Ticker

6/recent/ticker-posts

Sampai Berjujuran Air Mata

Ibu Gebu yang kata.

Komen dia kat entri NI menceritakan macam tu. Saya pun pelik kenapa sampai berjujuran air mata Ibu Gebu bila baca ayat kat note TU. Err.. Hanya Ibu Gebu yang mampu menjawab persoalan tu.

Berbalik kepada hal malam ni.

Entah nape la semua benda yang saya buat malam ni tak berapa nak menjadi. Kesian betul apam polkadot yang baru dibuat tadi. Yang first dengan second round, alhamdulillah ok. Start yang ketiga dan seterusnya, mula la berlobang-lobang. Banyak ruang udara yang pecah masa proses mengukus. Lepas tu, ingat macam ok la kot, tak teruk sangat lubangnya housemate cakap. So, nak susun masuk dalam tupperware. Tengah duk menyusun, tetiba je talam tempat kumpulkan apam polkadot tu terbalik. Tumpah semua yang baki dalam tu. Allah... Memang menguji kesabaran betul. Saya berhenti mengukus dan mengisi cup. Saya tahu, cup yang selepas-selepas ni, hasilnya takkan seperti first and second round, mesti akan berlubang-lubang. Akan buat penat saje kalau teruskan. Maka, saya fikir buat balik esok pagi je la.

Termasuklah kek karamel yang tak berapa menjadi.

Dah la customer nak esok. Huhuhu. Entah sempat ke tidak nak buatnya.

Bila fikir-fikir balik, mesti ada yang Allah nak tegur saya dalam amalan-amalan saya seharian. Mungkin ada lompang dalam perniagaan yang saya buat. Tambah-tambah bulan puasa ni. Allah... Allah... Dia sudah tentu sedang menguji kesabaran saya. Malah, juga menegur saya kat mana-mana yang tak betul.

Masa untuk muhasabah diri sebelum tidur.

Ya Allah... Permudahkanlah urusan hambaMu ini pada esok hari dan hari-hari akan datang.

Ameen.

Post a Comment

16 Comments

  1. yu terlalu memikirkan somthing kot

    tu xpokus

    ReplyDelete
  2. Mungkin.....atau menguji kesabaran di bulan puasa.
    Selamat beramal Sunnah.

    ReplyDelete
  3. Salam sunah....huhu, betul juga kata sunah, apa2 yang kita buat ada masa tak menjadi, mungkin juga "peringatan" dari Allah....hmmm, macam tu tak boleh lah nak marah sangat dan naik hangin sampai nak hempas oven kat lantai...kann..... huhu....

    ReplyDelete
  4. Sabar banyak2 ye sunah..kadangkala ada hari2 tertentu serba tak kena apa yang kita buat..
    اللهم لا سهل إلا ما جعلته سهلا وأنت تجعل الحزن إذا شئت سهلا

    Baca doa ni agar dipermudahkan segala kesulitan..:)

    ReplyDelete
  5. Alahaaiii Sunah, kenapa semua jadi camtu tuuu...fikiran x tenang la tu kan..Xpa, bawak2 rehat dulu...insyaAllah segalanya akan dipermudahkan.. Selamat Berpuasa buat adinda Sunah cayang...muaahh!

    ReplyDelete
  6. Mudahan... Sis pub pernah tjadi kes mcm kamu. Walahemah mmg nak cepat.
    Sbnarnya stiap y blaku ada hikmahnya..... Lagilah dibulan puasa. Besar dugaan.

    Harap sunah ttp ceria. Moga dipermudahkan segalanya

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum sunah...semoga diberikan kekuatan utk menghadapi dugaan ni...:)

    ReplyDelete
  8. tak ada anugerah lebih indah sekiranya kita berbaik sangka dgn Allah... :)

    ReplyDelete
  9. salam,

    muhasabah adalh jln yg sebaiknya... sy pun selalu didik diri sy mcm tu... asal ada je benda yg berlaku, mesti dok igt ni mesti allah nak tegur kita... klu kita dok mengeluh, ia tkkan berkesudahan... tp klu kita cuba memuhasabah diri, in sya allah w/pun sesekali diri mengomel, tp pd akhirnya hati ttp akan menjd tenang...

    dlm khidupan kita, kdgkala ada benda yg tk sepatutnya tlh kita lakukan tanpa kita sedari...

    ReplyDelete
  10. huhu..sabar ye ka.. bln puasa menguji kita ^^,

    dun give up =)

    ReplyDelete
  11. di bulan puasa byk perkara yg menguji kesabaran kita.

    antra sabar atau tidak jea.

    akak, lama deh kita xdtg komen sini.
    huhu. selamat menyambut ramadhan ;)

    ReplyDelete
  12. mungkin ada hikmahnya...syukur kita sedar dengan apa yang kita lakukan

    ;)

    ReplyDelete
  13. Allah menguji kerana akak mampu... tenang dlu kak jgn stress ye.. moga Allah mempermudahkan urusan akak Amin

    ReplyDelete
  14. terlalu memikirkan abg ady kot...hehehe

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com