Ticker

6/recent/ticker-posts

Ramai Yang Baik-baik...

Kita ada ramai kawan.

Kawan-kawan kita ada macam-macam perangai dan sifat. Semuanya berbeza-beza. Ada yang suka buat lawak, ada yang suka mengambil berat, ada yang jenis pendiam, ada yang jenis kecoh, pendek kata macam-macam lah kan.

Kadang-kadang ada yang sangat-sangat indah budi pekertinya. Sangat baik hatinya. Sangat elok akhlaknya. Setiap tingkah dan tutur katanya menyejukkan hati kita. Rasa bersyukur dikurniakan kawan-kawan sebegitu oleh Yang Maha Pemurah.

Buat kita rasa nak jadi macam mereka.

Sampai kadang-kadang timbul rasa gusar dalam hati.

Mampukah kita jadi sahabat terbaik untuk sahabat kita?


P/S: Rasulullah s.a.w tentunya sahabat terbaik kepada sahabat-sahabat baginda.

Post a Comment

21 Comments

  1. yang terbaik bukan bererti yang memberi terbanyak dalam perhubungan.

    Bukankah bila terjalin sesuatu tu bermakna ALLAH yang izinkan. jadi tak salah menghargai semua bukan?

    nyawa bukan selamanya, kenapa perlu isaukan nak menerima? Memberi itu ALLAH, yang kita hanyalah saluran pemberiannya. ;)

    ReplyDelete
  2. terima kasih untuk entry ni

    ai yakin HAZIQ mencontohi Rasulullah S.A.W

    ReplyDelete
  3. <--- salah sorang BUKAN sahabat yang tebaik.. :')

    ReplyDelete
  4. untuk jadi seorang kawan yang sempurna dengan segala sifat adlah mustahil, tapi berusaha menjadi kawan yang terbaik , itu tidak mustahil.. Insya Allah andai adanya sifat ikhlas dan jujur dalam persahabatan.. =)

    ReplyDelete
  5. kan kan kan...:)

    rindu pada Rasulullah.... T__T tiada sahabat sempurnya seperti baginda...

    ReplyDelete
  6. sahabat yang baik menegur sahabat yang lain bila dorang buat salah. Bukan mendiamkan kesalahan. ;)

    ReplyDelete
  7. as salam..
    alhamdulillah..
    Rasullullah SAW kan ikon kita. tiada ikon paling layak mengisi isi hati kita.
    sahabat..mereka yang wujud disekeliling kita bukan diadakan-Nya kerana itu lumrah hidup didunia,.
    ada tujuannya. Dia mahu kita belajar dari setiap apa yang makhluk-Nya sandarkan. apa yang kita lihat, kita faham, kita rasakan.

    jangan sampai tertipu oleh dunia.
    gusar? sukar? teruskan usaha. Dia berikan kita masa untuk mencari jalan pulang kepada-Nya.seperti mana yang iblis dapat. tapi ia bertentangan dengan jalan kita. insya'Allah kita menjadi sebaik-baik sahabat mengikut perintah-Nya..

    p/s: tiada jalan pintas/mudah untuk kembali kepada-Nya

    ReplyDelete
  8. Sama2 kita berusaha jadi sahabat yg terbaik..=)

    ReplyDelete
  9. ble kte berteman kte tdak dpat berikan sehebat baginda apabila berteman, namun kte berusaha dgn seseorang dgn penuh ikhlas.. Insya-Allah itu yg terbaik.. ukhuwah filillah..

    ReplyDelete
  10. betul tu sys..kak limah sokong.. rmai yg baik tp ramai gk yg sebaliknyee..

    ReplyDelete
  11. Sahabat yg baik boleh menjadi motivasi kepada kita untuk menjadi org yg baik jugak :)

    ReplyDelete
  12. kumpul kawan ramai ramai.. dan belajar tentang kehidupan dari mereka. yang baik jadikan amalan, yang jahat jadikan sempadan.

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum sunah...moga kita akan jadi yg terbaik juga buat mereka...:)

    ReplyDelete
  14. syukur dapat kawan yg baik mcm sunah
    nak jadi macam sunah :)

    ReplyDelete
  15. sahabat yang baik adalah sahabat yang menangis bersama sewaktu kita susah dan ketawa bersama sewaktu kita gembira!

    ReplyDelete
  16. jarang update ni maksud dia dah beralih ke tumbler ni kan kak sunah. hehe!

    ReplyDelete
  17. InsyaAllah...sentiasa lah berdoa agar kita menjadi yg terbaik buat sahabat dan dikurniakan sahabat yang baik...:)

    ReplyDelete
  18. Alhamdulilah kira dikelilingi sahabat dan teman yg baek, semoga kebaikan dlm diri diorg semua sedikit sebanyak terbias dan lekat dlm diri kira pulak .. Amin

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com