Nama wajib dirahsiakan kali ni sebab isu agak sensitif. Ekeke.
Pagi tadi dalam kul 11 gi jumpa doktor kat salah satu pusat kesihatan. Sampai nombor giliran saya, saya pun masuk la bilik doktor tu. Doktor lelaki. Dia sebut nama saya. Then tanya saya asal mana.
"Sarawak."
"Sarawak...dulu tahun 2010 saya pernah datang Sarawak. Sarawak dekat mana?"
"Bintulu."
"Ooo... Bintulu tu saya tak tahu la, tapi dulu saya gi Kuching. Lalu sungai tuuu. Nampak la rumah menteri kamu tu ha. Sape nama dia tu, ape ek? Lupa... Rumah dia macam istana. Fuhhh..."
"Tu bukan bangunan DUN ke?"
"Sape ek nama dia...Abdul Rahman?" Doktor tu cuba mengingat-ingat.
"Taib Mahmud."
"Aha... Taib Mahmud. Rumah Ketua Menteri kamu tu macam istana. Bayangkan lah gaji dia sebagai Ketua Menteri je berapa. Cukup ke nak buat rumah macam istana? Cuba fikir, dari mana dia dapat duit tu...hurmmm."
Dia menanti jawapan. =.=
"Duit rakyat???" Saya jawab macam dalam skema jawapan exam.
"Haa... Kita ni bukan ape... Bla bla bla..."
"Rakyat Sarawak ni banyaknya duk pedalaman, doktor. Sumber maklumat kami TV, paper, dengan radio je. Semua arus perdana. Yang bernasib baik sikit je boleh bukak internet."
Doktor merenung saya. Dalam hati saya da tertanya-tanya, wajar ke saya bincang benda ni dengan doktor ni? Lagi satu... Bila la doktor ni nak start check kesihatan saya ni??? =.=
"Hurmm... Doktor ni bukan ape, nak ajak kita ni fikir. Dari kekalahan tahun 2008 dulu tu kita boleh nampak ada banyak penambahbaikan bla bla bla..." (tak dapat fokus ayat panjang-panjang ni)
"Hurmm.... Tu la..."
"Habis, awak undi jugak Taib tu..."
"Hoh? Mana ada. Bila saya undi dia???"
Saya baru sekali je mengundi sejak mendaftar. Tu pun kat kampung saya bukan Taib Mahmud yang bertanding kayyyy.
Lepas tu baru la doktor tu check tekak. Tu je dia check. =.=
P/S: PRU13 da nak dekat agaknya.
8 Comments
Hahahhaa.....Dr tu silap makan ubat gamaknya...
ReplyDeleteadoi, ni doktor ke ahli politik ni..huhuhuuu
ReplyDeletehehe bahang PRU13 tuu..
ReplyDeletepe pun yg penting pemimpin kita mestilah seorang ISLAM..urusan lain itu antara dia ngan Tuhannya..bgaimana dia nk pikul tanggungjawab selaku khalifah
Doktor ni, banyak pulak soalnyaaa (:
ReplyDeleteDoc pon peka
ReplyDeletebgs tpi jlnkn la keje dlu kot iye pon
dgr2 dah dkt, tp zuan blum dftr sbg pengundi..hehek
ReplyDeletenad dah..:)
ReplyDeleteNama kak sunah masuk dalam entry ni..:)
http://www.nornadiah.com/2012/04/promot-blogger-1.html
assalamualaikum sunah....alamak apa dah jadi ni...:)
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com