual beli selesai dengan baik.
Sebab kadang-kadang kita rasa da merancang semuanya dengan cukup baik, tapi hanya Allah yang tahu apa akan terjadi dengan rancangan-rancangan kita. Kadang-kadang Dia jadikan sesuatu dalam titian rancangan kita, yang mungkin menjadi halangan atau melambatkan kita mencapai apa yang kita nak. Namun pada akhirnya, Dia akan berikan juga kepada kita kalau kita sebagai hamba, tetap terus bergantung hanya kepada Dia.
Cuma cara laluannya saja yang mungkin sedikit berbeza dari apa yang kita bayangkan.
Kerna setiap yang berlaku itu ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya, bukan saja sebagai ujian untuk menguji kesabaran kita, malah sebagai anugerah kerana kita adalah yang terpilih untuk melaluinya.
Dah pukul 1.26 pagi. Selamat malam.
P/S: Saya percaya, awak kuat dengan kekuatan yang Allah bagi untuk menghadapi ujian tu.
9 Comments
sunah...sedapnya apam tu..kalau dekat akak pun teringin nk tempah dengan sunah.... ;)
ReplyDeleteSy pon percya die tabah
ReplyDeletesimpati jugwk
cantik dan lawa nya kejadian apam polka dot nie
ReplyDeletecantiknya gabungan warna tu..:)
ReplyDeletehebat laa dapat bt 200 apam dot..
ReplyDeleteyana pernah bt 100 biji.. mcm nak ptah pinggang nih duk picit satu-satu. hehe :)
sedapnyer =)
ReplyDeletekira selalu x reti nk mix kaler huuu
ReplyDeleteassalamualaikum sunah...cantik jadinya walaupun last minit...:)
ReplyDeletecantik kejadiannya walaupun last minit :-)
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com