Ticker

6/recent/ticker-posts

Eh, Ustazah! : Syirik

Eh, hari tu ada yang tanya ustazah. Ustazah tak cuti ke? Padahal dah cuti sekolah. Alaaa, ni kan sekolah ustazah, sukahati ustazah lah nak cuti ke tak. Hahaha~ *sebenarnya malas nak fikir latar tempat untuk Eh, Ustazah!*

Uiks, hari tu kan, ustazah tido rumah kawan ramai-ramai. Ada la dalam beberapa orang. Tengah-tengah nak tido tu sempat lagi borak-borak bila sorang kawan ustazah bukak cerita. Haaa... Cerita ape la agaknya tu eks?

Noraim: Eh, ustazah! Hari tu kannn...saya nampak apek kat kedai sebelah sekolah tu gi bakar duit kat pokok depan kedai dia!

Rehan: La i lahhh...betul ke???

Ustazah: La ilaha illallah, Rehan... Kena sebut penuh tau!

Rehan: Erk! Nape, ustazah? Saya tengok ramai je yang sebut pendek-pendek macam tu!

Ustazah: Berbeza maknanya tu... Bila kamu sebut "la i lah" je, dah membawa maksud "tiada Tuhan..."

Rehan: Astaghfirullahal'azim... Sepatutnya sebut penuh la kan, ustazah? Tiada Tuhan selain Allah...

Ustazah: Aha... Betul tu, jangan sampai kita tak mengakui adanya Allah tanpa sedar.

Diana: Haa... Pasal apek tadi tu, dia bakar duit??? Macam bakar duit kat kubur tu ke???

Noraim: Aha... Macam tu lah. Huhuhu... Dia nak puja ape la agaknya tu!

Azlini: Dia sorang je ke atau ade orang lain?

Noraim: Masa tu petang-petang. Macam ada ramai budak-budak duk tengok dia buat.

Ustazah: Bahaya tu. Kang ade yang terikut sekali kalau tak de sape terangkan kat diorang.

Diana: Tu lah kannn... Kalau orang Islam macam kita ni, join sekali bakar duit tu, ape hukumnya ustazah?

Ustazah: Tujuan diorang bakar duit tu sebab ape? Untuk pemujaan kan? Sebab diorang percaya adanya kuasa lain yang akan membantu diorang. Kalau orang Islam macam kita ni, patut ke percaya pada kuasa lain macam diorang?

Rehan: La ilaha illallah... Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah. Kalimah tauhid tu dah memberi maksud kepada kita, hanya Allah yang wajib kita percaya.

Ustazah: Alhamdulillah. Betul tu, bila kita meminta pada yang selain Allah, kita dah mensyirikkan Allah namanya tu~

Azlini: Syirik ni maksudnya menyekutukan Allah kan?


Ustazah: Yup, dan Allah ada berfirman dalam surah Luqman ayat ke-13, syirik tu adalah satu kezaliman yang amat besar. Dan orang yang berbuat syirik ni dosanya tak diampunkan oleh Allah.


Noraim: Naudzubillah... Takutnya bila dosa tak diampunkan oleh Allah. Kalau macam apek tu, memang sah terang-terang la syirik kan. Kita sebut ape tu? Syirik jali?

Ustazah: Aha... Syirik jali, syirik terang-terangan yang boleh menjatuhkan kita kepada kufur. Syirik ni boleh berlaku dalam tiga keadaan, melalui iktiqad, perbuatan, atau lidah.

Diana: Iktiqad tu melalui pengakuan kan, kita menafikan kewujudan Allah... Macam fahaman komunis dan atheis yang tak percaya adanya Tuhan.

Rehan: Kalau perbuatan pulak, macam apek tadi la kan? Memuja dan mendewakan sesuatu selain Allah. Bakar duit atas kubur sebab percaya kubur tu kubur keramat. Jumpa bomoh nak buat pelaris. Ish ish ish...

Ustazah: Bukan tu saje, malah kalau kita terlalu mengagung-agungkan manusia melebihi Allah pun dah jatuh syirik!

Azlini: Mengagungkan manusia? Maksudnya?

Ustazah: Kita lebih memuja-muja pemimpin daripada yang menciptakan pemimpin tu sendiri. Kita lebih obses kepada artis berbanding Allah dan Rasul. Bila kita sukakan artis tertentu, kita lebih berkobar-kobar untuk kenali diorang. Kita tampal poster diorang dalam bilik, biar setiap hari kita nampak muka diorang bila bangun dari tido. Kalau diorang datang buat konsert, kita sanggup beli tiket paling depan sekali, sampai menangis-nangis, terpekik, terlolong jumpa diorang. Cuba tanya diri kita sendiri, sejauh mana kita dah kenal Allah dan Rasul yang lebih layak kita kenali dari artis-artis tu? Berapa banyak air mata kita jatuh sebab Allah dan Rasul?

Rehan: Gulpppp! (bangun, dan menanggalkan poster besar Dato' Siti Nurhaliza di belakang pintu bilik)

Azlini: Astaghfirullahal'azim. Yang macam tu pun boleh jatuh syirik, ye ustazah? Kalau macam tu, tak boleh ke minat artis???

Ustazah: Bukan tak boleh. Rasulullah s.a.w pun tak halang kita untuk berhibur. Tapi biarlah berpada-pada dan bersederhana. Yang penting, syariat Islam tu dijaga.

Noraim: Betapa ramainya manusia kat luar sana yang tak sedar tentang tu... Huhuhu...

Ustazah: Sama-sama kita ingat-mengingatkan. Kalau dari segi lidah tu pulak, melalui kata-kata kita yang menghalalkan perkara haram dan mengaku keluar daripada Islam.

Diana: Ooo... Macam murtad la ye. Kalau ada syirik terang, mesti ada syirik tersembunyi kan?

Ustazah: Syirik kecil yang tersembunyi ni kita sebut syirik khafi. Yang ni lebih berkait kepada perbuatan riak dalam amal ibadah kita. Kita buat amal dan sesuatu perkara tu sebab nak menunjuk-nunjuk. Kita solat sebab nak orang lain tengok kita solat. Allah ada sebut dalam al-Qur'an, kalau kita mempersekutukan Allah dalam ibadah, terhapuslah amalan kita tu.


Rehan: Rugilah kalau macam tu. Huhuhu...

Noraim: Macam habuk yang berterbangan ke angkasa.

Ustazah: Erkk! Kemain lagi ayat Noraim. Hehehe... Tapi betul la tu. Kan rugi kalau kita buat banyak amal ibadah yang bukan kerana Allah, akhirnya Allah tengok ibadah kita tu macam habuk ajeee.

Noraim: Naudzubillah... Moga kita semua tak tergolong dalam mereka yang mensyirikkan Allah.

Ustazah: Masih ada masa untuk berubah. Kalau dulu kita tak tahu, bila dah tahu ni, eloklah kita perelokkan amal sikit-sikit. Insya'Allah kat akhirat kelak, kita tak menyesal beribu sesalan.


Semua: Insya'Allah...


Realiti. Itulah yang berlaku di kalangan masyarakat kita hari ini, ramai yang tanpa sedar telah mensyirikkan Allah dengan sesuatu yang tidak selayaknya disembah dan dipuja-puja. Moga kita semua dijauhkan dari perbuatan syirik, jika tersedar dari mimpi yang panjang, eloklah kita sama-sama bangun muhasabah dan berubah...

Post a Comment

25 Comments

  1. em akak.. tentang upacara bakar duit tu,

    kaum cina percaya yang objek yang dibakar akan sampai kepada si mati di alam brzakh tu,

    sebab tu ada sesetengah diorang siap ade yang bakarkan kereta kertas, rumah kertas, perabot kertas, semua tu untuk dihantar kepada si mati kat alam akhirat, pada kepercayaan diorang la.

    sekadar secebis ilmu yg alon ongsikan, bukan menghalalkan tapi berkongsi. :)

    ReplyDelete
  2. mcm idola tu kan

    erm mintak2 dijauhkan

    ReplyDelete
  3. erkk...siti nurhaliza.. terase i..hukhuk

    byk nye pengajaran..:)
    nice entry..akk, thanx 4 sharing :)

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum sunah...mudah2ah dijauhkan kita semua dr semua perbuatan syirik itu yer...:)

    ReplyDelete
  5. woo. benda yg simple pun kadang2 besar bebannya kan.

    ReplyDelete
  6. Thx kongsi boss. :) memuja plg latest, puja bangsa. Puja parti. Ekekeke

    ReplyDelete
  7. uishhh..mmg kdg2 xsedar pon kn...thanks sys..kak limah pompuan laa :P

    ReplyDelete
  8. btul tu ustazah..secara tak sedar ramai yg mensyirikkan Allah dalam kehidupan seharian..wal 'iya zhubillah

    **psst sori lama tak komen..sekadar duk di beranda je..huhu..=)

    ReplyDelete
  9. bagus entry nie..dpt juga mengenal jenis2 syirik...entry ni juga dpt membantu pelajar2 yg nak amik kertas agama dlm spm hehe...entry2 kak sunah memang best lah (ayat bodek terlebih) hehehe

    ReplyDelete
  10. eh eh ada watak kita dsitu..
    mksih sunah, cayam sunah

    lama xnmpk jiji..mana mamat tu pegi eh?jd fotografer terus ke dia..hoho

    ReplyDelete
  11. mampir sob..nice post..teruslah berkarya dan sukses selalu..jangan lupa kunjungan balik ya..:)

    ReplyDelete
  12. salam kenal :)

    Info Event For Blogger: Percuma Samsung Galaxy Ace & RM1000, it's very easy to get, let's come and get it --> http://www.streetdirectory.com.my/streetdirectorymalaysia/

    ReplyDelete
  13. kalimah laillahaillallah tu sebelah kafir dan sebelah islam.. err. tu ustaz yang kata.. :-) so kena baca penuh baru jadi islam.. :-)

    ReplyDelete
  14. moga kita dilindungi dari perbuatan syirik..

    ReplyDelete
  15. kdang2 menda kecik yg kte anggap remeh pown blh terpesong akidah kan.. nauzubillah min zalik...

    ReplyDelete
  16. ustazah,topik tauhid ni mmg sgt best ustazah...
    sbb bnda asas kalau x kuat,mmg blh terpesongkan.hihi

    sayang ustazah...

    ustazah,nak request topik blh.tp xsure ustazah pnh ulas ke tidak..
    tajuk die,psl tajwid..mungkin ustazah blh mula dr hukum mad dan seterusnya..hihi..blh la kite ada kelas tahwid lak lepasni...2mggu skali pun boleh..hehe

    ReplyDelete
  17. Sungguh hebat!! Syukur alhamdulilah..... yang samar menjadi terang.. aku tahu juga syirik ni-pernah belajarkan.. tapi yelah. kita manusia mudah lupa mudah alpa.. bila lupa ia jadi kabur biar pun ingat.. terima kasih ya!

    ReplyDelete
  18. hmm..masih ramai yg sebut separuh2..

    skang ni apek dah xbakar duit betul2, dia bakar duit palsu ... enty ni bagus, penerangan yg jelas utk kanak2... 5 star :D

    ReplyDelete
  19. kalau kumpulkann semua entri eh ustazah ni leh jadikan buku :)

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com