heaven's dead by ~jyoujo on deviantART |
Tiada siapa tahu bila, di mana dan bagaimana.
Malah tidak mengira orang biasa mahupun orang luar biasa.
Jika Allah percepatkan, atau Dia berkehendak untuk dipanjangkan, segalanya hanya dalam satu masa yang tak terjangka.
Dan apabila semuanya telah berlalu, tiada lagi yang boleh diulang. Hanya mampu bermain dengan rasa kesal. Yang lama-lama akan turut hilang seiring dengan masa yang semakin merangkak pergi.
Tinggal yang masih teguh berdiri, sama ada mahu terus ditinggalkan pada sorotan masa paling belakang, atau mengambil peringatan, lalu berusaha menggapai sinar pada cahaya masa hadapan.
Kerana tidak semua yang ditinggalkan mampu memulakan langkah, melainkan dengan daya dan upaya dari Yang Memiliki Sekalian Jiwa.
Semoga semua yang ditinggalkan diberi kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi hari-hari mendatang.
P/S: Al-Fatihah untuk arwah Tamjis bin Aspiah (6 Syawal, 6.50 pm) dan Prof. Datuk Dr. Marzuki Khalid (9 Syawal, 7.44 pm). Juga untuk sekalian muslimin dan muslimat yang telah meninggalkan kita.
6 Comments
al-fatihah buat arwah
ReplyDeleteajal maut di tangan tuhan.yang penting kita kena sentiasa bersedia
ReplyDeleteal fatihah
ReplyDeletesedih pulak bile bace
mase kite tatau bile kan?
#yu ai rase hijau sngt mate ai memandang haha
Al Fatihah moga arwah ditempatkan bersama pra solehin...
ReplyDeleteakak mana pink!!!!!!!
assalamualaikum sunah...al-fatihah buat arwah...:(
ReplyDeletesunah dah tukar color blog ni yer cantik sejuk mata memandangnya...:)
alfatihah juga buat arwah coach fakhrul, coach hoki sekolah sy yang terlibat dalam kemalangan hari isnin lepas..
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com