Kat Kedah hari tu, sempat bermalam kat rumah blogger kakakecik Shida. Hari Isnin petang, Hanisah yang hantar sebelum dia balik ke Johor. Rumah kakakecik nun jauh di Pendang, Kedah Darul Aman. Masuk area rumah beliau da nampak bendang kat kiri kanan jalan. Suasana kampung da mula terasa.
Benda yang saya takleh lupa masa duk rumah kakakecik ni, masa borak-borak dengan family kakakecik malam tu, boleh pulak mak kakakecik sentuh kaki saya. Terkejut saya dibuatnya. Kakakecik pun terkejut jugak sambil tarik tangan mak dia. Hahaha~ Sebab apa dia sentuh, sebab nak rasa kulit orang Sarawak. =.=
Ros kaler pink & cekelat... Saja nak tengok ok ke kalo tema cekelat... Eh! |
Kat rumah kakakecik, mak kakakecik ajar buat bunga getah. Bunga-bunga spesies hantaran kawen tu banyak kat rumah diorang. Cantik-cantik semuanya. Cekap pulak tu mak kakakecik buat sekuntum-sekuntum. Dan saya pun dapat sejambak bawak balik Johor. Ekeke. Sape-sape yang berhasrat nak tempah bunga telur untuk hantaran, boleh la jenguk blog rasmi Koleksi Hevea kat SINI.
Kek Karamel Sakura |
Tak ketinggalan jugak, kakakecik ajar buat kek karamel yang sedap tu. Da expert da kakakecik ni. Moga cepat la kakakecik kawen. Ameen... *doa takde kena-mengena*
Apapun, terima kasih buat kakakecik sekeluarga sebab sudi tumpangkan musafir ni. Moga Allah limpahkan rahmat dan kesejahteraan buat kakaecik sekeluarga. Ameen...
P/S I: Turut sama menumpangkan musafir ni sepanjang kat Kedah adalah dua lagi rakan blogger, kiera'sakura dan Cahaya Wany. Moga Allah balas jasa kalian. Ameen.
P/S II: Berpeluang jugak berjumpa dengan blogger Cik GKSB, Syafinaz Ramli, Pakcu Sofi, adik Nadzli Azlan, dan Nadh (jugak). Terima kasih memperkenalkan Kedah.
P/S III: Terlalu banyak sebenarnya yang berlaku di sana hingga tidak terluah oleh kata-kata. Terima kasih Allah untuk pengalaman berharga.
P/S IV: Terlalu banyak hendak dikongsi hingga tidak mampu untuk menyusun ayat-ayat yang indah. Akhirnya semua jadi draft. Sekian.
P/S I: Turut sama menumpangkan musafir ni sepanjang kat Kedah adalah dua lagi rakan blogger, kiera'sakura dan Cahaya Wany. Moga Allah balas jasa kalian. Ameen.
P/S II: Berpeluang jugak berjumpa dengan blogger Cik GKSB, Syafinaz Ramli, Pakcu Sofi, adik Nadzli Azlan, dan Nadh (jugak). Terima kasih memperkenalkan Kedah.
P/S III: Terlalu banyak sebenarnya yang berlaku di sana hingga tidak terluah oleh kata-kata. Terima kasih Allah untuk pengalaman berharga.
P/S IV: Terlalu banyak hendak dikongsi hingga tidak mampu untuk menyusun ayat-ayat yang indah. Akhirnya semua jadi draft. Sekian.
17 Comments
Sunah...terima kasih kerana sudi bermalam kat umah akak..mintak maaf andai ada terkurang layanan...akak jugak mintak maaf bagi pihak mak akak yang teruja dengan kehalusan kulit kamu...kami tak pernah jumpa dan kenal rapat dengan orang sarawak...awak la orang pertama yang kami kenali...
ReplyDeleteinsyaAllah doa2kan utk akak ye mana tau dimakbulkan doa Sunah cepat la akak kawen..hehehe...mana ada expert pun biasa2 je..masih dalam proses belajar..
bab bunga tu..akak pun tak pandai sangat..ajar kamu skit dah kena komplen dengan mak dah jadi ajaran sesat,,basic nya boleh la skit2...mak mmg expert...sambil borak pun dia leh buat berkuntum2...alhamdulillah dengan anugerah yang diberikan kepada mak..
akak jugak mintak maaf sebab tak dapat temankan kamu sepanjang kamu berada di Kedah...terkilan jugak rasa nya...
jangan serik mai kedah tau..mak kak yang kata...kak mmg alu2 sangat sunah mai kedah lagi...nanti kita jalan tempat lain plak...insyaAllah...
(panjang nya akak komen)
sayang awak...semoga ukhwah antara kita semua akan berkekalan
wah..nyaman rupa kek.. mintak resepi..;p
ReplyDeletemaksudnya penama2 di atas dah dapat lihat wajah sunnah eh???bg la gmbr nk tgk dia jg!!haha
ReplyDeletehttp://qasehraihan.blogspot.com/2012/06/dedikasi-istimewa-untukmu.html
wahhhh... tepuk-tepuk tangan... bolehlah g bertandang ke pendang.. nak belajar buat bunga pengantin.. sukalah buat benda-benda tu..=D
ReplyDeleteWelcome to kedah K.Sunah! Nak jadi orang kedah terus pun ok juga...~
Sedap betoi nampak kek tu...
ReplyDeleteNi orang Kedah dok bagi komen ni... Negeri Kedah memang hijau permai, bangga ceq jadi oghang Qedah... :)
takde rezeki nak jumpa.. huu,
ReplyDeletekalau tak bleh lepak bertiga..
kalau bukan sebab sy nak kena balik cepat. mesti dah boleh lepak sesama.. huuu~
kak ayu tumpang gembira, hampir menitiskan air mata..
ReplyDeletedikkkkkkkkk..
alhamdullilah.. kamu kesana, btemu jua sahabat2 yang sentiasa memberi galakan kita dlm dunia blogger terus ke dunia reality..
tahniah pd semua...
part kulit sarawak tu..
serius hanya y pernah sentuh tahu kelembutan kulit kamu
ape beza kulit org srawak ni?
ReplyDeleterugi ai tak main cubit2 yu dlu
#ehhhh
waahh.....kreatif sungguh~
ReplyDeletelorrrrrrrr... mai Kedah tak habaq kt sy pun.. :(
ReplyDeleteeh, jap.. nk rasa kulit org sarawak? lol. pelik ke kulit org sarawak ni? ;-p
ReplyDeletewaaa syioknye... ada tak mana2 blogger nak kasi dni p rumah dia :D
ReplyDeletenk ikut Iffah, rugi x cubit akak.. ehh ke dh pernah kena cubit.. ihihihi
ReplyDeletesalam...
ReplyDeletemenjaga ukhwah itu sikap dan sifat yang baik. teruskanlah..
Menyampah da tgk nadh lettewww. Werkwerkwerksss
ReplyDeleteassalamualaikum sunah...mengeratkan silatulrahim antara muslim n blogger...:)
ReplyDeletebila la nak jumpa kak sunah..huhuhu... belum ada rezeki lagi nak jumpa..
ReplyDeleteKDK, Khind, Panasonic, Apa kaitan?
Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com