Morning Lemon... by ~Timo-San on deviantART |
Entahlah.
Mungkin kerana terlalu ikutkan perasaan sangat, maka keluar segala perkataan yang kurang sedap didengar dan kurang enak dibaca. Beruntunglah dia kerana mata ini yang nampak. Kalau mata lain yang nampak, mungkin sudah di'printscreen' dan menjadi entri meletup di kalangan blogger buat masa ini.
Ya, memilih pemimpin itu tugas kita sebagai rakyat. Rakyat yang terbuka mata dan fikirannya akan memilih pemimpin yang padanya layak untuk diangkat sebagai ketua. Yang kurang nampak, mungkin akan terpengaruh dengan berita semasa kerana hanya itu medium yang dia ada.
Namun kurang eloklah untuk melabelkan satu-satu kawasan itu sesedap mulut dan jemari menaip hanya kerana mereka memilih pemimpin yang tidak kamu sukai. Ada assobiyah kenegerian di situ. Bayangkan kalau anak-anak negeri tersebut membacanya, pasti terluka hati-hati mereka dengan kata-kata kamu.
Ya, stesyen-stesyen televisyen memang kebanyakannya memaparkan berita itu sekarang ini. Tak kiralah stesyen anak emas atau anak pungut. Kadang-kadang mereka hanya membuat kerja mereka, mengikut kata-kata orang yang lebih atas. Yang membuat kerja-kerja itu belum tentu lagi setuju dengan berita yang dimuntahkan di kaca televisyen.
Beruntung juga kamu adalah antara yang terbuka matanya. Maka kamu ada tugas di situ untuk menyampaikan kepada yang lain. Tak perlu melabelkan orang lain dengan gelaran yang kurang enak, tapi betulkanlah pemikiran mereka agar kembali kepada fitrah. Ya...kerana mereka itu jauhnya di bawah tempurung di dalam kotak yang letaknya di atas meja di hulu kampung.
Maafkan mereka. Tak perlu kamu bertemu, cukuplah mereka tahu.
P/S: Hari ini ada misi, doakan saya...
P/S: Hari ini ada misi, doakan saya...
17 Comments
Misi apa? wooo~~ Doa agar dipermudahkan segalanya. :)
ReplyDeletehati2 ngan kata2 sebab kata2 tu melambangkan siapa diri kita yg sebenar
ReplyDeleteAku Maafkan Kamu,
ReplyDeleteLagu Maliq dan Jamal, best :)
1. Nak Salahkan Siapa Kalau Kau Sakit?
2. Jom Sertai Bloglist ahsfantasy24.com 2012 !
Sunah..sangat2 setuju..kadang2 (kebanyakkan) berita yg kita nampak dan dengar bukanlah 100% betul...sebab itu kena buka mata dengan hati ketika menerima..ngam? hehehe btw..semoga dipermudahkan ;)
ReplyDeletewah misi..moge berjalan dgn lancar..
ReplyDeletekata2 daripada mulut mmg pedih dan sakit jadi guna mata hati dalam menilai..bukan berlandaskn nafsu..akal fkiran dn hati dikawal
berhati2 dlm apa jua..hehe
ReplyDeleteas salam..
ReplyDeletehm..sebahagian dari tanda2 umat akhir zaman. igin tegakankan kebenaran tapi dahulukan dengan kemungkaran. dari lidah pula tu..
buta dan terus dibutakan dengan fitnah si syaitan dan iblis laknatullah..sedar tak sedar je kan walaupun niat murni disisi-Nya.wallahua'lam..
misi?insya'Allah..mudah-mudahan sunah dipermudahkan urusan oleh-Nya.ameen..
seakan memahami... hmm, jaga pertuturan kte,semakin kte dikenali semakin berhati2.
ReplyDeletekerana terlalu mengkiut perasaan, maka terkeluar lah segala kata2 yang carut mencarut oleh pemimpin2 ni...
ReplyDeletehati22 salam berkata2.
Pemimpin itu kita yg pilih... Mengundilah..
ReplyDeletekata2 melambangkan keperibadian anda..
ReplyDeletep/s: misi apa kak sunah? semoga succes eh.. hehehe.. ;)
betul! jgn sesuka nk melabel org...
ReplyDeleteassalamualaikum sunah...semoga misi itu berjln dgn jayanya yer...:)
ReplyDeletekita manusia tidak layak menyatakan bodoh kepada manusia lain.kerana ilmu yg kita ada sgtlah sedikit
ReplyDeleteaku anak negeri tersebut. hampeh!!
ReplyDeletekira doakan akak.. amin
ReplyDeleteStuju
ReplyDeletedok mki org ape pekdohnye
Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com