Ticker

6/recent/ticker-posts

Dia Menulis Tentang Memasak Yang Didorong

Apam polkadot saya yang tak comel

Kiera yang menulis kat SINI.

Dan saya setuju juga tentang beberapa point dalam entri dia. Kalau nak diikutkan, saya masa muda remaja dulu tak pandai memasak. Malah, saya tak mahu belajar untuk memasak. Sebab ada mak, yang boleh memasak macam-macam makanan yang sedap, buat apa saya nak belajar memasak?

Bahkan, masa muda remaja dulu, mak tak pernah ajak masak ke dapur. Jarang sekali meminta kami membantu di dapur. Mak lebih suka kami belajar dan menghadap buku sekolah. Sampai arwah nenek pernah bising sebab mak tak ajar kami memasak.

Tapi semua tu mula berubah sedikit demi sedikit bila zaman muda remaja menginjak ke zaman tua remaja. Zaman tua remaja maksudnya, zaman akhir remaja. Belum dewasa lagi. Mak sudah mula membanding-bandingkan kami dengan sepupu yang lebih tua dari kami. Dia boleh memasak dan membantu ibunya di dapur. Tetapi masih juga, kami jarang memasak di dapur. Hanya sebagai pencuci pinggan yang setia.

Tapi berakhirnya zaman matrix memperlihatkan perubahan sedikit demi sedikit lagi kepada aktiviti di dapur kami. Mak mula mengajar cara-cara memasak sayur dan menggoreng ikan. Maka, dah bertambahlah skill memasak selain menjerang air dan memasak mee segera. Mula berjinak-jinak mencampur macam-macam dalam telur goreng juga.

Semasa saya belajar degree, mak mula berniaga kuih-muih 3 seringgit. Sebabnya bapak dah habis kontrak kerja. Maka, pendapatan dan belanja keluarga dominannya dari jualan kuih-muih 3 seringgit. Bila cuti semester, nak tak nak, kena memasak untuk family sebab mak sibuk menyiapkan kuih-muih. Mula memasak macam-macam jenis lauk sambil bertanya kepada mak apa yang perlu dicampak ke dalam kuali selepas satu-satu ramuan.

Kegilaan semakin menjadi apabila selalu menonton rancangan Chef at Home, Sugar, Nigella Feast, dan macam-macam lagi di saluran Asean Food Channel Asttro. Tangan pun menggatal nak buat kek dan dessert. Sangat best untuk adik-adik sebab hari-hari makan kek. Bila da nak balik kampus sebab cuti da berakhir, semua buat muka monyok sebab takde sape nak masak sedap-sedap dah.

"Tak payah la balik, ye?"

Ayat yang selalu mak guna untuk mengumpan. Tapi seperti biasa, ayat tu tak pernah menjadi. =.=

Saya tak kisah untuk memasak. Saya lebih kisah kalau orang tak terisi perut sebab takde makanan. Sebab tu, saya tak kisah memasak hari-hari dengan penuh bersungguh-sungguh. Tapi bak kata Kiera, memang sedih kalau kita memasak, tetapi takde sape yang nak makan. Atau, makanan tak dihabiskan bila da masak dengan bersungguh-sungguh dan penuh kasih sayang.

Bukan kerana makanan tak sedap, tapi sebab takde mood nak makan atau takde selera makan atau dah kenyang awal sangat. Erm...bukan la tak ikhlas memasak, tapi sedih kalau makanan dibazirkan. Oleh itu, yang memasak tu la kena menghabiskan makanan yang dimasak sebab tak nak makanan tu menangis. Eh!

So, lepas ni kalau nak masak, kena tanya dulu. Nak makan ke tak? Eh, perut rasa lapar pulak cakap pasal makan ni. =.=

Post a Comment

16 Comments

  1. ye la kan kena tanya lu..
    hehhehe

    ReplyDelete
  2. haha...mmg pon..umi aku salu msam muka bile aku tak makan

    ReplyDelete
  3. Same cm status ai aritu

    sedih xde y mkn

    ReplyDelete
  4. kata-kata akhir tue datang nya dari Ipah la kak bkn kira ;)

    klu kita masak ada org nk makan terus penat memasak tue ilang kan..

    ReplyDelete
  5. sunah...akak dr belasan tahun dah kena masak..sebab kakak dok asrama...ari jumaat sabtu bila mak ke sawah...balik dah tengahari..so memang akak kena masak..kalau x masak nanti mak bebel...dulu hanya goreng ikan,sayur, n nasi..kari ke apa benda berkuah mak masak...bila da meningkat umur tu bru belajar lain2..alhmdlah...

    betul2 akak kalau nak wat apa2 yang baru ke..apa je la walau masak megi akan tanya..."ampa nak makan x" kalau x mau..kak xmau buat hahahaha

    ReplyDelete
  6. Pasal tu, kena tanya, apa nak makan, kalau semua buat muka jambu batu...sila makan masakan semalam jee..boleh mcm tu, nampak kejam tak?

    ReplyDelete
  7. memasak ni kena rajin baru seronok..

    ReplyDelete
  8. bkn xnk bt or msk tp kak limah busy ahhahahah

    ReplyDelete
  9. walaupun sy kenyang atau tak selera, sy tetap akan jamah makanan yg mak sy masak.. kang kecik hati plak kan x mkn.. xsdap pun ckp sedap.. ;-p

    bila nk rsa kek sunah ni? :D

    ReplyDelete
  10. masak untuk menggembirakan hati orang yang memasak. SHiema memang suka makan, so memang akan habis lah makanan dekat rumah tu. nanti kalau takde orang nak makan makanan awak masa, bagi shiema makan ye (:

    ReplyDelete
  11. msak la dekat Nadh plak. amboihhh. :P ahahahaha

    ReplyDelete
  12. i yang laki ni pon tak reti masak kena sentap dengan mak

    ReplyDelete
  13. Perut sedang lapar ni,
    hehe sekarang trend apam polkadot ^^

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum sunah...wah suka mama tengok apam polka dot tu comel nyer...:)

    ReplyDelete
  15. saya kalau takat masak2 untuk makan bole la, tapi nak buat kek ke, xreti T^T sedih

    jom baca : 1990 - 1999,THE LAST GENERATION WITH COMMON SENSE, ye meh??

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com