Ticker

6/recent/ticker-posts

Semua Nak Yang Baik-baik Aje

peaceful ending by *arbebuk on deviantART

Kita selalu baca doa tu selepas solat.

Malah dalam event dan majlis-majlis tertentu pun, doa tu mesti jadi penutup dalam himpunan doa-doa yang dibaca. Tak boleh tak, doa tu tak boleh miss. Kalau termiss rasa macam pelik aje doa yang dibaca. Rasa macam tak lengkap.


"Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab api neraka."
[al-Baqarah: 201]

Kebaikan di akhirat tentulah mahu meraih syurga Allah, manakala azab neraka itu adalah segala bentuk hukuman Allah dalam neraka yang semahu-mahunya kita jauhi. Kebaikan di dunia tu pulak macam mana???

Ini perkongsian dari salah seorang kakak yang join usrah Purple Circle hari Rabu minggu lepas tentang 7 kebaikan di dunia yang semahu-mahunya kita perolehi:

Hati yang sentiasa bersyukur

Bersyukur dengan setiap nikmat yang Allah bagi, tak kiralah Allah bagi banyak atau sikit. Kerana setiap hamba Allah itu ada rezeki masing-masing dalam pengetahuan Allah.

Pasangan yang soleh dan solehah

Isteri dan suami yang taat pada Allah dan Rasul, lebih mencintai kedua-duanya berbanding perkara lain di dunia. Jika isteri kamu lebih mencintai Rasulullah s.a.w, sebagai lelaki, cemburukah kamu wahai suami? Jika ya, kamu sungguh suwwitt!

Anak yang soleh dan solehah

Dari perkahwinan yang diredhai Allah, kehadiran anak-anak yang soleh dan solehah hasil didikan kamu akan membantu kamu di akhirat kelak. Insya'Allah doa-doa anak soleh dan solehah untuk ibu dan ayah yang telah dijemput Illahi adalah antara tinggalan dunia yang paling berharga.

Harta yang halal

Dari kerja yang halal dan diredhai Allah. Setiap langkah dan tindakan dalam usaha mendapatkan harta itu, jika diniatkan kerana Allah dan bukan dari perkara-perkara yang mengundang dosa, insya'Allah ada keberkatan di dalamnya.

Persekitaran yang baik

Sahabat-sahabat, jiran-jiran, tempat belajar, tempat kerja, masyarakat sekeliling yang baik-baik, insya'Allah akan membentuk diri kamu berkeperibadian baik juga. Negara yang aman damai dan rakyatnya yang takut pada Allah kerana taqwa, siapa tak nak?

Kefahaman dalam agama

Tafaqquh fid din. Kefahaman dalam agama sangat penting untuk menjalani kehidupan seharian. Kamu yang faham agama akan membantu memberi kefahaman kepada orang-orang di sekeliling kamu pula. Hanya yang benar-benar faham agama akan patuh pada perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya.

Umur yang berkat

Berapa umur kamu sekarang? Ke manakah umur yang sebanyak itu telah kamu gunakan? Umur yang sebanyak itu tidak dapat diputar balik ke jumlah yang lebih sedikit. Ia akan semakin bertambah, tetapi usia kamu di dunia akan semakin berkurang. Maka, ke mana sepatutnya sisa umur yang tinggal itu kamu bawa?

Selama ni kita baca aje kan, tanpa menghayati sedalam-dalamnya maksud doa tu. Insya'Allah lepas ni tanamkan niat untuk mendapatkan segala kebaikan kat atas tadi. Moga Allah Yang Maha Pemurah bermurah hati untuk memberikan kita segala kebaikan yang diinginkan manusia.


P/S: Kita tak tahu bila kita akan mati.

Post a Comment

15 Comments

  1. Maceh boss kgsi. Peringatan bt diri. Moga2 kita mperolehnya. Amin

    ReplyDelete
  2. terfikir gak bab umur yang berkat.dah 22 tahun ni.apalah amal kebaikan aku ye

    ReplyDelete
  3. ^this is so kewl kak! :D /Thankyou. Hm.... betul. Semua mesti nak yg mcmtu aje kan? Nak yg perfect aje. Tapi diri sendiri entah betul / tidak kan? Hehehe

    ReplyDelete
  4. syurga didunia ialah isteri yang solehah

    ReplyDelete
  5. ingatan yang bagus! moga semuanya dapat dimanfaatkan..

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah setakat ni masih blm termiss baca doa diatas.. syuqran jazilan atas perkongsian..

    minta sedikit pandangan mcmmana nak dpt kan semangat berblog balik?? entry sata disini

    http://menulisdenganhati.blogspot.com/2012/02/bersara-dalam-berblog.html

    ReplyDelete
  7. mmg semua nak yg baik2..
    thanx for sharing

    ReplyDelete
  8. *thanks kak. umur ni dah 19 tahun, pahala mcm baru je sikit. :(

    ReplyDelete
  9. Alhamdullilah, syukran, santapan jiwa.

    ReplyDelete
  10. Thankyouuu !

    http://applehijaulife.blogspot.com/2012/02/blog-kena-removed.html

    # dh creditkann utk awak

    ReplyDelete
  11. http://applehijaulife.blogspot.com/2012/02/blog-kena-removed.html

    Thankyouuuu ! dh credit kan utk awak

    ReplyDelete
  12. terima kasih ats perkongsian ini kak :)

    ReplyDelete
  13. masih byk kurang yg perlu diperbaiki... thanks kak ats perkongsian... :)

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com