Ticker

6/recent/ticker-posts

Hati-hati Wanita Malaysia

Kenapa perlu hati-hati?

Sebab mungkin saja kamu yang jenis mudah dipengaruhi akan cepat-cepat meletakkan kepercayaan kepada lelaki dari luar negara. Yang mungkin hensem *yeke?* dan akan menampakkan kamu glemer kalo bersama mereka *hoh???*.

Contoh plot perkenalan:

Timah menunggu di perhentian bas macam selalu. Tiba-tiba seorang lelaki Yaman datang menegurnya.

"Can you please translate this for me?" pinta lelaki tu sambil menunjukkan henfonnya.

Timah menengok henfon lelaki Yaman tu. Ada mesej dalam bahasa Melayu.

"I'm not so good in English, but I'll try," kata Timah.

Dan bibit-bibit perkenalan pun bermula apabila sebelum berpisah, lelaki itu berkata, "You know what, if I didn't do this, nobody will accept me as friend."

Nah, ape motif dia sebenar-benarnya? Belum nampak lagi. Tapi kemudian, Timah dan lelaki Yaman yang tak tahu namanya sape tu bertukar-tukar nombor telefon. Esoknya, lelaki itu mengajak Timah keluar makan. Timah pun on aje...*alahai, mudahnya terima*

Kat kedai makan:

Lelaki Yaman tu tengok aje Timah makan.

"You have beautiful eyes, beautiful lips...and sexy body."

Eh, kenapa lelaki ni??? Tak pernah-pernah lak selama Timah hidup ni, lelaki lain cakap kat dia macam tu. OMG. Mungkin mata lelaki Yaman ni berbeza sikit dengan lelaki Malaysia *ya, mungkin juga*.

Esoknya, lelaki Yaman tu ajak keluar lagi.

Kat shopping complex:

"I don't have friends here. It's so hard for me to find one."

Ermm...dia cerita macam tu la. Dah tiga kali jumpa, dan maksudnya dah tiga hari kenal.

"Do you believe that love feeling can grow?" tanya lelaki tu masa diorang jumpa untuk kali ketiga.

"Yahh..." Timah jawab ringkas.

"So, can you accept me as your boyfriend? Because I love you."

Hoh??? Baru tiga hari kenal. =.=

"Sorry, but I can't just accept you like that. We just met and I don't even know you. We can be friends and let the feeling naturally flows."

"Why don't you just accept the concept? That the love can grow in your heart once you be my girlfriend? Just accept that!"

Ok, da nampak kedegilan masyarakat Yaman. Timah tetap berkeras takmo. Lelaki tu pun berkeras gak nak Timah jadi awek dia. Ohoi! Pelik! Perbualan tu buat Timah naik angin, lalu dia nak balik. Lelaki tu nak hantar dia. Tapi...

Kat parking motor:

"Sorry, the back tyre of my bike is punctured. I can't send you home."

"What? I'm dissapointed." Timah mengeluh.

"And you blame me because of my bike???"

Eh, lelaki ni kenapa? Timah pun cakap, takpelerrr. Then tinggalkan lelaki tu, dia nak naik bas. Tapi lelaki Yaman tu mengekori je dari belakang sambil menunggang motor dia yang kunun da pancit tu.

"Hey, you can sleep at my house. Here's the key. I have three rooms there. You go and sleep there, I'll sleep anywhere outside."

Alamak, siap nak suh duk umah lagi nkoo! Hurmmm... Nampak tak, nampak tak??? Belum lagi eh. Ok, sambung cite. Timah tak peduli. Mana la dia nak duk umah lelaki tu. Nanti ape kata jiran-jiran dia kalo dia duk umah lelaki tu. Dan dia taknak amek risiko untuk kene ambush dengan pegawai pejabat agama. Sampai perhentian bas, dia duduk. Lelaki tu menghampiri dia. Timah buat tak peduli. Dia kol kawan dia. Bercakap-cakap sebentar. Tiba-tiba Timah rasa tangan dia kene pegang, badan dia dipeluk dan pipi dia kene cium. Terkejut Timah.

"Hey, what are you doing to me???" Tengah-tengah orang ramai tunggu bas sekali tu, Timah meninggikan suara.

"I want to break that wall between us."

"By holding my hand and do such things married people do?"

"I want to hold your hand... I do this so that you will fall in love with me."

"No, you don't respect me."

Last-last, Timah pergi tinggalkan lelaki Yaman yang nampak sungguh desperate tu. Dan sampai hari ni, bila Timah try mesej lelaki tu, nombor tak dapat dihubungi. Sah la dia da tukar nombor lain, cari pompuan lain pulak kan?

Aha...nampak dah? Sebab tu kena hati-hati. Ye, kita tak boleh la berprasangka buruk, tapi kita jugak tak boleh la nak cepat sangat percaya dengan orang yang baru kita kenal. Tambah-tambah kalo orang bukan negara kita. Kita tak tahu niat sebenar dia ape. Kot dia saja nak kawen ngan kita sebab nak dapat kerakyatan tetap, atau dia nak permainkan kita untuk puaskan nafsu dia, hanya Allah yang tahu semua tu. Si Timah tu kira Allah jaga jugak dia, sebab terus melenting bila lelaki tu buat macam tu kat dia. Tapi dari awal lagi Timah patutnya jangan berlebih-lebih sangat masa perjumpaan pertama sampai tukar-tukar nombor telefon. Tu mengundang bahaya namanya.

So, hati-hatilah. Bukan setakat wanita Malaysia, wanita-wanita seluruh dunia pun. Dan semua orang pun, tak kira lelaki ke wanita ke, semua kena berwaspada. Moga Allah lindungi kita semua.


P/S: Ini berdasarkan kisah benar seorang teman yang diolah sikit dan dikurangkan details untuk menjimatkan masa membaca.

Post a Comment

28 Comments

  1. menjimatkan masa membaca ek? hehe! nasib baik tak jadi pape kat Timah tu...

    ReplyDelete
  2. pergh.. nasihat yg bagus..
    betul3.. kita tak boleh senang3 baik dengan lelaki yg baru kita kenal..=)

    ahahaha... aku selalu menyamar BI aku zero bila jumpa warga asing.. huhu.=)

    ReplyDelete
  3. haihh, bahayalah zaman sekarang neh.perempuan esp selalu tertipu dgn kata2 manis org luar neh. hati2 semua.

    ReplyDelete
  4. so true sis..wanita malaysia mg sgt mudah diperdaya..so hati2 la..takpe kalo org kata kita jual mahal biar jgn tergadai maruah..pelbagai muslihat dorang akan reka..

    ReplyDelete
  5. erm hati2 la pd sape2 pun.. bukan bersangka baik tapi usaha berhati2 prlu dtitikberatkan~~

    ReplyDelete
  6. huhuhuhu...ngerila rasa...
    meremang bulu roma..
    timah bernasib baik..
    kalau kena rape ke apa ke dek jantan yemen tu..naya..huhu

    ReplyDelete
  7. Bukan nak cakap apa lah kan. Tapi, Shag pernah lah kena tegur dengan orang2 luar bila tunggu bus. Tapi seriously Shag hanya layan soalan yg rasanya penting. Kalau setakat tanya nama, Shag geleng lepas tu pekakkan telinga dengan MP3.

    ReplyDelete
  8. sib baik kena dlm bas..bahaya nya.ramai yg terpesona bila kena ayat ngan org asing. hati2 wahai adik2

    ReplyDelete
  9. nampak2... awl lg dh nmpk.... hurm

    ReplyDelete
  10. bahayanya huhu
    tgk lelaki asing pun dh naik bulu roma

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum sunah...nasib baik x jadi apa2kan kalau x bahaya...lain kali jgn terlampau percaya n bagi muka kat mamat yg dr luar negeri mcm tu banaya ...:)

    ReplyDelete
  12. Morale: jgn tunggu bas kat tmpat sunyi..

    ReplyDelete
  13. tadi pergi cari barang dapu..terserempak beberapa couple yg lelaki nya warga arab.erk.apekah?

    ReplyDelete
  14. bahaya sungguh lelaki yaman tu

    ReplyDelete
  15. jgn mudah percaya pada lelaki, klu betul suka, jumpa parents laa

    ReplyDelete
  16. @Tea

    kalo kat bustop yang ramai orang pun dia wat gitu...

    ReplyDelete
  17. nama Timsh tu pun bukan nama sebenar la kan?

    ReplyDelete
  18. selalunya bahaya kepada wanita2 yang turut sama desprate... sanggup terima sbb terlalu terdesak cri pasangan...

    ReplyDelete
  19. soalan:

    Kenapa Timah contact laki tuh lagi setelah apa yg berlaku..???

    ReplyDelete
  20. Betul, Allah masih memelihara si Timah. Kita wanita, bukan untuk diperkotak-katikkan oleh orang lelaki. Jika benar dia jujur, dia takkan menyentuh kita, dia akan jaga maruah kita sebagai bakal isterinya. Alhamdulillah, Timah selamat. Usahlah anak-anak muda terlampau senang percaya dan tunduk pada zaman yang beransur jauh dan tersimpang dari ajaran agama ALLAH SWT. Semakin ramai yang hanyut dan taksub dengan sesuatu yang dilarang Allah, semakin betah mecabar Allah. Nauzubillah....

    ReplyDelete
  21. as salam..
    oh..ini kisahnya..
    bahayanya..

    perempuan sangat berisiko menghadapi tipu helah..

    yang lelakinya..sangat berisiko menghadapi tipu daya penglihatan..

    kena pakai spek mata hitam ini macam.
    macam che ben. huuu..

    ReplyDelete
  22. ooo mcmni rupanya situasi dorg mengurat..baru tau

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com