Ticker

6/recent/ticker-posts

Eh, Ustazah! : Tertinggal Doa Qunut!

Lepas solat Subuh berjemaah pagi tu, ustazah dan adik ustazah, Amalina duduk saja di bilik solat. Hening suasana pagi tu, macam ada sesuatu yang berlaku hingga kedua-duanya kelu tidak bersuara. Sekadar lafaz istighfar yang sayup-sayup kedengaran diulang-ulang oleh ustazah.

Amalina: Akak, tadi tu akak buat sujud sahwi ke?

Ustazah: Aha.. Tu la sujud sahwi. *senyum*

Amalina: Ooo... First time Ina buat sujud sahwi. Huhuhu. Akak buat sujud sahwi sebab tertinggal doa qunut kan tadi?

Ustazah: Yup... Akak terlupa, tapi masa akak da sujud tu baru akak teringat yang akak terus sujud lepas iktidal.

Amalina: Ermmm... Sujud sahwi ni kita buat sebab kita tertinggal ape-ape dalam solat kan kak?

Ustazah: Mula-mula sekali, kena faham makna dulu. Sahwi ni dari segi bahasa bermaksud lupa sesuatu. Dari segi istilah pulak, sujud sahwi ni adalah dua kali sujud yang dilakukan sebelum atau sesudah salam oleh seseorang yang sedang bersolat.


Amalina: Ooo... Terlupa yang macam mana tu kak?

Ustazah: Ada tiga sebab orang buat sujud sahwi ni. Yang pertama sekali sebab terlebih sesuatu dalam solat, contohnya terlebih rukuk, sujud dan sebagainya, maka dia perlu sujud sahwi.

Amalina: Kalau terkurang lak?

Ustazah: Kalau terkurang pulak, bila seseorang tu terlupa sampai meninggalkan salah satu sunat ab'adh, maka dia harus sujud sahwi sebelum salam.

Amalina: Sunat ab'adh? Ape tu kak?

Ustazah: Sunat ab'adh ni adalah sunat yang sangat ditekankan dalam solat, macam Tasyahud Awal dan Qunut dalam solat Subuh. Bila

Amalina: Haaa... Kalau terlupa nak Tasyahud Awal, terus berdiri tegak, kena la sujud sahwi ye kak?

Ustazah: Kalau Ina terlupa nak Tahiyyat Awal, dan teringat benda tu bila Ina da berdiri tegak, maka kena la buat sujud sahwi. Tapi kalau masa tu Ina belum sempurna berdiri tegak, masih on the way nak berdiri katakan, Ina leh duduk balik untuk Tahiyyat Awal. Macam tu tak perlu sujud sahwi.

Amalina: Owhhh... Kalau macam kurang yakin rakaat kita da berapa pulak, kak? Kadang-kadang rasa macam da rakaat terakhir, kadang-kadang macam belum lagi. Huhuhu.

Ustazah: Aha... Yang tu sebab ketiga. Bila seseorang tu ragu-ragu dalam solat dia, dia kena sujud sahwi. Ragu-ragu ni pulak ada dua jenis. Yang lebih 50% yakin dengan yang 50-50 yakin.

Amalina: Eik, ada percent-percent pulak~

Ustazah: Yup, bila seseorang tu lebih 50% yakin dia da berada dalam rakaat ketiga, bukan rakaat keempat maka dia kena teruskan dengan apa yang dia yakin tu, then buat sujud sahwi sebelum salam. Kalau dia rasa 50-50 pulak, sama ada dia kat rakaat ketiga ke keempat, dia kena amek jumlah rakaat yang sedikit, then lengkapkan rakaat dia baru sujud sahwi sebelum salam.

Amalina: Hurmm...ape-ape hal, kena amek yang sedikit. Erm, nape kena buat sujud sahwi ni kak?

Ustazah: Sujud sahwi ni hukumnya sunat. Rasulullah s.a.w bersabda...


Amalina: Hoo...padan muka syaitan. Nak gelakkan kita sebab terpengaruh dengan bisikan dia eks, buat sujud sahwi terus syaitan rasa kechiwaaaa~

Ustazah: Hurm...

Amalina: Masa sujud tu akak baca ape kak?

Ustazah: Erm..sebenarnya takde satu pun riwayat khusus yang menjelaskan tentang bacaan sujud sahwi. Lebih ramai ulama termasuk Imam Nawawi r.h cakap, bacaan sujud sahwi tu sama macam sujud solat fardhu biasa.


Amalina: Erm...akak, kalo dia terlupa nak sujud sahwi? Dah beri salam dah pun...huhuhu.

Ustazah: Kalo terlupa nak sujud sahwi sebelum salam, boleh sujud sahwi selepas salam dengan syarat dia teringat benda tu dalam masa yang tak terlalu lama. Sujud sahwi lepas salam, kena buat salam sekali lagi tau!

Amalina: Oooo... Alhamdulillah. Lepas ni takde la konfius-konfius dah.

Ustazah: Alhamdulillah. Tapi bila kita tau yang kita boleh buat sujud sahwi sebab terlupa sesuatu dalam solat ni, janganlah kita meremehkan solat kita. Tak buat sungguh-sungguh dengan alasan nanti boleh sujud sahwi~ Haa~ Solat tetap kena khusyuk dan buat dengan sehabis sempurna yang boleh.

Amalina: Insya'Allah akak~ Hee~~~


Ramai yang tak tahu macam mana nak buat sujud sahwi kan? Dan ramai juga yang selalu terlupa dalam solat kerana terfikir perkara lain hingga menghilangkan khusyuk. Moga Allah ampuni dosa-dosa kita, moga syaitan tidak mudah untuk membisikkan tipu daya antara solat kita.


Rujukan:

Post a Comment

16 Comments

  1. semua bangun!

    termaaa kaaasih ustazaaahhh!


    hehe

    ReplyDelete
  2. Kalau terlupa, tak apa.. Tapi, kalau lalai, neraka wail jawabnya.. ahakz..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah,penyampaian yg baik utk kefahaman.. terima kasih. :)

    ReplyDelete
  4. haha uncle gedek~

    terima kasih ustazah!^^

    ReplyDelete
  5. my kdg2 lupe doa qunut pehtu buat sujud sahwi hehe... time skolah dlu belajar ni..:)

    thanks for sharing this

    ReplyDelete
  6. memang tak ada bacaan khusus la untuk sujud ni.. hmm thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  7. ada pendapat cakap, klo x buat doa qunut pon xpe..

    xperlu sujud sahwi pon..

    huhuhu..

    camne tuh ustazah?

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah dapat menambah satu ilmu lagi....

    ;)

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum sunah...peringatan yang baik buat semuanya..:)

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum warahmatullah...

    sengaja ingin upkan semula soalan saudara shahjiehan..

    ya al-'arif ustazah..
    qunut sunat bagi ijtihad imam syafie dan syafieyyah..

    manakala ijtihad lain sebaliknya.. di makkah dan madinah juga tidak ada qunut subuh..allahua'lam

    cuma sebenarnya saya belum jumpa dalil sujud sahwi kerana tertinggal qunut.. saya tidak temukan dalam kuttub sittah.. minta bantuan sahabat semua bantu saya..

    barakallahufik wa jazakallahu khairan kathira :)

    ReplyDelete
  11. kalau kat Brunei. dari sekolah ada diajarkan apa yg perlu dibaca. mungkin tak ada bacaan khusus kot. tapi sekurang2nya ada jugalah bacaan. hehe. kalau kat sini bacaan dia,
    "Subhanaman laayana mualaayashu"
    :)

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com