Ticker

6/recent/ticker-posts

Dusun Arwah Atok

Semalam, mak ajak gi dusun arwah atok. Dusun yang da diwariskan kepada tiga orang anak arwah atok, iaitu mak saya, pak ngah dan mak usu.

Bertolak seawal 6.30 pagi, sempat sediakan sarapan pagi lempeng cicah dengan baki kuah ayam masak lemak cili padi. Pergi berkonvoi sekali dengan family mak usu. Dua kereta je pun. :p Saya, mak, bapak, mak usu, pak usu dengan cucu mak usu merangkap anak buah nakal saya, Aiman.

Perjalanan dalam lebih kurang setengah jam je. Sampai kat Batu 10, kereta kena park dekat luar. Jalan tanah merah tak sesuai untuk diredah kereta bapak dan pak usu. Kalo de hilux takpe la jugak. Hoho~ So, sampai-sampai tu kena mendaki sejauh entah berapa kilometer.

Mula mendaki

Behenti rehat sekejap sambil tunggu yang lain sampai. Aiman tengok gaung kat bawah.

Kabus waktu pagi di kawasan bukit

Kat bawah bukit tu...lembah ke orang sebut? Ade dusun/kebun orang lain juga~ Ade sungai cantik... T_T

Sampai dusun/kebun arwah atok

Tak sampai setengah jam jugak lah, akhirnya sampai ke dusun yang ade papan tanda bernama arwah atok dengan nama pak ngah. Ini first time saya gi, sebelum ni tak pernah diorang ajak sebab hutan tebal lagi masa tu. Sekarang da nampak terang sikit berbanding dulu, katanya. Kalau dulu, berpeluang jugak lah adik bongsu saya berjumpa dengan ular daun. Hohoho~

Ape yang ade kat dusun kami?

Nampak tak pokok durian otak udang/durian landak yang baru nak tumbuh?

Takde buah-buahan. Hahaha~ Sebab semua baru nak tanam balik. Pokok cempedak da tak berbuah. Bukan musim, mak kata. Pokok durian banyak da kena tebang. Jadi, kena tanam semula. Yang banyak tumbuh kat dusun ni, pokok pucuk ubi. Macam-macam jenis ade. Lepas tu, ada yang da ber'ubi kayu'. Banyak jugak bawak balik rumah semalam.


Si Aiman, banyak betul cakapnya. Dia nak sangat bawak saya tengok air terjun katanya. Tapi semalam air tak deras. Tak terjun sangat pun air tu. Merajuk jugak Aiman sebab kami tak bagi dia mandi air terjun kesayangan dia tu. Kadang-kadang mulut dia keluar perkataan-perkataan yang tak berapa enak dijamah telinga. Penat membebel, last-last petik cili yang da berbuah, gi ugut dia kalau sebut lagi perkataan tak elok, kang cili molot tu. Sekejap je dia diam, lepas tu mula balik. =.=

Semalam, lepas Zohor, hujan. Semua tanaman yang baru dibaja, dibasahi air hujan. Sejuk mata tengok tumbuh-tumbuhan ni menghijau segar lepas hujan. Rasa macam nak ayah buat rumah kat sini pun ade gak. Boleh la bermalam kat sini lain kali. Hahaha~

Balik rumah kul 4 petang, menapak balik ke parking kereta. Masa tu la kaki da mula sakit sebab pakai kasut ketat dan tak sesuai untuk aktiviti mendaki. Ye la, mana bawak balik kasut sport pun paling kurang, pakai kasut hitam masa degree dulu je. Sampai rumah, mandi, solat, terus pengsan.

Sempat jugak mimpi kat dusun lagi.

Post a Comment

19 Comments

  1. wahh sgt adventure nak sampai kebun arwah atok akak. kat mane ni ye?

    sy suka pegi kebun sbb rasa sejuk je situ :)

    ReplyDelete
  2. wahhhh sonoknya.... dusun arwah atok kira ntah bape tebal hutannya...hihihihi

    ReplyDelete
  3. Subhanallah...cantik sungguh pemandangan..rasa tenang di hati..

    ReplyDelete
  4. best nya...akak pun da lama x g dusun tok wan...

    jauh di puncak bukit jugak tu kan dusun arwah atok sunah..siap de signboard g....


    eh eh pokok apa ye yang berlingkar tu

    ReplyDelete
  5. dah lama tak gi kebun..balik kg pun sekejap2 banyak urusan lain...dulu arwah nenek ada,siap bawa bakul kutip ulam nak buat nasi kerabu sambil belajar apa yang boleh makan n tidak kalau dalam hutan...huuuu

    ReplyDelete
  6. lawonye view weh..nak g. weh..nk shoot

    ReplyDelete
  7. nak loike ayat jiji

    waaaa serius terasa sejuk
    bestnya ada dusun
    eh selama ni ingatkan dusun dlm hutan je
    atas bukit pn pggl dusun ek

    ReplyDelete
  8. cantik dusun tu atas bukit.tp mmg kena ada tenaga nak panjat bukit tu kan?teringin nak ke sana.nnt bw akak blh?suka tgk pemandangan tu.kat semenanjung mana nk cr kebut atas bukit.susah

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum sunah...wah bestnya ada dusun lg bila dah besar pokok durian tu nanti pasti byk hasilnya...:)

    ReplyDelete
  10. sy xada dusun...tp abah sy ada kebun sayur...

    ReplyDelete
  11. Mesti cantik pemandangan dr ats puncak tu..

    Nampak atok Sunah tu masih gagah lagi ye..

    ReplyDelete
  12. Salam.

    Hee. Kebun yang ada cumasekangkang kera. Tapi, saya n bercita-cita sangat nak beli tanah dan ada dusun sendiri.

    ReplyDelete
  13. Wahh.. Mncabar juga nak p dusun tu ya.. Tapi sejuk hati pandang dedaunan yg mghijau itu

    ReplyDelete
  14. ji : kalo nk g,,nuru nk ikot hahahaa

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com