Hutang budi dibawa mati.
Ataupun, versi penuh dia...
Pisang emas dibawa berlayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.
Pantun orang lama-lama. Dulu kat sekolah, belajar pantun ni gak kan? Dah familiar sangat pantun ni dikalangan masyarakat kita.
Hutang. Sape rasa dia ada berhutang dengan sesape? Hutang kat sini dalam kategori ayat ketiga dalam pantun kat atas. Hutang duit, harta benda, emas, perak, etc yang material-material ni la. Ye la, kalau boleh kita ni rasanya tak nak lah berhutang dengan sesiapa, tapi bila tiba satu keadaan yang mendesak, bila kita sangat-sangat perlukan duit, kita terpaksa jugak berhutang. Kadang-kadang dengan kawan-kawan, kadang-kadang dengan ahli keluarga, tak kisahlah dengan sesape, dengan janji bahawa nanti kita akan bayar balik hutang tu bila dah ada duit.
Pernah dengar tak, kat akhirat kelak, orang yang berhutang dan tak melangsaikan hutangnya, akan carik pemiutang dia? Haa...bayangkan, masa semua tengah kalut nak timbang amal dan dosa, kita sibuk pulak nak carik pemiutang sebab nak langsaikan sebelum diri kita ditimbang. Pemiutang pun, tetiba terdrag masa nak lintas titian sirat sebab tetiba kena panggil oleh penghutang. Tu bayangan saya. Gambaran kejadian sebenar, hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Erm...kalau kita takut susah kat akhirat nanti, usahakanlah untuk langsaikan hutang kita kat dunia. Kalau tak mampu bayar semua, bayar ansur-ansur. Bila ada duit je, bagi sikit. Lama-lama insya'Allah boleh langsai kan? Pemiutang pun, kena ingatkan penghutang untuk langsaikan hutang dia. Risau pulak hutang dibawa mati, tak dihalalkan oleh pemiutang. [Malah, kalau manusia tak maafkan kita bila kita buat salah kat diorang, Allah laaaaaagii takmo ampunkan dosa kita.] Naudzubillah.
Tu hutang dengan manusia. Hutang kita dengan Allah? Tepuk dada, tanya iman.
P/S: Hutang PTPTN pun belum langsai lagi.
10 Comments
Hutang puasa
ReplyDeletehaha
mekasih entry ni yu
kak ingat lagi baca 1 hadis, amalan baik kita akan di tarik jika kita masih berhutang
ReplyDeletesuubhanallah
hutang.. xleh main2 kene byr bila ingt..
ReplyDeleteperingatan. tengkiu boss. :D
ReplyDeleteSalam ziarah...
ReplyDeleteTakutkan bila hutangvtak baya nii.. Kene tuntut kat akhirat nnt..
Kalau blh elakkan berhutang tp nk bjlr nk beli rumah etc terpksa jgk pinjm byr sikit2 janji byr...
ReplyDeletekira selalu buat perangai lupa nk ingtkan si penghutan sbb mcm segan je nk ulang byk kali =.='
ReplyDeletealamak byk lagi hutang belum langsai nie..
ReplyDeletethanks sunah atas peringatan ini
assalamualaikum sunah...semua hutang kena lah dilunaskan walaupun sebesar hama sekali pun...:)
ReplyDeletelame tak pantun dalam kotak ni.. :D
ReplyDeletebutang ada berbagai butang
baju melayu butangnya hilang
hutang ada bermacam hutang
pandai meminjam pandai lah pulang
Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com