Ticker

6/recent/ticker-posts

Kecewa Yang Membahagiakan

Cherry blossoms 2 by *MataHari7 on deviantART

Kecewa?

Mustahil kalau aku katakan aku tidak kecewa. Kalau di luar sana aku hanya diam seribu bahasa, tetapi jauh di lubuk hati, aku memendam rasa kecewa dan terkilan yang teramat sangat. Namun siapalah aku untuk menghalang apa-apa yang berlaku bukan di hadapan wajahku sendiri, terlalu jauh untuk aku sentuh hati-hati yang terabai kala diri aku sendiri sedang terabai.

Detik waktu yang telah berlalu itu biar aku simpan saja menjadi sejarah dalam lipatan memori. Dan mungkin ini kali terakhir aku meluahkan rasa tentangnya. Bak kata teman, kadang-kadang orang lain lupa untuk menghargai kita yang berada di sekeliling mereka. Biarlah, biarlah semuanya berlalu pergi. Kerana masing-masing yang punya hati sudah tentu punya akal untuk berfikir sendiri. Di sini aku hanya mampu berdoa agar segalanya dalam langkah kaki mereka, mengikut acuan Allah s.w.t.

Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Tidak. Silap di situ. Sememangnya di sebalik setiap kejadian itu ada hikmah yang Allah sembunyikan. Tinggal kita untuk mengorek lebih dalam dan menilai sendiri makna di sebalik semuanya. Mungkin kecewa yang hadir itu hanya seketika cuma, kerana sebentar lagi bila telah kau temui hikmah yang aku maksudkan, kau pasti dan insya'Allah, akan rasa bahagia.

Kerana redha itu salah satu kunci bahagia...


P/S: Biarkan aku selesa menggunakan 'aku'... Kerana aku tetap 'saya' yang dulu. Maka, jangan kecewa.

P/S: Dan kalau kau membaca ini, aku tak pasti juga sama ada kau akan membaca kerana kau dah mula melangkah jauh dari sini, namun kalau kau membaca ini, jangan risau... Rasa kecewa dan terkilan aku berhenti di sini. Aku doakan kau berjaya walau apa pun yang kau pilih dalam hidup kau...

P/S: Anwar da bebas dari tuduhan dunia. Selebihnya urusan dia dengan Allah. Maka, berhentilah kecewa.

P/S: Ada hikmahnya tak jadi gi lab, dalam keadaan batuk yang masih tak surut tahap 'kenyaringan'nya, bimbang terganggu pula lab dengan bunyi batuk... Maka, tak perlu kecewa.

Post a Comment

27 Comments

  1. Ade mse kecewe y mnyedihkn
    tp entry yu ni mmg lain

    itu ai kecewe

    ReplyDelete
  2. salam adik, kecewa itu mungkin sebentar...satu batu lonjatan buat kegembiraan dan kebahagiaan hakiki.

    adik, mkn madu asli tak?akak mkn 2 kali hr tu terus reda batuk.hrp cpt sembuh sepenuhnya, dan moga batuk cpt pulih ye.

    ReplyDelete
  3. masih terfikir apakah entri ini dirujuk pada sesiapa?

    ReplyDelete
  4. Bukan kehendak penulis untuk mengumumkan siapa-siapa yang dirujuk dalam entri ini, kita selaku tetamu, sewajarnya menghormati isi hati tuan rumah.

    Apa pun, ukhti, hidup adalah satu set ujian membuat pilihan yang takkan berakhir hinggalah roh keluar dari badan. Selagi masih hidup, hiduplah sehebat-hebatnya, kerana syurga itu khusus untuk orang yang membuat pilihan menjadi hebat semasa hidupnya.

    ReplyDelete
  5. kecewa mungkin akan membangunkan jiwa
    mungkin juga akan meruntuhkan jiwa :)
    dear! cantik header, ajarlah kita buat! ;D

    ReplyDelete
  6. kadang-kadang kecewa itu menyakitkan!

    ReplyDelete
  7. rasa kecewa itu sebahagian dari ujian.. dan ujian itu bermakna Dia kasih pada kita .. :)

    ReplyDelete
  8. kecewa..biarlah berlalu..

    p/s: Blog itu telah di delete oleh empunya blog yang lama..sebaiknya ty tuan pnyer blog..:)

    ReplyDelete
  9. Bersabar lah sunah, hidup ini penuh dengan benda yang kita tidak boleh jangka...ada masa kawan jadi lawan, musuh yang kita benci, rupanya dia lah yang membantu kita bila keadaan getir, semua sudah dirancang dengan elok oleh Allah swt....pcm pun bukan sorang yang bijaksana untuk memperkatakan benda2 macam ni...sekadar pandangan sahaja...

    ReplyDelete
  10. nape ni akak?
    sy tak pernah pun menjauhi akak..
    uhukkk...
    sedeynya...

    ReplyDelete
  11. kecewa mengajar kita jadi lebih matang dan kuat... semoga semua baik2 aja..ganbatte!

    ReplyDelete
  12. yeee.. semuanya ada hikmah tersembunyi... :)


    wo, yo, yong, aku, saya, ana, i, semuanya sama ...

    ReplyDelete
  13. bangkit dari kecewa dan terus maju ke hadapan.

    ReplyDelete
  14. salam sunah
    hmmmmm...xpenah tgk sunah mcm ni
    suspen...hope everything is ok

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum sunah...hadapilah kekecewaan itu dgn penuh keimanan ada hikmah di sebaliknya...insyaAllah..:)

    ReplyDelete
  16. ... ok tak ni?

    :: akuFARA? ::

    ReplyDelete
  17. akaaaakkk napeee?
    emmm..
    sedih pulak saya bace
    wuwuwu...

    ReplyDelete
  18. insya Allah.. pasti ada hikmah di sebalik apa yang brlaaku kan..

    ReplyDelete
  19. hidup umpama roda, kadang2 kat bwah,kdg2 kat atas,kdang2 jalan atas rumput karpet yg best, kadang2 jalan atas tanah penuh najis. hmm...bertabah ye..

    ReplyDelete
  20. la tahzan ^_^

    p/s: bila guna 'aku' dah rasa lain sikit entri blog sunah ni. ehe

    ReplyDelete
  21. tiap musibah Allah akan sertakan dengan nikmat rasa..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com