Kali terakhir saya berjumpa arwah adalah 4 hari lepas.
Khamis malam, ada kuliah tafsir surah Yaasiin. Masa tu sempat bersalaman dengan arwah. Arwah tak cakap banyak. Diam dan senyum saja. Saya pun masih belum sihat masa tu. Batuk masih teruk. Lepas tu terus balik.
Hari ni, jam 4.43 petang tadi, dapat mesej dari salah seorang sahabat. Minta buatkan berita tentang kemalangan guru-guru PASTI Gelang Patah, salah seorang meninggal dunia. Masa tu, tak tertanya-tanya lagi siapa yang meninggal sebab masih penat baru balik dari membeli tiket.
Selepas Maghrib, nampak satu gambar kat wall FB. Nampak satu nama yang familiar. Dalam hati menyebut, "Takkanlah? Nama dia kan lain sikit..." Kemudian tengok kat wall group dan tengok lagi sekali pada sumber gambar.
Innalillahi wa inna ilaihi rajiuun.
Allahyarhamah Cikgu Zainon binti Ma'as, 44, (selalunya kami panggil Cikgu Ainon) dah meninggal dunia petang tadi dalam kemalangan jalan raya. Honda Wish yang diorang naiki berenam, dirempuh dari belakang. Arwah tercampak keluar dari bonet yang terbuka selepas dirempuh sebelum dilanggar pula kenderaan lain, lalu meninggal dunia di tempat kejadian.
Selepas berita dikemaskini, saya bersama sahabat ke rumah keluarga Allahyarhamah Cikgu Zainon di Felda Pasir Raja. Ramai sudah ahli keluarga menunggu jenazah dibawa pulang dari hospital. Adik arwah menangis hiba. Saya lihat ibunya tenang sahaja. Malah, ibunya yang menenangkan si adik.
4 hari lepas, kami bersama-sama menimba ilmu tentang surah Yaasiin. Malam ini, saya pula bacakan surah Yaasiin untuk arwah.
Ketika jenazah sampai, semua berduyun-duyun mahu melihat jenazah, tapi kain kapan tidak dibenarkan untuk dibuka. Semakin hiba adik arwah kerana tidak dapat menatap wajah jenazah buat kali terakhir. Jenazah disolatkan. Doa dibaca oleh imam, memohon keampunan daripada Allah buat jenazah. Ketika itulah air mata tidak dapat ditahan lagi.
Arwah seorang guru yang sangat berdedikasi. Arwah juga seorang yang lantang bersuara dalam hal-hal yang beliau rasa patut dibetulkan. Saya kagumi arwah untuk itu. Moga Allah tempatkan Allahyarhamah Cikgu Zainon binti Ma'as (1 Januari 1968 - 15 Januari 2012) bersama hamba-hambaNya yang bertaqwa. Ameen.
Al-Fatihah.
27 Comments
gelang patah tu dah dekat area rumah yart dah,,
ReplyDeleteal fatihah semoga roh arwah di tempat kan dengan orang2 yang beriman amin.
al-fatihah..
ReplyDeleteinnalillahiwainnailaihirojiun
ReplyDeleteinnalillah!!!! sedih nye kak.... berat mata memandang, berat lagi bahu memikul....
ReplyDeleteAl-fatihah..
ReplyDeletesemoga roh beliau dicucuri rahmat dari-Nya
semoga Allah merahmati rohnya amin
ReplyDeleteAl-fatihah untuk arwah dan takziah untuk waris2 arwah...huhu...
ReplyDeletetakziah..
ReplyDeletesemoga rohnya berada dikalangan orang2 beriman. amin..
al-fatihah
ReplyDeleteInnalillahiwainnailaihiwarojiun
ReplyDeleteSemoga beliau ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman.. amin..
al fatihah..
ReplyDeletemoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman..
amin..
Al-Fatihah..
ReplyDeletetakziah utk keluarga arwah!
assalamualaikum sunah...al-fatihah buat arwah moga rohnya ditempatkn di dlm golongan org2 yg beriman...Amin..:(
ReplyDeletebaru pegi jln2 gelang patah.. sy pun pnah gak.. baru je jumpe arwah mlm tu dlm 10 pm then dengar dia meninggal dlm 4 pm akibat excident.. huhu.. mungkinkah sy org terakhir yang berbual dgn dia? sy pun xtau
ReplyDeleteInnalillahiwainnailaihiwarojiun
ReplyDeletesalam takziah
al-fatihah
al-fatihah~~
ReplyDeletealfatihah...
ReplyDeleteBergenang air mate
ReplyDeleteal fatihah,..moga ditempatkan di kalangan org2 yg beriman..
ReplyDeleteAl-Fatihah buat arwah.mesti akak terasa kehilangan dia kan.sabarlah kak.kita semua akan melalui saat itu
ReplyDeleteal-fatihah..
ReplyDeleteInnalillahiwainnailaihirojiun
ReplyDeleteSemoga dicucuri rahmat roh beliau dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman, Amin.
al fatihah..
ReplyDeletemoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman..
amin..
al-fatihah..drp Allah kita datang,,kepadaNya jua kita kembali..
ReplyDeleteinnalillahi wa inna ilaihi rooji'uun..hmm sedih
ReplyDeleteInnalillahi wa inna ilaihi rajiuun.
ReplyDeleteas salam..
ReplyDeleteinnalillah..moga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan, legasi hidupnya sebagai guru, diteruskan oleh anak-anak..
Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com