Ticker

6/recent/ticker-posts

Eh, Ustazah! : Sujud Syukur

Hari tu, ada walimah sahabat lagi. Ustazah dengan kawan-kawan ustazah gi teman sahabat yang menikah. Sama-sama rasa sebak sekali dalam dada bila ibu sahabat membaca dokumen untuk anak perempuannya. Air mata turut menitis, tak tertahan sampai terpaksa beredar ke belakang.

Anum: Prosedur pernikahan orang Johor memang macam tu. Panjang dan banyak proses.

Nabila: Tapi kalau kita nak singkatkan pun boleh. Gitau tok kadi yang mana kita tak nak dalam proses tu. Sebab ikutkan rukun, akad tu lagi penting.

Ustazah: Aha... Macam ni betul-betul menyentuh hati dua mempelai. Tak boleh tahan air mata dengar ibu kak Haniza baca benda tu. Sedih sangat... *sambil lap air mata*

Amalina: Tu la akak. Sedih... Diorang lagi sedih kan.

Nabila: Hehe... Sebab tu orang tak pi depan tadi. Takut nak dengar.

Ustazah: Ape pun, alhamdulillah dah selesai. Diorang pun da selesai buat sujud syukur. Lepas ni bermula la hidup baru sebagai suami isteri.

Anum: Alhamdulillah... Hehehe.

Amalina: Errr... Akak! Sujud syukur tu memang kena buat ke lepas nikah???

Ustazah: Eh, tak lah. Nape tanya camtu?

Amalina: Sebab kalo pi kenduri kawan-kawan nikah, mesti lepas nikah tu diorang buat sujud syukur. Hurmm...

Ustazah: Sebenarnya, sujud syukur ni hukum dia sunat. Kita buat sujud syukur sebab dapat sesuatu nikmat, sesuatu yang kita hajati, sebab mencapai kejayaan atau terhindar daripada bencana.

Nabila: Contohnya, dah dapat zuriat sejak bertahun-tahun menunggu, dapat result SPM straight A's, dan macam tadi... Dipermudahkan Allah urusan pernikahan. Alhamdulillah.

Amalina: Ooo... Kiranya, sujud syukur ni sunnah Rasulullah s.a.w la ye?

Ustazah: Aha... Menurut sahabat-sahabat baginda, kalau sampai kepada Rasulullah s.a.w suatu berita yang menggembirakan, baginda akan buat sujud syukur.


Anum: Hurmm... Sebenarnya dari dulu tertanya-tanya sujud syukur ni kena ada wudhuk ke?

Ustazah: Untuk buat sujud syukur ni, tak diwajibkan untuk orang tu ada wudhuk. Yang penting kena suci dari hadas kecil dan besar, menutup aurat dan menghadap kiblat.

Amalina: Lepas tu, nak buat dia macam mana pulak?

Ustazah: Sebenarnya takde hadith yang jelas menyatakan cara sujud syukur. Dalam kitab al-Bahr ada disebut, takbir diperlukan untuk buat sujud syukur. Jadi, mulakan dengan niat untuk buat sujud syukur, takbiratul ihram, then terus buat sekali sujud, duduk dan beri salam.

Nabila: Eh, masa sujud tu nak kena baca ape?

Ustazah: Membaca zikir dalam sujud syukur hukumnya sunat. Antara zikir yang digalakkan tu, sama macam zikir dalam sujud tilawah.


Ustazah: Manakala Imam Syafi'e pulak memilih untuk ucapkan zikir "Maha Suci Tuhan kami, sungguh janji Tuhan kami tetap terlaksana" dalam sujud syukur. Apepun, adalah harus untuk kita baca zikir yang biasa kita sebut dalam sujud solat biasa.

Nabila: Ooo... Sujud syukur ni bole buat kat mana-mana je ye?

Ustazah: Yup, tak semestinya dekat masjid. Kat tepi jalan, dalam kenderaan, atau kat mana-mana yang kita pasti suci dari najis, maka boleh la buat sujud syukur bila dapat berita gembira.

Amalina: Alhamdulillah... Lepas ni boleh buat sujud syukur kalau result semester ni gempak. Ehehe...

Ustazah: Insya'Allah... Hehehe. Kalau tak buat sujud syukur pun, boleh la berzikir memuji Allah. Sebab kembali kepada hukum, sujud syukur itu disunatkan, buat dapat pahala~

Anum: Tinggal tak berdosa~ Tapi tak dapat apa-apa~ Hehehe...

Zikir memuji Allah bila mendapat nikmat




Jika dipandang sebelah mata, sangat mudah sebenarnya perlaksanaan sujud syukur. Namun sangat tinggi nilainya di sisi Allah sebagaimana sujud tilawah. Apa kata selepas ni, daripada kita berkata "yeay" dan melonjak-lonjak gembira apabila mendapat berita baik, gantikan dengan sujud syukur memuji Allah s.w.t. Kerana nikmat itu semuanya dari Dia juga.


Rujukan Lain:
Sujud Syukur
CeritaSekupang: Sujud Syukur dan Cara Melakukannya....

Post a Comment

9 Comments

  1. terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  2. tahu je pregnant terus buat sujud syukur... bagus kita amalkan!

    ReplyDelete
  3. Erm bagusla perkongsian kali ni

    ai lompat dlu besenye

    ish terok nye

    ReplyDelete
  4. klu kata Alhamdulilah pun blh kan kak?

    ReplyDelete
  5. Aunty confuse. "Xperlu berwudhuk. Janji suci dari hadas kecil dan hadas besar."

    Bukan ke suci dari hadas kecil = berwudhuk?

    Ke, maksud kamu suci dari najis?

    Hadas besar - setau aunty org uzur boleh sujud syukur.

    ReplyDelete
  6. @Ajan

    Sebenarnya takde hadith yang jelas menyatakan cara sujud syukur...tentang wudhuk, suci dari hadas, menutup aurat, menghadap kiblat..itu pun takde hadith jelas menyatakannya..

    pada pandangan saya, cukuplah bersih dari najis macam yang aunty cakap tu..ermm..kalo de pendapat lain, leh share juga...

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum sunah...mekacih atas info ini ye...:)

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com