Ticker

6/recent/ticker-posts

Sahabat Selamanya

Hari itu, aku menghubungi Salwa. Perkara ni perlu diselesaikan seberapa segera yang boleh. Bimbang kalau-kalau terlewat nanti, semua jadi kelam-kabut.

"Salwa, hari Jumaat ni free tak?"

"Jumaat ni? Aku balik dari Melaka petang Jumaat."

"Owhhh... Malam tu free tak? Nak ajak temankan aku kat Shah Alam nanti."

"Malam tu ye... Erm, aku tanya mak aku dulu. Rasanya ok je, insya'Allah."

"Ok, ape-ape hal nanti mesej aku tau!"

***

Bas bergerak lambat dalam kesesakkan jalan raya pada musim cuti Tahun Baru Cina. Salwa sudah menunggu di terminal. Tiba-tiba telefon bimbit berbunyi. Pelik melihat nama yang tertera pada skrin telefon bimbit.

"Hello, assalamualaikum..."

"Wa'alaikumussalam Aini! Kat mana tu?"

"Atas bas."

"Eh? Pi mana?"

"KL..."

"Lorhhh... Sama la kita, aku dari Johor gak ni nak ke KL."

"Eh, ye ke? So, nanti meh la jumpa kat terminal!"

"Haha... Insya'Allah kalo sampai awal leh la jumpa~"

***

"Salwa!"

"Aini!"

Jenuh mencari Salwa di terminal, akhirnya ketemu juga. Tangan kanan Salwa yang sudah hampir pulih dicapai untuk bersalaman. Salwa dipeluk lama-lama. Aku rindu dia. Lama betul tak jumpa. Kali terakhir pun bulan September tahun lepas. Dia nampak makin sihat. Kalimah syukur dilafazkan dalam hati.

"Haziq ada call tak?" tanyaku.

"Ada tadi. Dia kata jumpa kat Shah Alam je."

"Owh... Ok~ Jom lah. Kang terlewat pulak kita."

***

Penat semalam masih belum hilang. Namun hari ini hari yang terlalu istimewa untuk sekadar berehat di bilik. Aku dan Salwa sama-sama mengemas beg.

"Petang ni macam mana ek?" Suaraku. Asalnya hanya bertanya untuk diri sendiri. Tak mengharapkan jawapan dari sesiapa.

"Aha, nanti kau balik macam mana?" Salwa yang mendengar bertanya kembali.

"Kena balik sini semula gak petang ni rasanya." Otak ligat berfikir plan yang terbaik.

"Haziq macam mana? Jap, aku kol dia." Salwa mendail nombor Haziq. Berbual sebentar, kemudian telefon bimbit beralih tangan.

"Assalamualaikum Haziq..."

"Wa'alaikumussalam Aini..." Suara Haziq nyata suara orang baru bangun tidur.

***

Setelah Haziq sampai, kami berpisah dengan yang lain-lain. Aku tak mampu bercakap banyak. Mata pun tak mampu diangkat untuk melihat satu-satu wajah yang ditinggalkan. Salwa tahu aku sedih. Dalam kereta Haziq pun, Salwa asyik mengusik-usik aku yang kononnya kesedihan. Sampai Haziq pun ikut sekali mengusik.

"Meh aku pusing balik, kita balik sana semula, nak?" Haziq yang menjadi pemandu menjeling cermin pandang belakang.

"Dah... Tak payah..." balasku. Aku rasa aku tak apa-apa.

"Nak gi mana ni?" Salwa bertanya destinasi kami.

"Entah... Aku ikut korang je. Aku just tunaikan impian kawan-kawan aku je." Haziq menjawab selamba.

"Ayat ko boleh bagi lagi power sikit tak?"

"Eh, betullah! Aku bawak kawan-kawan rapat aku ni je. Tak kisah nak gi mana pun. Cepat fikir."

"Aduh... Sakit la..." Aku memotong perbualan mereka.

"Sakit ke??? Erm... Sakit macam mana tu???" tanya Salwa.

"Tak tahu nak describe..." Aku sudah mula bad mood.

"Erm... Nanti kita cari ubat kat stesen minyak mana-mana."

"Tak payah. Jom gi MPH Bookfair tu!"

"Betul ni???"

"Iye..."

***

Sepanjang perjalanan, aku diam. Sakit. Tak tertahan. Batuk aku pun jadi perlahan sebab aku paksa diri untuk tak batuk. Kalau aku batuk, nanti aku rasa makin sakit. Bila Salwa dan Haziq cuba mengajak aku berbual, aku jawab sepatah-sepatah. Dari MPH Bookfair tadi, kami menghantar Salwa pulang. Sebelum tu, kami singgah dulu Food Court Tesco area rumah Salwa.

"Nak ABC kan tadi? Aku order jap ye," Haziq beredar membeli ABC.

"Ok tak ni?" tanya Salwa.

"Hurm..." Itu yang mampu aku jawab.

"Nah..." Haziq kembali dengan semangkuk ABC. Dia pandang aku. "Aku gi beli balm jap. Makan ni."

Aku dan Salwa terdiam.

***

Selepas menghantar Salwa, aku dan Haziq kembali ke Shah Alam. Singgah sebentar di Masjid Shah Alam untuk menunaikan solat fardhu Asar. Aku dah jamak. Jadi, aku beritahu Haziq yang aku nak tidur sekejap. Haziq menyuruh aku mengunci pintu kereta. Dia tinggalkan aku dalam kereta yang enjin dan aircondnya terpasang.

Aku berusaha untuk tidur. Tiba-tiba telefon bimbit aku berbunyi. Ada mesej dari Salwa. Dia nak tahu sama ada kami dah sampai atau belum. Aku beritahu Salwa kami di masjid. Salwa berhenti membalas mesej bila aku beritahu dia yang aku nak tidur sekejap.

Aku tak dapat tidur pun. Tapi Haziq tinggalkan aku lama dalam kereta. Aku tahu, dia mesti nak bagi aku rehat lama-lama. Jam 6 lebih baru dia datang. Dan dia beritahu aku macam apa yang aku fikir tu.

***

Kami ke Tesco area Shah Alam pula. Ada kawan Haziq meminta belikan sesuatu. Keluar dari kereta, aku batuk lagi. Tapi aku cuba tahan.

"Sakit lah tu..." ujar Haziq.

"Err..."

"Nanti kita cari klinik."

"Hah? Tak payah lah."

"Takde, takde. Kita cari klinik lepas ni. Mana tau doktor kat sini lagi bagus."

Aku akur.

***

"Kalau dua orang yang paling rapat dengan aku ni tak datang kenduri aku nanti, aku merajuk seumur hidup." Entah berapa kali agaknya Haziq mengulang ayat tu.

"Ye la, Haziq oi... Kalau ko merajuk, maksudnya kenduri aku pun ko tak datang la kan? Then, aku merajuk kat ko pulak lepas tu."

Kami gelak. Dan akhirnya sampai masa untuk berpisah.

***

"Thanks Haziq. Maaf menyusahkan kau. Doakan aku ye." Mesej dihantar kepada Haziq. Aku di dalam kereta, menuju ke Subang bersama kawan-kawan aku.

"Tak susah langsung, tapi tolong gi klinik ye? Risau..."

"Insya'Allah. Aku gi klinik kat Subang nanti."

"Thanks."

"Ape pulak, aku la yang kena ucap thanks. Huhu. Thanks ye Haziq."

"Kau nak pergi tu pun aku da rasa lega dah. Ape-ape gitau aku tau. Jaga diri. Aku doakan kau cepat sembuh."

"Insya'Allah. Thanks ye."

"Kang malam rehat la. Badan penat tu. Minum air masak banyak sikit. Pastikan ada sebotol air dalam beg."

"Semalam ade je sebotol, hari ni je takde."

"Aduh, maaf Aini. Aku tak prihatin. Macam mana la aku boleh terlupa tadi."

"Takpe lah Haziq. Aku pun malas nak masuk tandas banyak kali. Thanks tau!"

"Banyaknya thanks ko untuk aku hari ni. Jenuh aku nak pertimbangkan 'kasih' ko tu. Hahaha."

"Cehhh... Mengadanya. Tak payah pertimbangkan. Doa je sudah!"

"Hahaha... Selalu doakan..."

***

"Haziq, Aini macam mana? Ok tak dia?" Salwa menghubungi Haziq.

"Aku da hantar dia gi stesyen bas Seksyen 17 tadi."

"Alhamdulillah... Kesian dia sakit."

"Tu la... Risau aku."

"Mana pernah aku tengok Aini sakit macam tu."

"Kalau lah boleh, nak je aku ganti tempat dia. Biar aku je rasa sakit tu."

***

Baiknya sahabat-sahabat aku ni. Aku bersyukur dapat jumpa sahabat-sahabat macam ni. Sahabat masa senang memang senang dicari, tapi sahabat masa susah, sesusah tu juga nak cari. Dan sahabat-sahabat yang aku ada sekarang ni la sahabat masa susah senang aku. Sampai bila-bila pun, aku takkan lupa apa yang sahabat-sahabat ni dah buat untuk aku. Moga Allah sentiasa lindungi sahabat-sahabat aku ni sampai bila-bila.


P/S: Percubaan menulis cerpen yang tak berapa menjadi. Kan saya dah gitau, saya reti buat cerpen perang aje.

Post a Comment

8 Comments

  1. ok le tuh kak.... untung kan ada sahabat yg sntiasa amik berat..

    ReplyDelete
  2. harap haziq bace

    kiki ai tak sedih

    nk gelak plak

    npe ye

    ReplyDelete
  3. oklah ni, kira berbakatlah jugak!

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum sunah...percubaan yg berjaya...teruskan usaha hingga berjaya...:)

    ReplyDelete
  5. semoga persahabatan antara korang bertiga yang terjalin bukan jer erat di dunia malah hingga ke Jannah hendaknya.. Amin :)

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum akak..

    kenapa bila baca rasa mcm true story? Tak pun cerita yg diolah based on true story..

    Maaf kalau salah..cuma perasaan je rasa mcm tu.

    ReplyDelete
  7. as salam..
    hm..cerita betul tapi diolah sedikit ajdi novel?
    apa2 pun setiap yang berlaku, bermula dari bawah. tiada jalan pintas melainkan nak guna cara pintas

    6__9


    teruskan usaha.insya'Allah akan menjadi lebih baik.
    novel perang...alhamdulilllah..nak baca karya sunah

    (^^,)

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com