Ticker

6/recent/ticker-posts

Kadang-kadang... Kita Rasa Dah Tak Mampu Bertahan...

One golden morning mist by ~chibi-banane on deviantART

Kadang-kadang...

Bukan. Bukan kadang-kadang. Dah terlalu banyak kali dalam hidup kita, kita rasa seperti waktu-waktu yang berlalu tu tak ada apa yang boleh kita isi. Rasa seperti hilang arah tuju. Rasa seperti elok sangat kalau masa tu jugak, Allah cabut nyawa kita.

"Mati lebih bagusss!!!"

Pernahkah terdetik di hati kita kata-kata ni? Pernahkah terluah dari bibir kurniaan Illahi, kata-kata seperti ini? Atau... Mungkin juga bunyinya berbeza sedikit.

"Buat ape lah aku hidup lagi...?"

"Kenapa lah hidup ni macam ni?"

"Rasanya kalau aku mati sekarang pun takpe..."

Guys... Kenapa kuat sangat kita mengeluh? Kalau di hati manusia pun rasa perit melihat, membaca dan mendengar kata-kata ni, cuba bayangkan pula macam mana Allah yang Maha Mendengar dan Maha Melihat menghadapi hambaNya yang macam ni?

Please... Jangan kufur nikmat, masa yang terlalu banyak tu sebenarnya ada sesuatu yang boleh kita lakukan... Allah tidak -TIDAK SESEKALI- menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia...

Sama-sama kita istighfar...

Wallahua'lam.

Post a Comment

21 Comments

  1. umm manusia kdg3 cpat sgt giv up cm kyra but life must go on..kita xtaw pew yg menunggu dihadapan kita right akak..??

    ReplyDelete
  2. tak terlintas di hati nak cakap camni... tetap bersyukur dengan kehidupan sekarang!

    ReplyDelete
  3. tidak beriman seorang manusia itu selagi tidak diuji...

    ReplyDelete
  4. kot cukup pahala and biarkan nyawa kita diambil..yer jugak.. ni byk dosa dr pahala.. wuwuuu~

    ReplyDelete
  5. ku tersedar...cuba untuk tidak menjadi hamba yg kufur nikmat....

    ReplyDelete
  6. yaa.. betulla tu.. aku pom selalu fikir macam tu... tapi evrything happens for a reason... =)

    ReplyDelete
  7. kadang2 bila sy dah putus asa sy jdi mcm tuh :(

    ReplyDelete
  8. sebab kdg2 kita terlampau stress dengan ujian yg kerap kali berlaku pda kta..

    sabar itu sebenarnya indah kan~

    ReplyDelete
  9. “Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” – Surah AlBaqarah : Ayat 214

    huhu baru wat entri.hehe

    ReplyDelete
  10. sering sgt ia berlaku, mujur iman masih bersisa dlm kehanyutan perasaan tika itu.moga kita tak lupa kita hidup untuk apa, untuk siapa dan pada siapa harus kita serahkan segalanya, semuanya demi Allah.

    ReplyDelete
  11. mengeluh tu bila ape yg buat tak jadi...tapi org cakap kalau tak jadi cara tu..wat cara laen..mungkin dgn cara tu kita takleh..

    --ade orang sentap ke tadi hahahaahaa..lex la.:P

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum sunah...sentiasalah bersyukur dgn kehidupan ini walaupun sesusah mana sekali pun...dugaan itu haruslah kita hadapi dgn ketulusan hati...

    ReplyDelete
  13. "sangat sedikit hamba2ku yang bersyukur" (saba :13)

    hidup nie xterlepas dari merempuh ujian yang datang tanpa kita ketahui..
    Allah beri kita ujian utk menilai tahap keimanan kita..
    so, klau kita nak tahu kita nie seorang yang sabar dan kuat iman..
    lihatlah ketika di ditimpa ujian..
    adakah banyak bersyukur atau banyak mengeluh~

    muhasabah lah diri sebelum nyawa diambil Tuhan! :)

    thanks kak sunah kerana mengingatkan ana.. ^_^

    ReplyDelete
  14. pernah mengeluh Sunah...tp cpt beristighfar...
    Sunah, nak mohon izin copy ayat ni:

    "Please... Jangan kufur nikmat, masa yang terlalu banyak tu sebenarnya ada sesuatu yang boleh kita lakukan... Allah tidak -TIDAK SESEKALI- menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia..."

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com