Alhamdulillah.
Seminggu yang lepas, sahabat baik masa degree dulu dah selesai mendirikan masjid pada 1 Jun 2012. Saya dan beberapa orang sahabat bertolak dari Johor ke Alor Setar pada Khamis malam Jumaat. Masa perjalanan 12 jam. So, sampai sana pagi Jumaat la~ Duk kat rumah kawan kat Alor Setar, Hanisah, sebelum ke Sg. Petani esoknya. Sahabat yang comel tu, Asma Abdul Ghani, selamat diijabkabulkan dengan pasangan dia, senior kolej kami jugak, akhi Nazrulazlan, pada petang Jumaat yang HIJAU di Kedah~ #Eh!
Walimah Asma & akhi Nazrulazlan pada hari Sabtu di Sg. Petani, Kedah |
Dan pada Sabtu malam Ahad pulak, saya dan kawan-kawan ke Kota Bharu, Kelantan. Gi naik bas lepas bersungguh-sungguh mencari tiket. Bayangkan lerr masa cuti sekolah camtu, banyak tiket da habis. Tu la, beli lagi last minute. =.=
Perjalanan ke Kota Bharu amek masa 7 hingga 8 jam jugak. Lalu Grik, dan driver sangat berhati-hati memandu sepanjang jalan yang berliku-liku. Rasa macam naik bas kat Sarawak pun ada sebab asyik belok-belok aje. Saya sendiri rasa tak senang nak tidur dalam keadaan macam tu sebab risau jadi ape-ape, naudzubillah. Alhamdulillah sampai juga kat Kota Bharu dan Subuh pertama kat negeri Serambi Mekah sebelum bakal pengantin menjemput kami kat Stesen Bas Kota Bharu.
Majlis akad nikah kak Azlieyna dan pasangan, akhi Fazli di masjid, 3 Jun 2012. |
Dan malam tu, terus balik Sg. Petani pulak (tiket ke Alor Setar da habis). Pergi Kota Bharu reramai's, balik sengsorang~ Wuwuwu. Dan masa nak balik tu, entah dari mana entah adik Jiji Yu moncol kat Stesen Bas Kota Bharu, nak hantar kakak dia yang comel ni balik Sg. Petani. Jiji kata, "kuat nkoo ni, pagi tadi datang dari Kedah sampai Kelantan, malam ni dari Kelantan nak balik Kedah pulak...malam ni dinner kat Kota Bharu, pagi sok breakfast kat Kedah..." (banyak membebel la budak ni... =.=")
Apapun, tahniah buat Asma dan kak Azlieyna yang dah selesai mendirikan baitul muslim. Moga keberkatan Allah memayungi hidup dengan keluarga baru lepas ni. Ameen...
P/S: Tahniah juga buat blogger sis Laily Qaisyirah dan kak Niena Muhammad yang sudah selesai mendirikan masjid. :)
14 Comments
haha..kang aku tak membebel kang tak sama gak kang mcm dlm blog..tp tu la aku
ReplyDeleteawak bila pulak haha
ReplyDeletenak tanya soalan sama ngan iffah..
ReplyDeletekak sunah bila lagi??
=P
suka tengok pakaian pengantin...sopan =)
ReplyDeleteselamat pengantin baru buat pasangan tersebut.. :)
ReplyDeletenk tanya jugak...
kak Sunah bila lagi??hehe ;D
ok lepas nie kte ke sarawak pulak gi kenduri akak.. wehuuuuuuu :p
ReplyDeleteehem..ehem bila lagi???hehehe
ReplyDeletehttp://www.qasehraihan.blogspot.com/2012/06/dedikasi-istimewa-untukmu.html
assalamualaikumsunah...selamat pengantin baru buat pasangan pengantin...
ReplyDeletep/s awk bila lg ek...?
aha...jom kita pakat tnya sunah lak 'bila lagi ek'..?? hikhik
ReplyDeleteuntung la jiji dpt jmp sunah
ReplyDeletemoga semua pengantin baru berbahagia menjalani keindahan hidup berkeluarga
akak punya turn dah tak lama lettew..huhu
ReplyDeleteselamat pengantin baru kpd 2rakan sunah tu...
ReplyDeleteinsyaAllah lepas nie kita makan kenduri d sarawak pulak kan
Selamat pengantin baru pada rakan2 sunah...
ReplyDeleteSunah plak bl?
Nak tanya soalan sama mcm org atas2 ni..
ReplyDeleteSunah bila pulak? ;-p
Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com