why do you love me by ~OVNI44 on deviantART |
Cinta...
Kenapa kita menyintai? Apa yang menyebabkan kita cinta pada seseorang? Apa yang ada pada orang yang kita cintai hingga kita jatuh cinta?
Sayang...
Kenapa kita menyayangi? Apa yang menyebabkan kita sayang pada seseorang? Apa yang ada pada orang yang kita sayangi hinggi kita jatuh sayang?
Kadang-kadang soalan ini ditanya kepada kita oleh insan-insan tersayang di sekeliling kita. Dan kadang-kadang kita juga mahukan jawapan kepada soalan-soalan ini daripada orang-orang yang mengasihi kita.
"Awak, saya nak awak kawan dengan saya!"
"Kenapa?"
"Sebab saya tahu awak akan jatuh cinta pada saya!"
Cukup sampai situ. Tiada soalan kenapa dia akan jatuh cinta. Dan tiada jawapan kepada kenapa dia akan jatuh cinta. Pernahkah ada satu detik di mana kamu tertanya-tanya, kenapa kamu menyayangi insan-insan di sekeliling kamu dan kamu tidak ketemu jawapan kepada soalan itu? Bersungguh-sungguh kamu mencari jawapan kepada soalan yang bermain-main dalam fikiran kamu, bimbang nanti bila ditanya, kamu tidak punya jawapan yang tepat.
Namun, kosong...
Tiada.
Tiada.
Masih juga tiada kata yang benar-benar boleh menjawab persoalan di kotak fikir.
Cukuplah bertanya kepada diri.
Kerana kadang-kadang, cinta tidak memerlukan sebab...
29 Comments
cinta memang tak perlukan sebab..cinta Allah turunkan dalam hati seseorg
ReplyDeletebetul juga... bila jatuh cinta ia tak perlukan sebab.. sama macam kenapa kau suka ice cream??? hehehe
ReplyDeleteada sebab.. cuma apabila terlalu byk sebabnya tak pasti yg mana sebab utama.. baik dipendam..
ReplyDeletebile Allah da izinkan haty kite ntk terime cnta, maka tida sebab lain melainkan terime itu sebagai keredhaan dariNya. betul x sys? hpohoho
ReplyDelete@Tea
ReplyDeleteaha..sebab tu saya tulis "kadang-kadang"...
betul betul....tiada alasan untuk cinta...sebab cinta hadir dengan sendiri yang diutuskan olehNya kepada insan yang telah ditetapkan pasangan nyer
ReplyDeletecinta memerlukan sebab dan cinta mmmg bkan untuk bersebab..cinta itu datang dr hati anugerah allah
ReplyDeletesebab saya cintakan dialah...hehehee
ReplyDeletecinta utk diterokai n tak perlukan sebab~
ReplyDeletesetahu gugu, cnta mmg ta perlukan sbb.. takan ade jawapannya walau 1000 thn kte memikir..
ReplyDeletesunah ngn jiji ni pakat ke ape hehe
ReplyDeleteassalamualaikum sunah...cinta dtg tanpa diundang dan Allah yg menjadikan perasaan cinta itu ada pada setiap manusiakan ....
ReplyDeletecinta itu buta kan masih x ada jawapan akan erti cinta sebenarnya....:)
cinta adalah anugerah tak ternilai buat diri kita.. Cinta pada YANG ESA, cinta pada ciptaa NYA, juga cinta pada yang menyangi kita... sebab itu tiada sebab untuk rasa cinta..
ReplyDeletebukan kadang2..dah memang sebenarnya cinta tu tak memerlukan sebab langsung
ReplyDelete@JIJI YU
ReplyDeletebagi orang-orang tertentu, cinta mereka ada sebabnya...dan oleh sebab itu, diorang kena baca entri ko yang aku linkkan tu ostad...
sayang cinta dikasihi adalah naluri setiap insan.. ia adalah nikmat yg tidak terhingga daripada Pencipta yang Maha Agung
ReplyDeletecinta ikhlas dari hati..
ReplyDeleteperlu ke beritahu kenapa kita cinta seseorang.itukan fitrah
ReplyDeletesaya cintakan dia, sebabb....errr.... ada 4 pilihan, saya nak cinta sebab agama. :)
ReplyDeleteyep. cinta tak memerlukan sebab. saya menderita dengan perasaan yang saya ada skrg.
ReplyDeletekenapa saya harus ada perasaan pada orang yang dah berpunya? saya taknak digelar perampas. :(
aduhaiii
ReplyDeletesungguh kak..
puas pikir
tapi itulah uniknye anugerah Dia
suatu perasaan yg dperlukan manusia tanpa sebab musabab.. :)
Err, sempoi..
ReplyDeleteUiikksss, lain mcm jek Sunah...beruntunglah org yg dicintai dan berbahagialah org yg bercinta2an...munger2 cinta....hehe
ReplyDeleteheee...totally agreed!
ReplyDeletehurmmm....
ReplyDeletemula2 baca jiji punya entri..
pastu baca sini lak..
tengok link jiji tu..
takyah la baca lgi.. hehhe..
tak perlu sebab.. sebab kita sendiri pun takde jawapan nk bg kenapa.huuu~
bila kita x jumpa jawapan itu baru dinamakan cinta... :)
ReplyDeletesaya juga tidak punya jawapan...
cinta tak perlukan sebab dan alasan nya.. rasa yang datang, kita x dapat nak tolak pun..
ReplyDeletetulisan yang baik untuk di simak,,nice post
ReplyDeletepenah trtanya, kenapa saya cintakan dia walhal brlainan agama? saya pelikk
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com