Ticker

6/recent/ticker-posts

Aku Buat Silap, Kau Tengok Aje, Ok?

Kawan Senja by ~Bl4ckNinj4 on deviantART

Ape guna berkawan kalau memasing buat hal sendiri?

Kau, kau. Aku, aku. Aku buat silap, kau tengok aje, ok? Hurmm... Sekarang ni, susah nak carik kawan yang boleh tegur kita kalau kita buat silap. Lebih ramai yang nak kita terus buat benda yang Allah tak suka sebab diorang pun buat jugak. Kurang sorang yang buat dosa, buat diorang rasa tak best. Kang kurang penghuni neraka, terlebih-lebih pulak penghuni syurga.

Hoh??? Betul ke macam tu??

Haishhh. Sebab tu la korang berkawan kay? Sebab kalau dia buat silap, korang tarik tangan dia balik ke jalan yang betul. Kalau korang lak buat silap, dia tarik tangan korang lak. Kalau dua-dua buat silap? Orang luar yang tengok dan cuba tarik tangan korang...tapi kadang-kadang benda tu tak berhasil sebab dua-dua da terrrrkuat sangat dengan perbuatan mungkar. Tak nampak da benda tu tak elok. Masa ni, moga-moga Allah bukakan pintu hidayah untuk korang.

Tapi kan, mustahil takde terfikir langsung dalam akal dan hati dua orang kawan tu yang benda yang diorang buat tu tak patut diorang buat. Mustahil takde timbul langsung persoalan tentang benda tu berdosa ke tak. Sebab pe? Sebab da banyak sangat da ilmu leh dapat kat sana-sini. Dalam internet pun dari sebasic-basic pergaulan lelaki perempuan sampailah ke bunuh-membunuh, banyak je disebut kat sana-sini.

Cuma, letaknya kat manusia yang punya hati je lagi nak start bila n kat mana...

Berat tu tanggungjawab seorang kawan!


P/S: Bersyukurlah bila terfikir walaupun sedikit, itu maknanya hati kamu masih belum mati. Tapi ingat! Setakat terfikir sahaja, belum cukup!

Post a Comment

12 Comments

  1. urm.. Susah la nak cai kawan cani..

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum sunah...suka kalau ada kawan yg suka tegur kesalahan kita tapi ramai skg yg buat x tahu je masih x mahu ambil tahu masalah kawan..:)

    ReplyDelete
  3. betul tu.
    tapi kalau dpt kwn2 y tak boleh terima teguran ssh gak. ditegur melenting.. makan dlm.. pastu tanak kawan dah.. sob sob...

    moralnya, tayah berkawan ngn sape2 la hahaha...

    ReplyDelete
  4. berat sama dipikul, ringan sama dijinjin

    ReplyDelete
  5. Ermm mmg betul tu Sunah, sebagai kawan ada masanya kita ni jd serba salah dan jd orang tengah, ke kiri salah, ke kenan pun jd salah..ermm

    Yg pentingnya, jika dr awal perkenalan kita berkawan, tidak mendtgkan masaalah dan mesra berkawan juga terima seadanya kita ebagai kawan dia..Insya'allah bende remeh pun 'kawan' masih boleh terima..

    Tapi kalau jenis kawan tu mmg suka hanya memecah belahkan kawan sama kawan, dan tidak mudah melafaz MAAF..tu bukan KAWAN namanya..

    Susah nak faham hati 'orang' sebenarnya..

    ReplyDelete
  6. Salam kak sunah.

    Dan macam mane cara paling baik nak tegur kawan tentang hal dia buat tu salah?

    Bila nak tegur rasa serba salah. Takut dia terasa hati dan bermasam muka nnti.

    ReplyDelete
  7. kawan/sahabat yg baik, mereka yg sudi menegur kelalaian kita :)

    ReplyDelete
  8. kena saling tegur menegur.marah itu syg.

    ReplyDelete
  9. main tarik tarik..

    ilmu tak baik kedekut kan.. bila zuan dah masuk dunia mengajar suatu masa dlu, bru paham yang ilmu tu tak boleh kedekut :)

    ReplyDelete
  10. Erm tataula kan

    kdg xsmpai hti nk tgor

    kdg ade org xley dtgor

    ReplyDelete
  11. sahabat yang baik adalah sahabat yang sentiasa menasihati rakannya jika mereka sudah terpesong jauh..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com