Ticker

6/recent/ticker-posts

Tiada Yang Lebih Indah...

Kampung Paya, Pokok Sena, Kedah

Kadang-kadang...

Malah, selalunya... Kita merancang untuk sesuatu, dan mengharapkan segalanya mengikut apa yang kita rancangkan. Kita rasa, perancangan kita sudah cukup baik, dengan penuh keyakinan bahawa semuanya akan berlalu dengan baik. Kita minta pada Allah agar dipermudahkan segalanya yang telah kita rancangkan. Moga-moga kelak Allah akan bantu kita dalam rancangan kita.

Namun, tidak semua yang kita rancangkan akan mengikut apa yang kita susun. Mungkin di saat-saat akhir, Allah jadikan sesuatu yang tidak kita jangka-jangka. Yang tidak pernah terlintas dalam fikiran kita, malah tidak pernah termasuk dalam Plan B atau Plan C. Lalu kita menjadi terkedu seketika. Malah mungkin ada yang terus tersadung jatuh tidak mampu untuk bangun lagi.

Bagi mereka yang beriman akan Qada' dan Qadar Allah, seharusnya mereka menjadi hamba yang redha akan segala ketentuanNya. Kerana dari redha itu, barulah akan terlihat keindahan susunan Allah atas apa yang telah kita rancangkan. Bukankah di dalam doa yang dipinta, kita mahu rancangan kita selari dengan rancangan Allah? Maka dengan itulah, Allah mempermudahkan segalanya. Dengan cara yang paling Dia sukai. Subhanallah.

Alhamdulillah. Allah Maha Mengetahui...


P/S: Sudah terlalu banyak peristiwa berlaku dalam seminggu lebih blog tak diupdate. Dari yang banyak itu, Allah memberikan peluang kepada diri untuk berfikir. Alhamdulillah.

Post a Comment

10 Comments

  1. Cantiknya bendang...

    Byk tercalit kenangan manis kat kedah? Coret kat sini dik

    ReplyDelete
  2. yaa terlalu banyak

    btw cantik view

    ReplyDelete
  3. btl sgt..cam dla aritu, family plan nk g kedah, dah ditakdirkan seminggu sblm tu kete ayah accident..mmg terkejut,tp dla rs mmg ade hikmah sume tu..

    ReplyDelete
  4. betul tu kak sunah.

    kalau yakin dgn aturan Allah, DIA akan bg yg terbaik.

    dan mengharapkan yg terbaik kenala usaha utk dptkan yg terbaik.

    ReplyDelete
  5. kita mampu merancang je kan.. :)

    ReplyDelete
  6. benaran bu'..perancangan ALLAH itu yang terbaik..kerna perancangan nya berdasarkan keperluan kita bukannya kehendak kita

    ReplyDelete
  7. Indah ciptaan Dia, harus di syukuri setiap apa yg diberiNya. Jika tidak kesampaian apa yg diimpikan, mohonlah kpdNYA.

    ReplyDelete
  8. Subhanallah..cantik pemndnngn tu..alhamdulillah..tafakur seketika.

    ReplyDelete
  9. sunah....alhamdulillah dan syukur dengan segalanya..walau diluar jangkaan kita

    ReplyDelete
  10. sebab Dia bagi apa yang kita perlu bukan apa yg kita mahu kan...

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com