Apakah hukum mengundi?
Pada asalnya hukum mengundi adalah fardhu kifayah.
Bolehkah mengundi dihukum sebagai wajib?
Jika perlu ia boleh menjadi fardhu ‘ain atau wajib. Seperti adanya arahan dari pihak Pemerintah sendiri.
Adakah dalil-dalil atau nas yang mewajibkan semua orang untuk mengundi?
Tiada dalil yang jelas secara hitam putih. Ia hanya satu keperluan bagi sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi.
Bagaimanakah ciri-ciri pemimpin yang patut dipilih sebagai umat Islam?
Patuh kepada agama, amanah dan bertanggungjawab kepada rakyat.
Sekiranya ada 2 pemimpin muslim yang bertanding di atas parti politik yang berbeza, bagaimanakah untuk menentukan pemilihan pemimpin, berdasarkan akhlak individu atau prinsip parti?
Pilihlah pemimpin yang cenderung kepada agama dan dapat memberi faedah kepada masyarakat.
Sekiranya di tempat kita terdapat 2 pemimpin kafir, bagaimanakah untuk kita sebagai pengundi memilih pemimpin?
Pilihlah pemimpin kafir yang lebih prihatin dan lebih memberi manfaat kepada masyarakat Islam.
Sekiranya seorang lelaki kafir bertanding dengan wanita Islam, siapakah yang sepatutnya kita undi sebagai pemimpin?
Wanita Islam.
Sumber: Nasbun Nuraini
Menurut Kaedah Fiqh, "Sesuatu yang wajib tidak sempurna melainkan dengannya, maka ia menjadi wajib."
Contohnya, solat yang wajib itu tidak sempurna melainkan dengan wudhuk, maka wudhuk itu menjadi wajib untuk mendirikan solat.
Dalam aspek memilih pemimpin dan pemerintah pula, adalah wajib untuk kita yang Muslim menegakkan pemerintahan Islam, maka dengan itu memilih pemimpin dengan cara mengundi itu wajib.
Sama seperti gerak kerja dakwah untuk mendirikan daulah Islamiyyah (negara Islam), selagi mana daulah Islamiyyah itu belum tertegak dengan sempurna, selagi itulah dakwah itu wajib untuk semua.
Wallahua'lam.
Rujukan lain:
Minda Tajdid » Adakah Dosa Dan Pahala Dalam Mengundi Pilihanraya?
TranungKite Online v7.0 - Fatwa Ulama Saudi Mengenai Hukum Mengundi
P/S: So, yang dah lebih 21 tahun tu, da daftar mengundi belum?
13 Comments
kat ikim pun pasal ni kan....
ReplyDeleteDah daftar... :-)
ReplyDeleteaku selaku SU pas kawasan..aku senirik tak daftar lg
ReplyDeleterasenya zmn arab jahiliyah dulu pun da pkai sistem demokrasi..tapi nabi pun tak heran bab2 ngundi nih...baginda terus je bangunkn org2 arab utk tauhidkn allah di negara madinah...hehehe sekadar pandangan
ReplyDelete@Muhaimin
ReplyDeleteAlhamdulillah ada pemimpin seperti Rasulullah s.a.w...
Saya tak pernah daftar tapi dah ada orang daftarkan. Haha. tiba2 je nama dah ada dalam nama pengundi..
ReplyDeletesy dah 21 taun, tapi tak pi daftar lagi..huhu
ReplyDeletewalau tak wajib sekalipun ianya satu tanggungjawab... tanggungjawab tu kan amanah Allah!
ReplyDeletexwajib pon...tp mungkin jadi wajib jika kita xmemilih pemimpin yg bagus hinggan menyebabkan negara rosak dan huru hara...sekadar pendapat...
ReplyDeleteXtahu pemimpin mana yg adil...So,drpd tersalah pilih,baik x mengundi..Xmasuk neraka pun lau x mengundi kan..?
ReplyDeletekalau calon kafir lebih baik dari calon islam?
ReplyDeleteKalau antara makan dan tidak bleh pilih. Np utk pilih pemimpin xbleh pilih? Owhh sb x tahu ye? Meh nk ngajo. Mkn kita tgk halal haram kan? So pilih tgk y ikt Rasulullah, y nk bg org igt ALLAH. Mcm ni lah, kerana nila setitik rosak susu sebelanga bkn? Mcm tu jgk klu satu ja tolak ALLAH, nk kna azab kna balasan suma kan? Pilih laa
ReplyDeleteassalamualaikum sunah...betul ckp mas kat atas tu mengundi tu mmg x wajib tapi ianya adalah tanggungjawab pada negara...
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com