Ticker

6/recent/ticker-posts

Bertudung Tapi Takut Bela Rambut Panjang?

Gambar sekadar hiasan. Sumber: wanzulfadliART

Sesetengah wanita yang bertudung, takut untuk memelihara rambut panjang kerana penjagaannya yang rumit dan perlukan perhatian lebih berbanding rambut pendek. Kat sini, ada beberapa tips dari e-Petua untuk wanita yang masih nak simpan rambut panjang walaupun bertudung. Boleh la amalkan petua ni untuk pastikan kesihatan dan kesegaran rambut kamu-kamu yang panjang tu ye~ ;)

Petua Penjagaan Rambut Untuk Wanita Bertudung

1: Jika anda memakai tudung kepala, pastikan rambut anda dikeringkan terlebih dulu. Kalau tidak nanti rambut anda akan bermasalah seperti berkelemumur, rambut berbuah, rambut berbau dan rasa tidak selesa seperti pening kepala.

2: Semasa anda mengeringkan rambut dengan tuala, cara terbaik ialah melurutkan tuala secara lembut dan perlahan-lahan dari atas hingga ke hujung rambut. Lakukan berulang kali dan biarkan ia kering sendiri.Jangan gosok rambut anda dengan kasar.

3: Untuk mengembalikan kesegaran rambut bagi yang bertudung, letakkan santan kelapa di atas rambut. Biarkan ia seketika dan ia lebih berkesan jika dibalut dengan tuala. Langkah seterusnya ialah bilas dengan air bersih dan kemudian basuh rambut dengan menggunakan syampu yang sesuai. Untuk kesan yang terbaik, amalkan cara ini seminggu sekali.

4: Sewaktu anda tidak mengenakan tudung, sikatlah rambut anda dan elakkan daripada tidak terurus. Secara tak langsung ia akan memastikan akar rambut dan kulit kepala mendapat pengudaraan yang secukupnya.

5: Gunakan air sejuk ketika membasuh rambut untuk kesegaran kulit kepala yang optimum.

6: Untuk menghilangkan kelemumur, gosokkan kulit kepala anda dengan limau purut yang telah dihangatkan. Setelah kelemumur gugur, basuh rambut dan kulit kepala anda dengan syampu anti kelemumur dan lebih baik jika ia ada campuran limau purut sekali.

7: Untuk rambut yang berminyak, pilih syampu yang boleh digunakan setiap hari. Faktor-faktor rambut berminyak seperti ketidakstabilan hormon mengakibatkan sebum dikeluarkan secara berlebihan, tekanan yang anda alami, keadaan cuaca panas atau pun anda banyak mengambil makanan yang berlemak.

8: Sikat rambut anda bila perlu sahaja. Tetapi jangan biarkan ia sampai tidak terurus. Ini kerana, jika selalu sangat menyikat rambut, ia menyebabkan kulit kepala menjadi panas dan menghasilkan minyak yang berlebihan.

9: Elakkan penggunaan alat pengering rambut supaya rambut tak mudah kusam. Jika anda tetap memilih penggunaan alat pengering rambut, gunakannya pada suhu yang tinggi. Jangan gunakannya pada suhu yang rendah kerana penggunaan pada suhu rendah akan mengambil masa yang lebih lama untuk mengeringkan rambut anda. Risikonya ialah rambut anda lebih mudah rosak.

10: Untuk mendapatkan rambut yang halus, gunakan sikat yang bergerigi penuh dan rapat.


Untuk keterangan lebih lanjut, boleh jenguk fanpage e-Petua kat Facebook tu ye~

Post a Comment

15 Comments

  1. teringat masa sekolah dulu, rambut selalu berbuah.. hihi

    ReplyDelete
  2. dni jarang rambut pendek walaupun bertudung :)

    ReplyDelete
  3. okey gak petua nie..suka rambut pnjang tapi tu lah masalahnya..pg2 nk pegin krja selalunya tak basahkan rmbut coz rmbut susah nak kering..hehe

    ReplyDelete
  4. kalau x kering nnt rambut rosak dan busuk

    ReplyDelete
  5. Betul2 mak pun pesan guna santan kelapa bg lebatkan and hitamkan rambut... Lagi satu daun bunga raya pun boleh guna... :)

    ReplyDelete
  6. hehehe, try la guna shampoo secret garden warna hijau....dri limau purut, pastu wangi, pastu berangin.... best!! rasa sejukkk ke kulit kepala.

    ReplyDelete
  7. ntah kenapa terbaca libas dalam perkataan bilas tue =.='

    ReplyDelete
  8. walaupun bertudung, kita mesti kene jaga kebersihan dan kesegaran rambut kita. jangan pulak tudung cantik, penampilan kemas, tapi bila buka tudung, ya rabbi.. hehe

    ReplyDelete
  9. ohh. sekadar mmbaca jela. hehhhe

    ReplyDelete
  10. tak pernah rambut lebih dari paras bahu..sebab rimas dan susah nak jaga. saya takboleh mandi kalau tak basahkan rambut.

    ReplyDelete
  11. Salam.

    Bukan tak berani. Rimas rambut panjang. Pening-pening..

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum sunah...menarik info ini...:)

    ReplyDelete
  13. alamak..kak tini pun suka guna hair dryer. tp guna fan shj. yg suhu panas tu akak off kan...cmtu ok ke tak eh?. mmg akn ambil masa lama, tp ibarat mcm keringkan rambut dpn kipas. berangin tp x panas. ok ke tak eh?

    ReplyDelete
  14. Erk terase. Mls tul nk uruskn rambut ni

    ReplyDelete
  15. yang lain2 selalu buat, cuma letak santan kelapa je tak pernah trymm sebabu bau dia tak berapa nak suke, ;)

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com