Ticker

6/recent/ticker-posts

Yang Datang dan Tidak Pernah Pergi...

Picture by lovequotesrus on tumblr

Tentang sahabat lagi?

Yup, insya'Allah tidak akan pernah jemu saya kongsikan dengan kamu-kamu semua tentang persahabatan di blog ini. Kerana persahabatan itu adalah apa yang ada di sekeliling kita setiap hari. Orang yang mengatakan dirinya tiada sahabat juga belum tentu tiada sahabat, kerana dirinya sendiri adalah sahabat kepada dirinya, malah kucing kesayangan juga boleh menjadi sahabat terbaik biar ia hanya berlagak mendengar tanpa membalas apa-apa.

Pengalaman memberi kita buah fikir untuk dinilai. Apa yang berlaku di sekeliling kita boleh saja diterjemah walau pengertiannya hanya sedikit cuma. Kerana ada sesetengah perkara yang tidak kita fahami, mungkin sahaja tidak perlu kita fahami sampai bila-bila. Itu kata seorang papa yang baik.

Saya melihat dunia ini seperti kata-kata dalam gambar tumblr di atas. Kita punya ramai sahabat, sangat ramai sejak dari pertama kali kita melihat dunia. Dan ia terus bertambah dari hari ke hari biarpun kadang-kadang ia hanyalah sekadar atas senarai Friends di Facebook yang tidak pernah menegur kita sejak proses friend-request-approved-accepted.

Dan sepanjang hidup kita, ada sahabat yang pergi meninggalkan kita, ada sahabat yang terus bersama kita, ada sahabat yang telah lama kita kenal, ada sahabat yang baru sahaja kita kenali beberapa jam yang lepas. Mana-mana antara mereka pasti ada yang buat hati kita senang dan tenang dengannya. Yang kita mahu kekal sampai bila-bila biarpun kita berubah laku.

Kerana apabila kita berubah laku, tidak kiralah kepada yang lebih baik atau yang sebaliknya, sahabat yang masih kekal dengan kita itulah yang benar-benar ikhlas dan jujur dengan persahabatan. Kerana dialah yang akan membangunkan kita bila kita rebah, dan dialah yang akan menjadi tiang sokongan jika kita mahu membina kehidupan yang lebih baik.

Kita pula, sahabat yang bagaimana kepada sahabat-sahabat kita?

Post a Comment

16 Comments

  1. kaulah sahabatku di alam maya..thanks semua sahabat.

    ReplyDelete
  2. sunah...terima kasih atas persahabatan ant kita..

    akak hargai sangat2...
    semoga ukhwah ant kita akan berkekalan

    ReplyDelete
  3. Lumrah satu pertemuan.. ada pengakhirnya....

    Bertemu dan berpisah kerana Allah... :)

    Manan Qayyim
    Mebok, Kedah.

    ReplyDelete
  4. setuju sangat.. memang kalau sahabat yang boleh time macam mane pun kite berubah.. tu baru betul2 sahabat, kalau kite berubah die pun lari.. takleh nak watpe r..

    ReplyDelete
  5. akan cuba untuk menjadi sahabat yg baik tak kira dalam keadaan susah atau senang..

    ReplyDelete
  6. alhadulillah sahabat2 sy msih ade

    ReplyDelete
  7. krna sahabat mcm2 bnda bru kita blajar :)

    ReplyDelete
  8. itulah putaran. sahabat datang dan pergi. kerana mereka juga tidak kekal lama. kita hanya manusia.

    ReplyDelete
  9. masih ramai teman di alam maya yg blh menjadi sahabat :)

    ReplyDelete
  10. Jika kita ikhlas bersahabat, InsyaAllah sahabat akan ikhlas dengan kita.

    ReplyDelete
  11. (^__^)..baik buruk sahabat itu sekiranya kita ihklas pasti kite menerimanya sebagai sahabat seadanya....

    ReplyDelete
  12. akak sayang sahabat akak di alam maya... harap dapat bertemu suatu hari nanti!

    ReplyDelete
  13. kami pn tatau kami camna boss. hihihihi. :D

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum sunah...sahabat kita di alam maya yang tidak pernah kita jumpa n mungkin akan jumpa satu hari nantikan...:)

    ReplyDelete
  15. rindu sahabat2 lama yg dh lost contact.. apa yg diorg buat skrg ni agaknya..

    rindu juga dgn sahabat2 yg dh lama x jumpa.. tringat nostalgia bersama mereka..

    ReplyDelete
  16. as salam..
    suka entri ni

    ;)

    hm..masing2 pun jauh. dan ada pula yang dah bina baitlumuslim. cuma mapu doa je..

    tapi kalau dah takde sahabat yang macam ni, takpelah. sebab Dia hantarkan pakcik, mereka yang taff di kiri dan kanan. bila pakcik merintih, mereka dengar dan rekodkan. mungkin mereka juga doakan pakcik. wallahua'lam..

    mari ibarat sahabat dengan kita. ke mana saja. ada mereka. melainkan tandas

    n__n"

    erkk..panjang la pulak..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com