Ticker

6/recent/ticker-posts

Twit Si Nin Pasal Diam...

step out of your shadow. by *C4M30 on deviantART

Diam.

Diam sekejap atau diam yang lama. Diam kat sini bermaksud diam dari kehidupan sosial tak kira la dunia maya atau dunia realiti. Dan diam di sini tak ada kaitan dengan sifat pendiam sejak dari azali. No no no! Tadi pagi baca twit si Nin. Pasal diam.

"Kalau aku diam bukan bermakna aku tengah marah tapi aku perlukan ruang untuk berfikir dengan lebih rasional."

Jap tadi pulak baca entri Fasihah. Pasal senyap bukan sebab bersedih.

Diam tak diam, semua orang ada sebab masing-masing kenapa diorang diam. Tak kiralah diam sejam dua ke, diam sepanjang hari ke, diam 2-3 hari ke atau diam seminggu ke, yang penting ada sebab tertentu bila seorang yang riang penuh tawa tiba-tiba membisu seribu bahasa.

1) Masalah

Diam sebab ada masalah. Mungkin masalah kerja, mungkin masalah akademik, mungkin masalah cinta, mungkin masalah keluarga, tak kisah lah. Asalkan namanya masalah. Bila ada masalah, dia jadi diam. Sebab hati dia dirundung sedih yang menyebabkan dia takde mood nak bercakap banyak.

2) Marah

Macam Nin cakap, dia diam bukan sebab marah. Ha...maksudnya memang wujudlah orang yang diam sebab marah. Bila marah, dia jadi diam sebab takmo orang lain kena marah sekali. Mungkin bila dia marah, dia akan jadi Hulk lalu menghancurkan segala benda yang ada di sekelilingnya termasuk orang tersayang. Maka lebih baik dia diam dari melukai hati banyak pihak.

3) Sibuk

Of course la bila sibuk, kita jadi diam sebab kita nak tumpukan pada kerja yang menyibukkan ituuuu. Maka tanpa dapat dibendung lagi, berdiam diri adalah lebih baik bila ada kerja bertimbun-timbun, menunjukkan betapa dia adalah seorang yang sedar diri akan masa dia yang tak lah banyak mana kalo asyik nak berfoya-foya memanjang.

4) Berfikir

Nin kata kat atas tadi, dia diam sebab berfikir. Aha...ramai kot yang diam sebab berfikir. Saya pun kadang-kadang macam tu. Diam beberapa hari sebab berfikir tentang banyak benda. Lepas da habis berfikir, jangan risau...dia akan datang semula menemui anda semua. Cumanya, orang yang diam sebab berfikir ni akan buat kita tertanya-tanya, apa la yang dia fikir tu sampai diam lama sangat.

5) Diam itu lebih baik

Dia diam sebab itu lebih baik. Eh!

So, tak kisah lah diam sebab apa pun, ada baik dan buruknya. Diam untuk masuk gua sebentar dan kembali dengan lebih bertenaga itu kan OK? Cuma bila rasa perlu akan suara lain untuk mendengar kisah yang terbuku, eloklah cari suara kedua, ketiga dan keempat. Kerana kadang-kadang terlalu memendam itu bisa menghadirkan rasa ngilu pada sekeping hati.

Namun jangan didesak orang yang diam itu untuk berkata-kata, biarkan dia dengan rela hatinya menutur bicara agar hati yang gundah itu akan rasa lebih selesa.


P/S: Mungkin juga saya bakal diam tak lama lagi...

Post a Comment

25 Comments

  1. sunaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah....
    mungkin kita perlu diam kan utk sesuatu...

    ReplyDelete
  2. betul jugak apa boss kata kan? tapi nadh kan, kalau diam, orang jadi heran. miahahahaha. :P

    ReplyDelete
  3. diam sebab tengah datang bulan boleh?ekeke....

    ReplyDelete
  4. kata2 ringkas NIN tentang diam telah berjaya memberi sentakan dan fikiran kepada ramai org...

    Diam itu adalah penghias org pandai dan pelindung org bodoh

    ReplyDelete
  5. diam itu lebih baik. nanti kalau banyak cakap sampai rahsia di ranjang(opss~) pun terkeluar. Teehee! :)

    ReplyDelete
  6. hahaha.peh peh peh.sebab 1 tweet je dapat muncul di entry br sunah.pengsannnnn.air air air.

    tapi memang betul saya diam sebab bukan tengah marah tapi perlukan ruang utk bertenang.kalau tak emosi akan menandingi akal ms nak buat keputusan atau berkata kata.hehe

    ReplyDelete
  7. diam tu lebih baek dari kita mengeluarkan sesuatu yang kadang2 salah dimata mereka..

    Sm pon rasa nak diam sambil berfikir...untuk dapat sesuatu yg lebih baek

    ReplyDelete
  8. baru tulis entri tentang diam.

    ada kala diam untuk lebih baik. tapi biar diam kita mereka faham ertinya =)

    ReplyDelete
  9. akak pun nak diam.hr ni ramai yg diam..sepi juga rasa

    ReplyDelete
  10. kadang2 kita diam untuk dapatkan kehidupan peribadi

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum sunah... senyap jap nak bertemu Allah...:)

    ReplyDelete
  12. setuju..
    diam lebih baik..
    tapi bila diam..
    kita jadi masam muka..
    nape ek?? huhuhu

    ReplyDelete
  13. setuju dengan angah! kita diam pasti bersebab..apapun pastikan semua yang kita lakukan bermanfaat dan membawa ke sana insyaAllah..

    ReplyDelete
  14. kalau sy diam,makanya sy bz..tak pun tak tahu nak kata apa,so diam je la .hehe'

    cool entry ni sis^^

    ReplyDelete
  15. kalau sy diam,makanya sy bz..tak pun tak tahu nak kata apa,so diam je la .hehe'

    cool entry ni sis^^

    ReplyDelete
  16. kalau sy diam,makanya sy bz..tak pun tak tahu nak kata apa,so diam je la .hehe'

    cool entry ni sis^^

    ReplyDelete
  17. kdang2 diam jugak penyelesai masalah.. :)

    ReplyDelete
  18. btol tu..diam xbererti marah. lagipon bg k.zla kalo nak bercakap tanpa point, better diam dulu kot..heheh

    ReplyDelete
  19. Berkata2 ketika marah hanya akan menyakiti hati orang..

    ReplyDelete
  20. yaa.. kalau sy tgh bengang, xdak mood or marah, sy lebih suka mendiamkan diri.. sbb kalau bercakap masa tgh moody, pasti akan keluar perkataan yg menyinggung mana2 pihak..

    tp kan.. sy mmg pendiam pun.. ;-p

    diam bkn sbb sombong.. diam sbb malu..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com