Ticker

6/recent/ticker-posts

Susahnya Jadi Doktor

Gambar dari SINI

Jadi doktor tu susah.

Sebab nanti kena bertarung dengan nyawa manusia. Tambah-tambah kalau doktor bedah. Sekali silap dalam operasi leh bawak maut. Uhuhu. Sebab tu kena plan strategi betul-betul sebelum start ape-ape pembedahan. In case kalau jadi ape-ape dalam masa pembedahan berjalan, doktor dah bersedia untuk tangani.

Bukan tu je, jadi doktor pun kena main dengan perasaan banyak manusia. Orang-orang yang mengharapkan kita untuk sembuhkan orang-orang kesayangan diorang. Kadang-kadang kita menggembirakan hati diorang dengan berita pembedahan yang berjaya, kadang-kadang kita jugak yang kena tenangkan diorang bila berlaku musibah dalam pembedahan tu.

Tapi...lagi susah bila jadi doktor kepada orang-orang yang kita sayang. Bila mana orang yang kita sayang tu sakit, dan kita pulak jadi doktor yang handle kes dia. Mesti main dengan macam-macam perasaan, kali ni termasuk perasaan kita sendiri pulak. Dan bila kita 'gagal' dalam kes saudara sendiri, perasaan bersalah mengiringi sampai bila-bila. Sebab tu lah ada hospital yang tak bagi doktor amek kes pesakit yang ada pertalian saudara dengan diorang. Hurmmm...

Susah kan jadi doktor?

Saya salute sama doktor kat luar sana yang da banyak selamatkan nyawa manusia. Saya kagum dengan doktor yang walaupun gagal dalam pembedahan, tetap terus berusaha untuk tak ulang kesilapan yang sama ke atas pesakit lain. Malah, lebih respek kepada doktor-doktor yang mampu buat manusia lain berfikir di sebalik setiap kejadian - kematian, kesakitan, kesembuhan dan sebagainya - yang berlaku.

Kerana kadang-kadang musibah itu bisa membuka mata hati manusia.

Post a Comment

17 Comments

  1. tpi bg ai susa lg jd cikgu

    doc antara hidup n mati je patient tapi cikgu

    slh ilmu y diberi sampai ke tua saham tu dpt kat kite

    berat tu amanhnye

    cikgu juga berdepan dgn manusia,
    elok atau tidak produknya,
    semua itu terpulang pade seorang guru

    *pendapat ai je*

    tugas berat cm doc jugakkan?

    ReplyDelete
  2. @Iffah Afeefah

    dan nanti akan ade yang kata...doktor tu cikgu gak yang bagi ilmu sampai jadi doktor...sebaliknya gak, doktor tu yang bantu mak dia lahirkan cikgu...

    gulppp...

    sebenarnya takde benda yang mudah kat dunia ni... amanah Allah, walau ape pun tetap berat... :)

    ReplyDelete
  3. doktor keje yang mulia seperti seorang guru.. mas'ul sgt besar dalam usaha merawat org ~~
    baru dgr ceramah Prof Dr.Muhaya tntg peranan doktor d ikim fm rabu lepas~~

    ReplyDelete
  4. ehem..sy shuke dokte. nk tawen dgn dokte la..

    ReplyDelete
  5. dan kagum dengan doktor yang tabah menghadapi dugaan semua itu~

    walaupun mati hidup seseorang itu urusan Allah, tapi doktor sebagai perantara..

    ReplyDelete
  6. saya respect pada doktor2 yang terpaksa belaja susah2 semata2 nak jadi doktor n selamatkan orang lain..^^

    ReplyDelete
  7. korang kat sini tak rasa pelik ke.kenapa seorang doktor yang super-maha-hebat tak mampu membina atau merekacipta sebijik (walaupun satu) pil utk menghilangkan penyaki? tetapi kenapa seorang saintis yang rupanya selekeh.selalu duduk dalam bilik.time makan ntah kemana rehat pun ala kadar je sehari...boleh menghasilkan vaksin atau ubat kecil utk penyakit yang sering dihandle seorang doktor?.

    ReplyDelete
  8. tp kan kak, kdg2 kita x pasan yg mak2 kita atau bini2 kita juga leh jd doktor.. :p

    ReplyDelete
  9. besar tanggungjawab doktor ni... tapi minat pasti boleh!

    ReplyDelete
  10. @Anonymous

    tu la..susah kan jadi doktor yang tak mampu buat ubat?

    ReplyDelete
  11. semua kerja tak kisah la keje ape pun mesti terikat dgn tanggungjwb..kalo x amanah dan jujur, jual sayur pn boleh jd x berkat.hehe pendapat je...

    jd doc mmg ssh. blaja 5 thn, keje x dpt rehat..mcm best je cite kak sunah tgk tu

    ReplyDelete
  12. penah bercita2 nk jadi doktor..dan skang tho tak jadi doktor rawat pesakit..akak jadi doktor yg baiki adab dan akhlak serta jadikan mereka insan..bkn setakat manusia..alhamdulillah.tho berat rasanya memikul tanggungjawab..namun puas hati..=)

    ReplyDelete
  13. That right...saya pun respect dan salute dengan kerjaya seorang doktor ...kena kuat mental dan fizikal untuk menghadpi dengan pelbagai situasi.....

    ReplyDelete
  14. hmm doc, tanggung jawab besar.. full respect :)

    ReplyDelete
  15. setiap bidang kerja ada risiko & cabarannya. buat kerja mesti ikhlas + passion. doktor/misi memang banyak pahala.. :-)

    ReplyDelete
  16. doktor, peguam, tukang sapu.. walau apa pun kerja tetap kena pegang amanah, jalankn kerja dgn tanggungjawab dan bersungguh2

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com