Ticker

6/recent/ticker-posts

Dah Biasa Buat, Sebab Tu Tak Rasa Apa!

Ye, memang mudah sangat macam dia cakap tu.

Entri Papa Ben yang bertajuk Sememangnya menulis blog amat mudah ! tadi buat saya nak kongsi sekali. Dah banyak sangat kot orang lain buat entri bawak isu yang sama. Kalau bukan kat blog, kat status-status FB para ustaz dan ilmuwan agama pun banyak sentuh bab-bab ni. Dah banyak kali ulang, tapi still susah masyarakat kita nak ubah benda yang dah biasa buat.

Benda apa? Harapnya yang membaca ni tak bosan dengan isu yang sama. Isu aurat. Isu tayang gambar yang mendedahkan aurat dekat blog dan dekat FB. Gambar perempuan seksi dan menggiurkan hati lelaki. Gambar lelaki pakai seluar pendek atas lutut dan nampak pusat. Bukan setakat gambar orang Melayu Islam, bahkan gambar orang bukan Muslim yang mendedahkan aurat, tetap haram.

Memang susah nak ubah secara mendadak. Daripada tayang banyak-banyak tanpa rasa apa-apa (eh, da biasa buat, tak rasa apa kalo tengok punnn~), kepada tak tayang langsung. Tapi boleh cuba ubah sikit-sikit. Kalau rasa-rasa sebelum ni ada banyak gambar kat blog atau FB yang tak berapa nak elok, cuba buang sikit-sikit. Bukan terus dibiarkan macam tu aje walaupun da sedia tahu benda tu haram. Sebelum ni memang orang tak pernah cakap, tapi sekarang da ramai kan yang sebut-sebut? Bukan ke sepatutnya bila kita dah tahu, kita akan usaha untuk tak buat lagi?


Guys~~~ Ketahuilah, bila hati tak rasa apa langsung kalo buat maksiat, tu tandanya hati tu dah jauh sangat dengan Allah. Naudzubillah. Sedangkan selemah-lemah iman pun bila hati kita rasa benci pada perbuatan maksiat depan mata kita. Bayangkan kalo hati kita tak rasa apa-apa. Tak kisah la maksiat yang orang lain buat atau maksiat yang kita sendiri buat, kita rasa biasa aje. Tu tandanya apa tu??? Fikir-fikirkan.

Alhamdulillah bila kita dah ada keinginan untuk berubah jadi lebih baik. Kita mula stop share gambar-gambar yang mendedahkan aurat, sebab kita faham dengan dosa dan murka Allah kalo kita buat macam tu. Kalo nampak orang lain buat, kita pun usaha nak tegur diorang. Sebab kita takmo diorang dapat dosa kan? Takkan kita nak dapat pahala sorang-sorang? Bila kita da ada niat tu, sebaiknya kita istiqamah dengan usaha kita. Bukan sekejap-sekejap kita patuh, jap lagi kita ingkar. Suke ke kalo Allah main-main dengan kita, jap bagi rezeki, jap lagi tak bagi??? Tak suke kan???


So, why not kita usaha untuk istiqamah? Buat sikit-sikit pun Allah dah suka...

Kalau saya pun ada buat silap, sila tegur saya sekali!


P/S I: Istiqamah untuk cegah maksiat dalam apa pun... Bukan setakat isu aurat, banyak lagi maksiat yang nampak biasa dalam masyarakat kita...

P/S II: Betulkan yang biasa, biasakan yang betul...

Post a Comment

18 Comments

  1. sedang mencube

    wlau sukar

    sbb de y penah tego

    jgn dedahkan aurat org

    kite share kite pon dapat dosa

    tengs haziq sbb tegur..ingat sampai bile2

    ReplyDelete
  2. Setuju sgt, dan suka dengan semua P/S itu terutama P/S11. Biasakan yg betul dan betulkan yg biasa...

    ReplyDelete
  3. mmg susah nk betulkan org lain kalo diorang xde usaha utk betulkn diri sndiri... kita wat apa yg patut je. tunaikan tanggungjawab sbg masyarakat.. yg selebihnye, terserah atas tuan punya badan...

    ReplyDelete
  4. betulkan yang biasa. biasakan yang betul. :) suka. :D

    ReplyDelete
  5. biar buat yang betul sikit2 tapi yang sikit itu berterusan, jgn sekali mendadak tapi hanya hangat2 tahi ayam..

    ReplyDelete
  6. "Betulkan yang biasa, biasakan yang betul... "very meaningful sentence~

    ReplyDelete
  7. itu yang susah manusia ni kan? nak berubah memang susah..

    ReplyDelete
  8. betul2.. sama2 kite jdi kn peringat untuk diri sendiri dan yg lain2..

    ReplyDelete
  9. hati kata nak berubah, tapi badan memang liat nak buat,
    berubah sikit-sikit x pd, biar ada matlamat didada baru berterusan...

    Betulkan yang biasa, biasakan yang betul... ^__________^

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum sunah...betul tu manusia ni kalau bab2 nak berubah mmg susahkan...:)

    ReplyDelete
  11. saya pun tengah cuba berubah. insya-ALLAH akan terus berusaha untuk istiqamah. dan semoga yang lain pun sama. :)

    ReplyDelete
  12. what do u think about ths?

    http://www.youtube.com/watch?v=lljupXYtKr0&feature=related

    ReplyDelete
  13. akan ingat semua ni.. thanks...^^,

    ReplyDelete
  14. teringat masa skolah menengah, ustaz tu kata, alat muzik bertali tu tak boleh main.. aku siap gi jumpa dia personal lagi.. "kalau tak boleh, kenapa biasa je tengok orang buat show kat tv pakai gitar?" lepas tu ustaz tu senyum dengan handsome.. "tu lah, dah biasa je.. padahal salah.. yang biasa, tak semestinya betul.. yang betul, susah nak jadi biasa..." lebih kurang gitulah.. lepas tu aku nganga kagum..

    thanks for writing!

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com