Ma, kite nak mata macam mama! ~picture by ohsopictures on tumblr |
Bila pandang wajah ibu kita kala tiada perkara lain dilakukan, hati tentu rasa sesuatu. Biarpun wajah itu sudah berkedut dimamah usia, pada kita yang sudah semakin dewasa kala wajah itu nampak semakin tua, pasti akan timbul satu rasa dalam hati yang sukar digambarkan.
Tenang, sebak, terharu, sayang, berkumpul menjadi satu.
Rasulullah s.a.w pun pernah bersabda yang meletakkan tempat ibu tinggi sedikit dari tempat ayah sebanyak tiga kali. Namun tetap keduanya wajib dihormati dan dihargai selayaknya. Kerana ibu yang mengandungkan kita selama 9 bulan, kemudian menyusukan dan membesarkan kita dengan pelbagai didikan hingga jadinya kita yang sekarang, begitu banyak pengorbanan yang telah dilakukan oleh seorang ibu. Subhanallah.
Bila melihat ibu sendiri (yang berjaya menjadi ibu mithali), tentu dalam hati anak-anak gadis terdetik satu perasaan ingin menjadi seperti ibu. Malah terdetik juga persoalan sama ada mampu atau tidak menjadi seperti ibu yang begitu kuat dan tabah. Kalau sekarang ini masih belum nampak akan jadi seperti ibu, tetap juga ditanam dalam hati mahu jadi seperti ibu satu hari nanti.
Memandang wajah ibu bapa sahaja sudah menambah pahala, apatah lagi jika berbuat baik dengan mereka. Seboleh-bolehnya tidak mahu sekalipun hati dan rasa mereka terguris dengan apa-apa sahaja tindakan luar kawalan akibat jiwa yang dikuasai nafsu mahupun amarah. Jika itu berlaku, tanpa ada rasa untuk memohon keampunan, tunggulah balasan dari Yang Maha Berkuasa.
Moga kita semua dijauhkan dari label anak derhaka oleh penghuni langit.
P/S: Kadang-kadang membaca kisah orang lain menghadirkan keinsafan dan mendidik diri muhasabah. Terima kasih "Noorah"...
18 Comments
nuru ske pndang mte mama nuru..
ReplyDeletesbb ank mte die kaler coklat eheheheh..
btol tu sys..sjuk mte memandang kalo nengok wjh parents ehhehe
Pandang mata dan wajah mak..hilang segala duka..rasa tenang sgt..wajah mulus dan sepasang mata kudus yg telah meng'insan'kan akan..=)
ReplyDeleteada nampak gambar ni tadi.....hihi
ReplyDeletehmm, kan....masa parents ada ni lah kita kena selalu berbakti pada mereka...
erm suke pandng ibu ai
ReplyDeletesbb t nmpak ai mse tue hehehe
assalamualaikum sunah...jadilah anak yg baik pada kedua2 ibu dan bapa sebab mereka tiada galang gantinya di dunia ini...:)
ReplyDeletesumber gambar dari tumbler. hehe!
ReplyDeletemak....
ReplyDeletebanyaknya dosa yg aku buat padamu..
belum lagi termasuk di blakangmu dahulu.. T_T
sayang kan ibu!!
ReplyDeletethanks post entry ni..
salam perkenalan.1st time kat sini.
do follow my blog ye~
Assalamualaikum...
ReplyDeleteEntry SunahSakura harini, meruntun jiwa. Taatlah pada mak dan abah Sakura tatkala mereka masih bernyawa, tiada yang terbaik dan boleh menggantikan mereka. Pada aku, keduanya sudah tiada, hanya doa ibu bapa menjadi hadiah buat mereka "di sana". Al-Fatihah buat Mak dan Abah.
rasa sedih sebak rindu mama..
ReplyDeleteselalu rasa x senang hati selagi x dengar kata maaf dari mama, rasa selalu x dpt puaskan hati mama
Bila baca entri ni tiba-tiba saya jadi rindu pada Ibu...
ReplyDeleteakak nak jadi ibu yang sempurna yang boleh didik anak2 akak hingga berjaya dan mereka tak lupa jasa dan pengorbanan akak..
ReplyDeletemoga kita semua jadi ibu yang terbaik!
tibe2 rindu kat mak.. dah sebulan tak jumpa..
ReplyDeletetengak mata mak rasa tenang je.. hurmm
Bila mata bertantang mata.. I love u ibu
ReplyDeletedengar sore mak pun dah cukup buat hati tenang wlpun duk jauh.. semoga dapat jadi anak yang solehah ^^
ReplyDeleteinsyaAllah~
mama memang the best :D
ReplyDeleteibu.. tiada galang ganti...
ReplyDeleteas salam..
ReplyDeletealhamdulillah..
hm...teringat semua yang berada dikejauhan..apakah khabar mereka..
menjadi sebaik-baik seorang hamba-Nya..
teringat kisah kehidupan keluarga Imam Syafie..berbekalkan didikan kedua ibu bapa yang patuh perintah-Nya.. lahirlah imam syafie di dunia..
hm.. sunah, kadang-kadang.. jika tak kita sedar..
kerana Dia, sentiasa tunjukkan kepada kita kebenaran-Nya..sandaran-Nya dimana-mana.cuma..kita perlu selalu menyedarinya..
tiada jalan pintas untuk menyedarinya..
Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com