Tinny & Tammy- Model Tilam Cemerlang |
Membela kucing mendidik kesabaran.
Saya percaya ramai yang setuju. Tidak mudah membela kucing apatah lagi kalau kucing itu kucing jalanan yang dipungut dan dijadikan haiwan peliharaan. Kerana ketidakbiasaan mereka mengikut 'peraturan' manusia, boleh saja membela kucing menyebabkan penyakit darah tinggi mahupun sakit jantung, malah menambahkan berat "DOSA" pada penimbang amal.
Kucing bukan seperti manusia. Mereka tidak punya akal yang membolehkan mereka belajar dengan secepat mungkin. Mereka tidak tahu menilai di mana tempat untuk membuang najis yang sepatutnya. Sedangkan kucing yang dah pandai buang najis kat luar rumah pun mengambil masa jugak untuk belajar mengorek dan menimbus najis dalam tanah.
Kucing jugak tak tahu mengemas rumah. Jadi janganlah hairan dan terlampau terkejut sambil menjerit nyaring lalu mencarut bila melihat keadaan rumah bersepah selepas mereka bermain kejar-kejar dan cakar-mencakar. Walau banyak kali pun kamu meminta mereka mengemas semula, mereka tidak akan mengemasnya kerana ditambah lagi satu fakta, kucing tak faham bahasa manusia.
Kucing tak pandai memberitahu apabila dia rasa sakit. Kerana kucing bukan manusia yang boleh menceritakan apa yang dia rasa sebagaimana bercerita kepada doktor ketika diserang demam selesema. Bak kata Juui Dolittle, dengarilah dengan teliti akan suara haiwan melalui hati, baru kamu tahu apa yang mereka inginkan. Kerana itu, bila kucing hanya diam membisu biarpun dipukul dipalu disepak-terajangkan, bukan bermakna dia buat dek saje dengan kemarahan kita.
Salah seorang manusia yang paling penyabar pernah saya kenali dalam membela kucing adalah bapak saya sendiri. Dia tidak pernah marah mahupun mencaci-maki kucing-kucing di rumah kami. Apabila ada yang membuang merata-rata, dia hanya akan ketawa dan tersengih, kemudian membersihkan najis yang dibuang itu. Dan saya dapat lihat bagaimana kucing-kucing di rumah kami "menyayangi" bapak dengan cara yang berbeza berbanding dengan kami semua. Mungkin kerana mereka tahu hati bapak itu sangatlah baik.
Kucing haiwan syurga. Itu kata salah seorang teman saya. Kucing juga haiwan kesayangan Rasulullah s.a.w dan Abu Hurairah r.a. Maka sesiapa yang membela kucing dengan penuh kesabaran, insya'Allah kamu mengikut sunnah baginda s.a.w. Dan kucing itu juga akan mendoakan kamu di sana kelak. Ajarlah ia dengan penuh kesabaran kalau kamu mahukan pahala berbanding dosa.
Kalau tidak mampu, lepaskan ia pergi.
Dan itu bermakna, kamu masih belum mampu mendidik diri menjadi penyabar, lalu mendedahkan kucing itu kepada dunia "pelarian" di luar sana.
Dan itu bermakna, kamu masih belum mampu mendidik diri menjadi penyabar, lalu mendedahkan kucing itu kepada dunia "pelarian" di luar sana.
19 Comments
SUNAH....dulu ada jugak family akak nk bela kucing walau kami 1 family nie takut dengan kucing..kucing nie kami jumpa dlm longkang..bila dah amik cuci mandi dia bersih2..sekali sepupu datang rumah.;gtau tu kucing jiran sekampung yang hilang...so terpaksa la bagi semula kat tuan nya...
ReplyDeleteakak alahan dengan benda2 berbulu..huhuhu....
saya memang bkn seorang penyabar yg tinggi xpernah test bela kucing lagi.. sbb saya takut kucing..huhuhu
ReplyDeleteassalamualaikum sunah...mmg betul tu kalau x ada kesabaran yg tinggi mmg kita disarankan jgn lah nak membela seekor kucing pun sbb ianya nanti akan menguji kesabaran kita...:)
ReplyDeletesaya sayang kucing saya
ReplyDeleteSABAR ITU SINAR..jika kita rase terbeban, ingt lah riwayat hidup Rasulullah yang penuh liku dan jauh lebih teruji..jom blog walking blog rin..http://dirikucikguhearty.blogspot.com/
ReplyDeleteaku nk try bela
ReplyDeleteok sy memang belum cukup tahap kesabaran jg kucing..selalu bg arahan kat kucing walaupun tahu kucing tu xkan buat -.-''
ReplyDeleteBaekkklahhh.........
ReplyDeleteYe sme ngn kak shida. Penah jugak bela. Xlama
ReplyDeletesbb ai bkn pnyabar. Ai xske kucing. Ai alah. Semua bnde kene pk bile nk bela kucing. Jd elok la dibiarkn ke penjagaan org y lbih mnghargai. Bukan xnk ikut sunnah, tapi gagal. Mungkin dosa makin btambah adela. Just mampu doakan kucing2 tu berada di tmpat y slamat
baru kematian kucing...sedih sangat..
ReplyDeletehehe. sangat comel!! suka2.. :)
ReplyDeletebetul tu sunah! teringat arwah mak akak bela kucing... memang sabar gila! kalau kucing tu luka teruk, memang dia ubat sampai baik..
ReplyDeleteakak suka kucing jugak tapi tak berani nak bela sbb takut kucing tu terbiar...huhuhuu
setuju,,kdg2 kita terlepas marah pd mereka,,bila ingt blk kesian pulak,,kucing memang memupuk kita utk jadi lebih penyabar,,insyaAllah,,
ReplyDeletetapi sy bukan seorg yg penyabar. dgn kucing pun blh maarah2 tp takde la sampai pukul kucing tu. huhu.
ReplyDeleteSy suka kucing, dirumah Ada 10 ekor!!!...Hihihi, 3 ekor kitorang ambik Dr pasar, org buang...kasihan then bawa balik, 2 ekor dtg sendiri kat rumah, yg lebih Anak2 Hihihi
ReplyDeletebetul tu... T___T mengingatkan My pd kucing My, Noty.
ReplyDeleteMasa My nak kawen hrtu,my tgglkn kucing di KL sbb kalau bw die balik takut hilang. lagi 2/3 hari nak balik KLmy dpt tau ada hamba Allah y My kenali buang Noty sbb da byk kali buang air dlm rumah.
My menangis. sbb die tak pnh mcm tu. mgkin sbb die sakit. my terkilan sgt sbb tak tggu My balik. Dia buang kat psr borong. mana lah my nak cr di psr borong sebesar itu?T___T
skrg da fobia nk bela kucing... sbb bila da syg... die pergi...rs rindu sgt..
uwwwaaaa rindu pd noty!!!! apala jd pd die skrg... T___T
rindu nak bela kucing :'(
ReplyDeleteakak pernah bw balik kg kucing dr kl ke kelantan, bnyk x brhenti sb dia mabok, muntah, buang air la.....anggap dia mcm manusia walau dia tak punya akal spt kita......dia juga rasa sakit, lapar dahaga, perlu kasih syg.
ReplyDeleteSkg x boleh bela sb taknak tinggalkan lama bila balik kpg.
hurm...x leh bela kucing.. x psl2 terbersin2 je keje t..
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com