Hurm...
Disebabkan abang-abang Indo tu da datang awal pagi nak pecahkan belakang rumah sebab nak pasang sliding door, maka tak dapat la nak mandi untuk ke program pagi ni *sedangkan baju & tudung da siap iron~~~ T_T*
Maka, sambil tunggu diorang buat kerja renovate rumah, saya pun gi kemaskan laman depan yang da jadi tongkang pecah. Eh, tak lah pecah sangat. Cuma berselerak dan berlonggok-longgok pasu bunga jadinya bila abang-abang Indo tu siapkan pagar rumah beberapa minggu lepas. Kesian pokok-pokok bunga da hilang tempat bermanja. =.=
Pasu-pasu bunga yang berselerak ni kena susun balik ikut keadaan laman sekarang. Bulan ni belum baja lagi pokok bunga, so nak baja sekali lepas merumput. Gunting besar itu digunakan untuk mengguntingkan ranting pokok bunga ros yang da mati *tapi tak berhasil, akhirnya dipatahkan guna tangan ajeee~~~*
Sebelum mula menyusun pasu bunga, Cici dengan Chiko gi cek kawasan dulu. Tengok mana tempat yang sesuai nak susun-susun pasu.
Bila da tau nak susun macam mana tu, boleh la start cabut rumput yang mula merampas tanah pepokok yang ada. Cici kerja dia kira jumlah rumput yang dah dicabut je. Bukan nak tolong cabutkan. =.=
Bila da tak tahan nak buang air sebab lama sangat kira rumput, Cici gi buang air kat depan rumah lak. Port baru baik punyaaaa~~~ Ni longgokan tanah yang abang-abang Indo tu kumpul dari laman rumah sebelum disimen habis.
Siput ni pun nak tolong kemas gak. Konon nak berkebun lettewww. Padahal dalam hati dia nak baham sume dedaunan hijau pepokok bunga kat rumah ni kannnn!!! Baik mengaku!!!
Siput:
Manedeeee...
Kite nak tolong sapu sampah lahhh!
Ish, beratnye penyapu lidi ni.
Takde yang kecik lagi ke???
=.=
Chiko pulak bila pening kira jumlah siput *konon tu la kerja dia, kira siput*, dia duk la lepak depan rumah. Landing pun baik punya atas tembok baru. Sambil-sambil tengok burung kat pokok kelapa depan rumah kami. Ni la satu-satunya pokok kelapa kat lorong rumah kitorang. So, kalo nak tau rumah kitorang, carik pokok kelapa ni kayyy!
Bila da siap susun, boleh la Chiko rehat kejap. Kesian ibu bunting ni, penat berkebun.
Alhamdulillah. Dah siap baja & siram jugak.
Hurmmm... Macam ni la laman depan rumah sekarang ni. Da siap simen sepenuhnya. Takde tanah dah Cici & Chiko nak korek untuk buang najis diorang. Kena cari kat tempat lain. Ade tanah pun tepi tembok tu sikit je untuk bercucuk-tanam. Tapi budak-budak ni suka la sebab dapat main guling-guling. =.= Tapi, tapi, tapi... TAKDE PAGAR!!!
Sebab takde pagar la, Cici kena bertanggungjawab jaga rumah ni bila kitorang keluar. So, dia duk sini dari pagi ke petang. Ok, tipu je. Haha~
Korang lak, da berkebun tak hari ni???
P/S: Saya mencari rumah sewa sekitar Skudai yang berdekatan dengan UTM. Satu atau dua tingkat, sewa rumah under <800 untuk 8-10 orang. Kalau ada, PM saya di FB.
14 Comments
rumah sewa yg duduk skang ni ada masalah ke?
ReplyDeleteNak pindah rumqh npe?
ReplyDelete@Rozuan Ismail
ReplyDeletetakde masalah... :)
@Iffah Afeefah
ReplyDeletetuan rumah nak pindah masuk balik... :)
syoknya berkebun.. ingat arwah mak dia suka tanam pokok bunga camni keliling rumah! cantik sangat!
ReplyDelete@mas saari
ReplyDeletebertambah seronok bila ada budak2 ni tolong... :)
Comeyyy je cici n chiko, dan tak lupa siput bab* ituuu...hahahahhaa...
ReplyDeleteAssalamualaikum Sunah..
ReplyDeleteIngat saya lagi tak??
hihi
mesti tgh susah hati nk cari rumah kan.. sama la mcm kira...
ReplyDeletecomel la cici & chiko..miss my atan too..huhu..anyway, mesti fresh kan berkebun pg2 ni..have a nice day!
ReplyDeleteuih bestnye hehehe tp nmpk kucing aje yg buat keje hehehe
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletekucing tu nak popular jugak ke...
x suke kucing..huhu
asalamualaikum sunah.wah seronoknya dua2 tu tolong berkebun sampai bersih depan rumah tu ek...:)
ReplyDeletecutenya snail tu....pandai dia..
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com