Ticker

6/recent/ticker-posts

Tak Boleh Mandi Malam?

Ramai yang percaya, mandi malam tak elok untuk kesihatan dan boleh menyebabkan paru-paru berair atau pneumonia atau radang paru-paru.

Betul ke?

Gambar dari Zaki Khan

Meh kita selongkar. Sebenarnya, pneumonia ni bukanlah disebabkan oleh tabiat mandi malam. Secara saintifiknya, pneumonia disebabkan oleh bakteria dan virus yang mungkin berada kat mana-mana sekeliling kita. Tak kiralah kat mana atau waktu bila kamu mandi. Atypical mycobacteria ni hidup dalam air paip, dan tahan pada klorin. So, bakteria ni tak mudah mati. Orang-orang yang tertentu macam perokok atau warga tua yang antibodi dia lebih lemah senang nak dapat bakteria ni ke dalam paru-paru.

Radang paru-paru selalu bermula bila kita menyedut terlalu banyak kuman ke dalam paru-paru kita. Dari mana kuman tu datang? Fikir-fikirkan sendiri. Orang yang ade penyakit jangka panjang atau kronik, macam asthma, sakit jantung, kanser atau kencing manis lebih mudah nak dapat radang paru-paru.

Ape tanda-tanda dia?

- Batuk berkahak atau mungkin disertai dengan darah
- Demam
- Sesak nafas
- Menggigil, mungkin sekali atau kerap
- Sakit dada
- Rasa letih
- Loya dan muntah
- Cirit birit

Dan tentang mandi malam, sebenarnya tu hanya mitos. Hakikatnya ade kajian yang mendapati waktu malam tak sesuai untuk aktiviti yang memenatkan macam main FUTSAL, badminton, bola sepak dan lain-lain. Ia mendatangkan stress fizikal sebab kitaran biologi dan fisiologi menuntut fizikal kita berehat dan hanya melakukan aktiviti dan senaman yang sesuai aje pada waktu malam. Stress fizikal yang berulang-ulang ni menyebabkan penurunan kekuatan sistem pertahanan/imuniti tubuh melawan penyakit. (Jadi lepas main macam-macam, memang la kamu mandi kan, sebab peluh busuk kamu tu!)

Ade banyak lagi sebab lain yang boleh melemahkan sistem pertahanan badan kita. Tapi yang utama untuk pneumonia adalah kehadiran bakteria. Maka, berhati-hatilah dalam urusan seharian, dan jaga kesihatan dengan lebih baik.

Entri ni untuk sorang adik yang mintak supaya saya publish benda ni sebab dia nak tau jugak tentang sakit yang dia hidapi buat masa ni. Moga kamu cepat sembuh dan kembali bersama-sama yang lain.


Sumber:
Mandi Malam dan Air Batu penyebab Paru-paru berair? Mitos tidak benar!

Post a Comment

13 Comments

  1. oooo.... terima kasih for the info

    ReplyDelete
  2. kak es pernah kena pnemonia. lecturer minta tebalkan lapisan dibhgn dada utk elak sejuk dan jangan mandi malam. sebab masa study dulu suka mandi malam.

    mgkin kebetulan atau mmg betul.... alhamdulillah lepas tu sembuh.

    ReplyDelete
  3. ooo..br aku paham...tp aku dah tau dah sebenarnya..ahaha

    ReplyDelete
  4. @JIJI YU

    aku da agak da, ko mesti komen camtu..mencik ahhh

    ReplyDelete
  5. ohh. disebabkan bekteria je pun. hehehh

    ReplyDelete
  6. yup mitos je. but memang xdigalakkan mandy malam. bila malam air sejuk, kita mudah kena flu. bila antibodi kurang, bacteria mudah masuk dalam paru-paru. bacteria tu y akan sebabkan pneumonia. ada blaja pasal ni , so tau sikit2 ;)

    ReplyDelete
  7. memang mitos... tapi kalau boleh elakkan! kalau nak mandi jugak mandilah dengan air panas..

    ReplyDelete
  8. Ooohh br tau

    tp ai mandi je beble pon

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum sunah...x elok sebenarnya mandi mlm2 ni boleh dpt penyakit paru2 berair nanti...:)

    ReplyDelete
  10. o i c..
    macam mana dengan sakit tulang atau sendi?
    ada kaitan tak?

    **gy mcm consult doc la plk..(",)

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com