Ticker

6/recent/ticker-posts

Aku Pencinta Yang Gila

Crazy Little Thing Called Love by ~goRillA-iNK on deviantART

Aku pencinta yang gila
Kadang wajah ketara ceria
Kerana hati rasa bahagia
Akan indahnya bila dicinta

Aku pencinta yang gila
Kadang wajah bermuram durja
Kerana hati sedang berduka
Akan rasa dibuang cinta

Aku pencinta yang gila
Satu masa riang ketawa
Sesaat tersenyum kerana cinta
Satu detik menangis meratap hiba

Aku pencinta yang gila
Kadang berteman madah pujangga
Selalu di bibir diiringi doa
Kerana mahu mengecap bahagia

Aku pencinta yang gila
Selalu saja bertukar rupa
Tidak menentu bayang di kepala
Rasa di hati terbawa-bawa

Aku pencinta yang gila
Mungkin sampai bila-bila
Dunia rasa terus diteroka
Kerana aku pencinta gila


P/S: Entah bagaimana puisi ini tercetus, tidak pasti dari mana ilham itu datang, tapi itulah hakikatnya cinta. Cinta membuatkan manusia gila. Kadang menangis, kadang ketawa. Satu saat bagaikan sudah putus asa, satu saat bagaikan menyinar cahaya, penuh harapan mahu mencapai redha. Yang pasti, cinta itu anugerah Allah untuk manusia.

Post a Comment

12 Comments

  1. buku baca tak abis...sempat ngarang puisi chenta eh :P

    ReplyDelete
  2. @bersama kak Es

    alamak akak niiii...stalk twitter saya lettewww... :p

    ReplyDelete
  3. 27hb ni ust pahrol kuarkn buku pasal cinta kepada Allah. Mari ramai2 membelinya. Bole rujuk website ustaz di genta-rasa.com

    ReplyDelete
  4. angah. tapi memang ada org yg gila bercinta dgn manusia.. perangainya pun gila juga-.-''

    ReplyDelete
  5. cinta anugerah terindah dari-Nya

    ReplyDelete
  6. da bleh ganti a samad said nih...huhu

    ReplyDelete
  7. aku pecinta yang gila
    kadang bertanya bagaimana mencinta
    namun yg pasti aku punya satu cita
    mencintainya demi keredhaan Yang Maha Kuasa :)

    ReplyDelete
  8. sentiasa ingat yang cinta itu amanah Allah, pasti kita tak gila kerana cinta..

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum sunah...rasa cinta yg lahir dr hati yg murni maka terciptalah satu puisi yg indah juga...:)

    ReplyDelete
  10. so... sweet... sy tak pernah bercinta... so, tak tahu bagaimana manisnya atau gilanya cinta itu...

    http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/04/ben-ashaari-dan-blog-aku.html

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com